Kita adalah penyair
>> Thursday, May 8, 2008
"Aku nampak kau ni seorang budak Sains yang nak bertukar kepada Sastera." Ujar seorang sahabat kepada saya.
Saya hanya mampu tersenyum dan tertawa.
"Sastera itu ada di dalam setiap diri manusia."
Apabila Tuhanku berkata kepada ku;
"Tidak malukah kamu menderhakaiku?
Kamu sembunyikan dosa daripada makhlukku,
Sedangkan kamu datang kepadaku, bergelumang dengan maksiat?"
Apabila sahabat Imam Ahmad membacakan puisi ini, maka Imam Ahmad lalu menuju ke rumah dan menangis sambil mengulang-ulang bait-bait puisi ini.
Syair bisa meruntun jiwa manusia.
Siapa mahu menafikannya?
Mahu menafikan bahwa syair adalah bahasa yang menggetarkan jiwa?
Mahu menafikan bahawa dengannya matlamat mudah dijelaskan?
Lihatlah berapa banyak yang benar itu dibenar dan dikuatkan oleh syair.
Lihatlah juga berapa banyak yang dusta itu dibenarkan juga melalui syair.
Untaian syair mengungkap madah gemilang dan menaikkan semangat.
Suhail menaikkan semangat pahlawan kafir Quraisy menentang Nabi Allah dengan untaian syair.
Abdullah bin Rawahah memujuk kaum muslimin berperang sehingga syahid dengan untaian syair.
Malah Abdullah bin Rawahah memujuk dirinya dengan kalimat syair juga.
Tetapi malangnya ada sebahagian buku Islami yang meninggalkan hakikat ini.
Ya, jika dikatakan bukan semua buku boleh disyairkan.
Tetapi, bagaimana buku yang ringan-ringan?
Jujur saya katakan, saya agak berat untuk menghabiskan buku-buku Islami yang di dalamya berkontekskan mantiq, logik, prosa dan fakta sahaja.
Jika mahu belajar daripada sejarah,
Lihatlah kepada Ibnu Taimiyyah yang terkesan dengan hakikat ini.
Ahli Bid'ah dan pendokong Jahiliyyah menyebarkan fahaman mereka melaui syair di zamannya.
Malah Ibnu Taimiyyah dan anak muridnya ditentang dan diserang melalui syair juga.
Muhamad Iqbal seorang penyair terkenal merungkai:
"Ternyata logik yang kuat daripada Ibnu Taimiyyah memberi kesan dan pengaruh di kalanga umat ini.
Tetapi logik sahaja tidak cukup untuk menghadapi kata-kata bidalah yang bidaah dan pengaruhnya."
Zaman ini?
Apa kurangnya?
Lagu-lagu lagho diminati, penyanyinya dipuja, dijadikan idola.
Sedarlah hakikat dakwah ini wahai para Murobbi.
Bersyairlah kerana kita sebenarnya adalah penyair.
1 comments:
salam..subhanallah.mmg benar syair tu menggetarkan jiwa. bukankah al-quran itu disusun dlm bentuk syair? dakwah kita kekurangan unsur sbb didikan skolah titik beratkan sains n matematik smata. daie kita rata2 semacam tandus skill ini. ayuh usahakan allahuakbar!
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...