(Entri bersahaja) Perkembangan di Perak
>> Friday, February 6, 2009
Perak adalah negeri yang saya cintai. Rakyatnya terdiri dari komposisi kaum yang unik. Melayu(1,101,105 or 53.68%), Cina (643,129 or 31.35%) , India(262,121 or 12.78%), dan lain-lain kaum (6,536 or 0.32% termasuk Thai 2,080). Diketuai oleh seorang Sultan yang dilantik berdasarkan sistem dinasti.
Walaupun saya tidaklah biasa berbahasa Perak kerana saya bukanlah orang Parit, Bota, atau Manjoi yang punya bahasa Perak pekat. Bapa saya berasal dari Semanggol, dan keluarga Ibu saya berasal dari Kuala Kurau. Kedua-dua tempat ini dipenuhi oleh masyarakat Banjar salah satu masyarakat besar di dalam Melayu. Mereka kebanyakannya bekerja sebagai petani. Ibu dan bapa saya juga orang banjar. Dan saya juga sudah tentulah berketurunan banjar. Kulaan niring ngapaan terkurihing? ((Wah lama dah aku kade basurah banjar.. di ide sapa yang handak manyurahi ako..huhu)
Masih ramai lagi yang perlu
Sebenarnya Perak masih mempunyai ramai rakyat miskin tegar di seluruh negeri. Saya membesar di dalam keluarga yang punya ekonomi sederhana(pendapatan bawah RM800 tahun 1990-an). Saya punya ramai kawan-kawan yang tidak sempat menghabiskan persekolahan di sebabkan kemiskinan. Saya juga melihat ketidakpedulian kerajaan negeri sebelum itu akan nasib rakyat-rakyat di Pedalaman. Saya juga melihat betapa tidak mesra rakyatnya ketua kampung dengan penduduk. Saya melihat bantahan demi bantahan dibuat atas tanah yang ditarik daripada penduduk estet ladang Sarthistala(saya pernah tinggal di sini kerana bapa saya bekerja sebagai polis bantuan ketika itu). Saya mendengar rintihan kampung Cina Kuala Kuang yang ditipu kontrak tanah sehingga terbinanya kilang getah mengeluarkan bau busuk berhampiran pekan Chemor. Ramai lagi rupanya hidup dengan slogan Survival for the fittest.
Untuk apa saya menerangkan semua ini?
Sedarlah sebenarnya rakyat bawah tidak peduli siapa yang memerintah. Asalkan ianya adil di dalam memberi layanan. Juga mereka memerlukan tempat pengaduan yang telus. Bukan Adun yang susah nak nampak batang hidung sebab sakit nak mampus! Bukan juga MB yang susah benar hendak hadir mendampingi rakyat. Sepanjang saya bersimpar siur di Ipoh, bersekolah di sana, saya hanya sekali nampak Mantan MB (Tajol), itupun selepas menghadiri majlis Maal Hijrah. Berbeza dengan Ir Nizar yang mudah dijumpai kerana dia adalah kariah Masjid. Dan untungnya saya bertemu dengannya juga di Masjid. Sungguh ikatan jemaah masjid itu adalah sesuatu yang istimewa. Kita bersahabat tidak kira dari kariah masjid mana.
Rakyat bawahan tidak kenal pun siapa Nicollo Machiavelli(1469-1527)?
Hidangkan pemikiran Machiavelli dan buku yang terkenalnya 'The Prince' pada era Renaissance kepada Mak Cik Timah yang berniaga pisang di tepi jalan. Mesti Mak Cik itu buat tak sior(baca endah). Juga kepada Arimuthu yang sedang asyik menggunting rambut pelanggannya. Berikan juga kepada Ah Seng yang berniaga ikan, "Ikan! Ikan! Satu longgok RM 4.00!", "Haiya ini buku apa?"
Mereka tidak tahu pun apa dia istilah Machiavelli. Tetapi jika mereka di tanya tentang kebobrokan pemerintah, pemimpin yang gila kuasa, keringat rakyat yang diratah, semuanya akan mengangguk faham. Ya, inilah sebenarnya mak cik apa yang dihadam oleh pemimpin gila kuasa di atas puncak sana. Teori yang disaring dari pemikiran Machiavelli iaitu penekanan halalnya pemerintah menggunakan sebarang cara bagi mengekalkan kuasanya. Mengikut cara ini, berpolitik secara licik dan zalim demi mengekalkan kuasa adalah halal dan demikian juga dengan aspek yang lain. Machiavellianisme hanyalah istilah, praktikalnya sudah mendarah daging di kalangan pemimpin-pemimpin mabuk kuasa di seluruh dunia.
Muktahir, apa yang berlaku di Perak memang cukup membingungkan. Tetapi itulah hakikatnya, saya berharap apa yang berlaku ini bolehlah diambil iktibar. Sering benar sesebuah kerajaan yang baik di sabotaj oleh orang dalam. Pengkhianat biasanya tidak akan duduk lama, punggungnya sentiasa panas, hidupnya di dalam ketakutan, mereka akan dibenci sama ada kawan atau lawan. Sejarah telah memahat nama mereka atas satu sebab, 'lompat si katak lompat'.
Politik Malaysia yang haru biru!
MS Rizal,
Kuala Lumpur,
6 Februari 2009/ 10 Safar 1430H
http://msrizal.blogspot.com/
3 comments:
Faktor Penyebab Munculnya Konflik:
1. Hilangnya imuniti keimanan dan tidak tegaknya bangunan di atas asas pemikiran dan prinsip yang jelas. Adakalanya sebuah organisasi yang berdiri di atas landasan loyaliti terhadap seorang pemimpin yang diagung-agungkan. Ada pula yang berupa organisasi 'figure', iaitu organisasi yang didirikan di atas bayangan 'figure' seseorang. Yang lain berupa organisasi kepentingan yang berorientasikan tujuan-tujuan materialistik semata.
Dengan itu, jadilah bangunan organisasi tadi begitu lemah dan rapuh. Dia tidak mampu menghadapi kesulitan dan tentangan, mudah tergoncang dan barisannya bercerai berai, sehingga muncul berbagai tragedi yang menimpa...
Sekadar menulis kembali tulisan Ustaz Fathi Yakan dalam "Ihdzaru Al Aids Al Harakiy" untuk muhasabah bersama.
Semalam ketika ana berkampung di Kediaman Rasmi MB Perak cukup mendebarkan. Sempat bertemu dgn MB yg keluar mengucapkan terima kasih kpd hadirin yg datang memberikan sokongan.
Doakan yang terbaik buat Malaysia
Suasana sekarang cukup mengelirukan. Tetapi satu sahaja pesan saya kepada orang yang mengaku berasal dari fikrah yang sama di dalam PAS.
Jangan Melampau!!!
Ingat, sifat ini memusnahkan ramai orang sebelum kita. Jika sudah terasa diri dikuasai sifat ini, pilihlah jalan sabar. Allah Taala itu dekat dengan orang yang sabar.
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...