Turki jambatan ke arah era Islam?

>> Wednesday, February 4, 2009

Sungguh dunia terkesima melihat keberanian Erdogan!

Beliau mengingatkan saya kepada tokoh itu.~kali pertama dan terakhir saya mengenali wajahnya, tersemat wajah keberaniannya di tali gantung!

Jika mereka nyatakan pada saya, betapa sekularnya Turki. Jawabkan kembali falsafah Kemalismanya yang pernah pemimpin kita jilati. Dari Turki sekular ini datang, dari Turki juga sekular ini akan terbenam.

Tokoh yang dimaksudkan ialah Adnan Menderes.

Pada asalnya Adnan Menderes adalah watak di sebalik wayang demokrasi FreeMason di Turki. Pada saat Barat ingin menguji betapa berkesannya pengaruh Mustafa Kamal Atarturk merubah Turki. Lalu Presiden Pengganti selepas itu, Ismet Inonu telah memilih Celal Bayar untuk menubuhkan parti pembangkang dan parti demokrat. Adnan Menderes muncul sebagai watak yang membantu Celal Bayar, dan akhirnya dia dilantik sebagai pemimpin dalam parti yang ditubuhkan tersebut.

Namun sesuatu yang ajaib, Adnan Menderes telah dialihkan hatinya dengan hidayah Allah. Dia terselamat di dalam satu nahas kapal terbang yang mengorbankan semua anak kapal kecuali beliau. Sebenarnya di saat kritikal itu dia berdoa, 'jika dia selamat maka dia akan berusaha mengembalikan Islam di bumi Turki'.

Dengan izin Allah Parti Demokrat yang dipimpin Adnan Menderes menang bergaya di dalam pilihanraya umum Turki 1950. Dan lawannya Parti Republikan Atarturk mengalami kekalahan teruk. 32 kerusi berbalas 318 oleh parti Demokrat. Adnan naik sebagai Perdana Menteri dimana Celal Bayar pula naik sebagai Presiden Turki.

Islam kembali digerakkan oleh Adnan Menderes. Nyata dia ketika itu sedang menunaikan janjinya. Syukur tidak terhingga apabila azan diberikan haknya di dalam bahasaArab. Pelajaran agama dikembalikan di sekolah-sekolah dan hak wanita Islam dikembalikan.

Masa pergi tanpa disedari. Pilihanraya umum 1954 muncul dengan membawa kejayaan lebih gemilang buat Adnan Menderes. Merampas lagi 8 kerusi daripada Parti Republik.
Hal ini tidak dibiarkan sahaja oleh tangan-tangan Yahudi Internasional. Akhirnya satu rampasan kuasa tentera dibuat ke atas kerajaan Adnan Manderes pada tahun 1960.

Dan inilah yang berlaku kepada Perdana Menteri Turki ini;


Adnan Menderes digantung mati.

Penyebab utama yang menjadikan Manderes dibawa ke tali gantung adalah kerana usahanya untuk mendekatkan Turki dengan negara Islam dan memisahkan diri dengan Israel secara bertahap. Dan salah satu langkah bijaknya ialah mendirikan Parti Keadilan. Suleyman Demirel mengambil alih Parti Keadilan dan seterusnya menyambung peranan Adnan Menderes.

Selepas daripada itu pemimpin-pemimpin Turki yang bercita-cita Islam datang silih berganti. Walaupun perjalanan ke arah tajdid Islam itu sering dicantas oleh pihak yahudi dan sekularis namun watak-watak Islam ini tetap kekal, cuma pelakonnya berbeza. Sesungguhnya Islam itu adalah darah daging bangsa Turki. Tidak mungkin darah daging ini dapat diasingkan sel demi sel dari tubuh rakyatnya melalui revolusi Atarturk. Jika terkesan pun hanya di kulit sahaja.

Bangsa Turki akan tetap kembali kepada Allah dan fitrah Islam. Generasi mendatang Turki akan merampas kuasa dari pihak Sekularis. Mereka inilah yang tumbuh sebagai pencinta Al-Quran, dari madrasah-madrasah yang dirintis kembali oleh Adnan Menderes dan pemimpin yang inginkan Islam seterusnya. Inilah fitrah Allah, dimana Allah yang menciptakan manusia dengan fitrah tersebut;

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.


-----------------------
Fakta di dalam entri ini dipetik dari buku Turki Negara Dua Wajah oleh As-Syahid Dr Abdullah Azzam.


MS Rizal,
Kuala Lumpur,
4 Februari 2009/ 8 Safar 1430H
http://msrizal.blogspot.com/

3 comments:

lelucon February 4, 2009 at 10:17 AM  

semoga Allah merahmati beliau dan pejuang2 Islam yg lain.. (Allah Maha Mengetahui)

Malaysia? dah ada pulak pusat gereja... kerja 'tokoh' mana pula ni...

Nurhidayah Jaafar February 4, 2009 at 4:09 PM  

Jika nta teringat pada Adnan Menderes, saya pula teringat kepada Syed Al-Qutb dan Hasan Al-Banna.

2 pejuang Islam ulung ini bertemu kematian di tangan pentadbir dengan cara yg kejam.

Jika diTurki bertali gantung, di Malaysia ada ISA..

zahidzuhri February 5, 2009 at 5:22 PM  

Perkongsian yang menarik,baru tahu tentang Adnan Menderas yang akhirnya syahid (insyAllah) Moga kita sama2 sejalan menyusuri jalan ini,amin....

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP