Siasah Melayu atas kepentingan sejagat

>> Tuesday, May 27, 2008



Muktahir ini lantang sungguh beberapa 'orang-orang' Melayu melaungkan kesatuan dan perpaduan Melayu.
Pelik lagi menghairankan, mereka menaja penyatuan bangsa di atas nama bangsa Malaysia.,tetapi akhirnya masih lagi menimbulkan isu lapoknya, 'penyatuan Melayu!'.

Persoalannya apakah Melayu itu tidak bersatu?
Perlukah apa yang dinamakan kesatuan Melayu dari kaca mata satu pihak sahaja?

Melayu pasca Merdeka, amatlah berbeza sebelum Merdeka.
Ya, kebanyakan orang Melayu khususnya di Bandar tidak lagi takut untuk berkawan dengan Cina dan India. Perasaan sintimen perkauman meskipun ada lagi tetapi makin menipis hanyalah dibina atas dasar dengki dan hasad hasil kebodohan dan kemalasan diri.

Adalah malang, apabila laungan ini hanya menambahkan perasaan dengki kita kepada kaum cina. Dan perasaan sinis kaum Cina kepada kaum Melayu.
Sungguh di atas nama perkaumanlah negara-negara arab itu hancur, hina dan tidak lagi dipandang tinggi oleh rata-rata manusia.
Walhal mereka adalah terdiri dari negeri yang kaya hasil minyaknya.
Di atas nama Bangsalah kaum Yahudi itu sesat dan dihinakan Allah Taala.

Saya menentang sesiapa sahaja yang menganggu gugat kesucian Islam. Tetapi adakah saya perlu berdiam jika orang yang mengugat itu adalah orang Melayu juga? Adakah perlu saya berjabat dan meraikan Rasul Melayu atas nama dia itu orang Melayu. Ataupun sama-sama mara ke hadapan bersama ayah Pin memperjuangkan nasib bangsa.

Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah mewujudkan tembok cina besar kita dan bangsa lain di Malaysia.
Sebenarnya apa yang berlaku adalah hasil kealpaan dan sikap ambil mudah kita.
Dan mungkin sebab ini menyebabkan pulau Batu Putih yang bukan sahaja menajdi hak milik Singapura tetapi beberapa kilometer perairannya menjadi hak Singapura arakiannya.

Lihatlah kebodohan (kalau boleh saya katakan) sesetengah orang yang menyalahkan sejarah. Kedatangan orang India dan Cina ke Tanah Melayu dianggap sebagai pencerobohan dan pencemaran kedaulatan Melayu.
Eh, tanyakan diri balik, sejak bila Allah Taala haramkan bumi Madinah dan Makkah itu dijejaki orang bukan Arab?
Tidakkah mereka memandang kedatangan mereka ke Tanah Melayu dapat digunakan orang Melayu itu menyebarkan dakwah Islamnya.
Namun selepas beberapa dekad amatlah sedikit mereka ini menganuti Islam malah makin menebal pula rasa curiga dan penentangan kepada Islam atas pemerhatian kepada tingkah layu dan akhlak Melayu yang mereka sangkakan adalah cukup Islamnya.

Sudahlah jelek, apabila imej budaya Melayu itu ditonjolkan dengan tarian-tarian atas jenama kebudayaan. Mana yang Melayunya saya tidak tahu.

Pada saya, isu lapok jangan diulang. Sungguh ia membosankan, khususnya kepada pemikir muda pasca merdeka.
Kami bukan orang kampung yang boleh disuap lalu dicucuk hidungnya. Tetapi kami adalah orang sentiasa memikirkan nasib umat sejagat.
Cubalah memikirkan perjuangan di atas langkahan sejagat. Jika di atas nama bangsa ianya hanya membuncitkan perut sahaja.
Jika telah habis nilai-nilai keMelayuan kepada orang Melayu apalagi yang hendak diperjuangkan melainkan mengibarkan bendera yang penciptanya pun mungkin telah meninggal dunia.

Tajdid!!!!

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP