Arah yang dicari

>> Tuesday, May 27, 2008



Sering saya mendengar dan melihat, orang-orang yang agak 'kureng' penghayatan agamanya berkata bahawa dia akan bertaubat bila sudah menjelang tua.
Bagus, sekurang-kurangnya masih punya iman dan harapan akhirat.

Kita ambil jalan singkat, jika impian itu ditunaikan Allah SWT. Namun apakah nilai taubat yang mahu diintripasikannya? Penghayatan Islam bagaimanakah yang mahu diambilnya?

Salah tanggapanlah bahawa melaksanakan Islam adalah dengan bersolat sampai dahi lebam, memakai jubah, pakai serban, jalan tunduk, bercakap slow, mengasingkan diri daripada dunia dan apa-apa jelah.
Oh, mereka menganggap apabila mereka telah penat dengan dunia, buang dunia jauh-jauh mereka telah kembali kepada amal Islami? Nak jadi Zuhud?

Apakah itu zuhud sebenarnya?

Saya tidak layak untuk mempertikaikan siapa itu Rabiatul Adawiyyah, seorang sufi yang diagung-agungkan sesetengah orang. Juga saya tidak layak untuk mempertikaikan golongan akhli abid yang menyibukkan diri mereka di masjid sehingga apabila Tentera Monggol menyerang Baghdad pada era Abassiyyah mereka tidak keluar untuk berjihad.

Sepanjang perjalanan dalam kehidupan ini kita jangan lupa dan alpa.
Bahawa sejarah banyak mengajar kita, tentang kebobrokan dunia. Serta kebodohan dan sikap sambil lewa kita.

Bukan sinis. Tetapi hakikat.
Melihat kariah-kariah yang berkopiah putih menyedut satu persatu asap rokok di tepi pintu.
Hal yang dibincangkan bukan kecil. Hal umat.

Kesal, kasihan, geleng kepala; "Ish..ish..apa la nak jadi.", "Astaghfiurllah..teruk betul."

Kesalkan diri sendiri dahulu.
Muhammad Ahmad ar-Rashid mengatakan kitalah golongan ibadah yang bermain-main.
Tidak tahu apa itu tariqul amal dalam mengubati masyarakat.
Takut memikul beban dakwah kerana dihalang rasa takut dan tamak.

Bukan tidak khatam Al-Quran. Bukan tidak lengkap solat. Tetapi masih punya takut akibat dakwah ini.
Akhirnya dianggapnya agama ini hanya perkara fardu ain sahaja.
Walhal tidakkah dia tahu bahawa sesetengah hukum fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain apabila sampai masa-masanya. Hukum berubah mengikut keutamaan(Fiqh awwliyyat)

Lihatlah..Lihatlah..
Lihatlah Abdullah ibnu al-Mubarak membantah rakannya al-Fudhail bin 'Iyadh(meninggal pada 187H) kerana mengasingkan diri dari ke Mekah untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Sedangkan al-Fudhail adalah ahli hadis yang thiqah.
Apabila balik dari peperangan, debu dibadan pun masih belum hilang, lantas beliau berutus surat menyindir sahabatnya itu.

Manakan sama, air mata ahli abid yang mengalir dengan darah para syuhada.
Manakan sama, wangian ahli abid dengan debu dan pasir pejuang jihad.

Sungguh sesiapa yang mengatakan Islam itu adalah ibadah ritual semata-mata ia telah menyamakan agama ini rahib-rahib yahudi dan nasrani.

Orang yang tidak faham zuhudlah yang akan memencilkan diri dari kaum kafir dan fasik.
Sedangkan orang yang faham sentiasa mencari-cari di mana kafir dan fasik.

Pohon-pohon segar itu telah bangun,
Bangun mencari keredhaan tuhannya,
Alangkah ajaibnya,
Setiap kali mereka dicantas, ianya tumbuh kembali,
Malah semakin banyak dan bercambah,
Begitulah urusan umat,
Akan ada yang membelanya sehingga ke hari kiamat.

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP