Sumpah itu dinding orang munafik!

>> Thursday, August 28, 2008



Pelik benar sebelum pilihanraya Permatang Pauh berlangsung. Mudah benar seseorang individu itu bersumpah.

"Saiful dah angkat sumpah dah, apa komen hang?" Kawan saya bertanya.

"Entahlah, makin keliru pulak!" Saya berbasi-basi.

Sebelum jari-jari saya terus menari, elok benar jika saya menukilkan ayat 2 dalam surah al-Munafiqun;


1. Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah." Dan Allah meangetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta. 2. Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.

Nyata benar perisai orang munafik ini. Melalui sumpah kebiasaanya sesuatu kebohongan berjaya ditegakkan. Sesuatu kekalahan berada kembali di atas titian. Sesuatu rona-rona kejahatan tertutup pudar. Itulah pelaku munafik. Tidak teragak-agak melakukan sumpah. Sumpah itu adalah pemanis bibir, tiada apa yang hendak dirisaukan. Mudah sahaja melafaz, "Dengan nama Allah!" Walhal bukan itu pelaku orang beriman.

Siapakah orang yang beriman? Merekalah orang yang apabila disebutkan nama Allah bergetarlah hati mereka. Bergetarkah hati kita?


Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya'(dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. An-nisa' 142

Bagi diri saya, jika benar saya berada di pihak benar sekalipun. Untuk mengatakan laknat dan kutukan Allah menimpa saya sewenang-wenangnya amatlah berat mungkin akan mengalir air mata. Allahuakhbar, peganglah Al-Quran seeratnya-eratnya ketika bersumpah! Tetapi adakah dia tahu isi di dalamnya yang menceritkan tentang kepedihan laknat, kutukan dan balasan Allah SWT.

Kisah Saiful, ada iktibar di dalamnya. Tunggu dan lihat.
WallahuTaala'lam

Cuma, saya hampir tergelak tetapi dalam nada marah sebenarnya apabila membaca akhbar pada Ahad-24 ogos 2008. Reaksi Dato' Seri Diraja Tajol Rosli apabila menjawab tuduhan MB Dato' Seri Nizar. Mudah-mudah sahaja dia mahu mengajak MB Nizar turut sama bermubahalah di Masjid Negeri di hadapan Mufti Perak. Apakah dia tahu apa yang diucapkannya? Bermubahalah atas perkara remeh!

Lebih baik gunakan kuota mubahalah itu untuk menerangkan kebenaran Islam. Kerana kebenaran Islam itu sudah tentu, kebenaran diri sendiri belum tentu lagi. Diri banyak melakukan dosa dan maksiat. Ketakutan pada dosa dan maksiat ini membuatkan diri orang-orang beriman gementar menyebut nama Allah! Sedangkan orang yang rasa tidak berdosa, akan mudah menyebut, "Wallahi, Wabillahi, 'Wa-Taila-hi'....."


5 comments:

Anonymous August 28, 2008 at 11:31 PM  

artikel menarik!! sumpah bukan perkara yang mudah untuk dilafazkan..
:)

Anonymous August 30, 2008 at 5:31 PM  

salamun'alaik.
bercerita mengenai orang munafiq, hati yang keras lagi tebal tebal dengan dosa-dosa maksiat yang tersembunnyi. laksana si munafiq yang konon-kononnya beriman, hakikatnya bergelumang dengan dosa. dimata manusia dialah si alim,tapi hakikatnya neraka jahanam tempatnya. itulah hakikat si durhaka dalam taat! wahu'allam.

Soleh Google ☁️ 👓 📙 August 30, 2008 at 8:49 PM  

Salam
Mudah saja, kita lihat sama ada dia dilaknat atau tidak nanti..-smile-

MS Rizal August 30, 2008 at 10:21 PM  

Kita pun tak terlepas diri dari mengamalkan sifat munafiq..Istighfar...Istighfar

Saiful boleh menjadi muslim yang baik, syahadahnya lancar, fatihahnya...moga Allah berikan kita dan dia hidayahnya..amin

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP