Alah bisa, anta lembik jawabnya binasa!

>> Saturday, January 31, 2009

Kaki saya digenangi air kesibukan. Kerana saya sudah dihinggapi penyakit orang berjawatan. Mencuri ruang untuk mencelah. Saya sudah semakin kerap tidur lewat, tetapi waktu bangun tetap dipaksa awal. Ah, masa! Izinkan sedikit ruang untuk aku mencurimu. Supaya ada peluang untuk aku memuntahkan manfaat kebaikan.

Alhamdulillah, saya diamanahkan untuk menulis teks khutbah Jumaat pula. Sudah 2 minggu teks saya dilantunkan oleh khatib yang diamanahkan. Walaupun isinya bukan 100% datang dari idea saya, tetapi sekurang-kurangnya membawa perubahan di dalam pengisian Jumaat.


Dan mujur, lambakan majalah-majalah berasaskan Islam seperti majalah I, Milenia Muslim dan Al-Islam di atas meja study saya banyak membantu. Di kala inilah saya hanya perlu membelek dan mencedok. Membaca majalah memang banyak manfaatnya.

"Khutbah Jakim ke tadi? Lain benar, ada bahasa-bahasa puisi pula di hujung khutbah!" seorang rakan saya bertanya.

Saya tersenyum, satu respons yang baik. Tetapi saya perlu berhati-hati lain kali di dalam menulis, kerana sebahagian khutbah itu adalah sihir. Seperti mana diungkap di dalam hadis riwayat Muslim;


Dari Abu Wail r.a. katanya: "Ammar pernah berkhutbah(Jumat ) di hadapan kami, singkat tetapi padat. Ketika dia sudah turun dari mimbar, kami berkata kepadanya, "Hai Abu Yaqzhan! Khutbah anda singkat dan padat. Alangkah baiknya kalau anda panjangkan sedikit lagi." Jawab Ammar, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya siapa yang lama solatnya, pendek khutbanya, menandakan bahawa orang itu faham agamanya. Kerana itu panjangkanlah solat dan pendekkan khutbah, kerana sebahagian dari khutbah itu adalah sihir!"


InsyaAllah selagi saya punya ruang untuk mengetengahkan isu, selagi itu saya tidak malu memegang gong kesedaran untuk dipalu. Harapan buat ummah ini terlalu besar, melihatnya mungkin semakin hari boleh menjadi tawar. Tetapi saya tahu janji Allah itu pasti benar!

Saya tahu usaha saya ini bukan berhenti setakat ini, saya mahu mengubah secara fizikal bukan sekadar teori. Keberanian tulisan saya mesti segagah saya berdiri bertentangan dengan realiti yang ada. Saya sedar, saya bukan yang terbaik. Tetapi bukanlah kelemahan itu perlu, untuk menghargai dan menghadirkan Q(kualiti)?

Oh ya, saya baru balik dari ekspo kerjaya tentera di Dataran Merdeka. Mahu tahu apa itu tentera?
Jawapannya bersabar, kerana 1000 macam ragam dan masalah berselindung di sebalik celorengnya! Tetapi tidak perlu risau, buatkan sahaja minuman yang manis dari limau yang masam. Inilah kunci kepada kebahagiaan.




MS Rizal,
Kuala Lumpur,
31 January 2009/4 Safar 1430
http://msrizal.blogspot.com/

1 comments:

Anonymous January 31, 2009 at 1:31 AM  

Sodaqta ya akhi :)

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP