Peringatan buat diri yang sering lupa
>> Thursday, May 8, 2008
Sahabat ramai yang berkecil hati,
Apabila pesanannya dikatakan leteran,
Habis apa yang mahu dilakukan,
membiarkan kemungkaran beraja di mata?
Jalan-jalan dakwah itu tidak terbentang dengan karpet merah.
Ianya sukar dicapai untuk kita yang sentiasa ambil mudah,
Langkah itu berstrategi dan berhikmah.
Sedarlah bahawa sesungguhnya seluruh umat dan jemaah dihitung dengan amalan-amalannya semasa hidup.
Kerana itulah Al-Quran banyak menyebut kisah-kisah kaum terdahulu dan menyuruh kita meneliti pengalaman umat-umat terdahulu dan sekarang supaya kita mengambil iktibar daripadanya.
Wahai saudara-saudara yang budiman dan soleh!
Wahai ahli zuhud dan ahli Ibadah!
Dihadapanmu terbentang bahaya kanun Rabbani yang menggerunkan sekiranya kamu membisu seribu bahasa.
Janganlah kamu diperdaya oleh kezuhudanmu dan solatmu,
Sampaikanlah kebenaran, suruhlah manusia membuat kebaikan,
dan laranglah mereka dari kemungkaran dan kejahatan.
Kalau tidak.... Tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan.
Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.(Al-A'raf,165)
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...