Hikayat si Panjang Tangan

>> Monday, February 9, 2009

Saya tidak tahu apa yang difikirkan oleh seorang pencuri ketika mencuri.

Adakah dengannya dia akan menjadi kaya raya? Atau boleh dibuat modal pelaburan MLM untuk untung berjuta-juta?

Apabila terasa sempitnya dada, luaskanlah minda. Mencari kebahagian diri bukan dengan menzalimi.

Rakanku mengadu barangnya dicuri

Sepanjang hampir 5 tahun saya mengaji di sini. Hampir tiada tahun yang tiada kes curi. Kecurian bukanlah kecil-kecil. Duit beribu-ribu, handset mahal dan komputer riba habis kena sapu. Termenunglah si kena curi mengira baki-baki duit simpanan untuk membeli yang baru.

Alahai, pencuri kesiankan kami yang juga punya masa-masa sempit sepertimu!

Juniorku mengadu barangnya dicuri

Baru minggu lepas, selepas sebulan proses perpindahan blok besar-besaran berlaku. Seorang junior saya setahun lebih muda(Tahun 3) melaporkan barangnya dicuri. Tentunya ia tidak menjadi sesuatu yang kontroversi. Mengenangkan kejadian ini seperti sudah lali.

Maka habislah bilik junior saya yang paling bongsu(seorang pelajar Tahun asas/foundation year) digeladahi. Junior yang saya kenalinya kerana kerap benar 'menipu diri sendiri'. Jangan salahkan si penggeladah bilikmu, kerana sejak kecil kami diajar peribahasa 'siakap senohong, gelama ikan duri'.

Setelah puas digeledah, hasilnya tetap buntu!

Mengenang diri juga pernah menjadi mangsa curi

Saat wang ringgit saya mula kekeringan. Tahun 1, seingat saya kejadian ini menjadi bukan sekadar igauan. Tak banyak, RM 100. Tetapi percayalah saat itu cukup memeritkan. Tetapi itu tidaklah menjadi hal yang perlu saya hebohkan. Mengenang rakan-rakan lain yang lebih dahsyat dan sadis dengan kehilangan.

Mungkin wang dicuri itu bukan hak anda

Saya bermuhasabah diri. Pelajar-pelajar di sini memang berwang, hasil wang elaun yang mencecah gaji asas seorang pekerja lepasan diploma. Ditambah lagi dengan penginapan dan makanan percuma. Disebabkan punya banyak wang limpahan ada yang berbelanja mewah dan bergaya. Ada juga yang mula pandai berhutang demi untuk bergaya. Disebabkan inilah saya kehairanan, kerana masih lagi ada yang kesempitan wang. Berbelanja lebih untuk keluarga mungkin? Percayalah saya juga punya tanggungjawab besar seperti itu tetapi alhamdulillah masih baik pengurusan wang.

Masalahnya sebab apa? Jawabnya kedekutnya diri untuk bersedekah, kedekutnya untuk berzakat. Masih ramai lagi yang tidak ambil endah untuk berzakat, bukan zakat fitrah. Tetapi zakat pendapatan. Saya mengambil skim zakat pendapatan wilayah persekutuan. Hasil kira-kira, saya hanya layak membayar lebih kurang RM10 sebulan. Ianya memadai,setakat ini.

Kedekut untuk bersedekah.

Saya biasa menolong bilal mengira duit hasil tabungan masjid untuk solat Jumaat. Kebiasannya hasilnya tidaklah sampai seribu ringgit. Maka inisiatif dibuat oleh rakan-rakan yang prihatin untuk membuat kira-kira. Hasilnya purata yang diperolehi, pelajar-pelajar di sini hanya bersedekah RM 0.03 sen seorang! Sedih bukan?

Bersedekah adalah cara untuk membersihkan harta kita. Kadang kala terdapat masa yang kita tidak tepati, ada waktu kita senang berehat-rehat atau selesa untuk ponteng. Tetapi gaji tetap diperolehi. Inilah cara membersihkan harta.

Bersedekah itu juga membersihkan hati dan dosa. Anda punya Tabung Simpanan Tetap? Jangan lupa juga membuka 'Tabung Simpanan Akhirat'!



Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.(Al-Baqarah: 261)


MS Rizal,
Kuala Lumpur,
9 Februari 2009/13 Safar 1430H
http://msrizal.blogspot.com/

3 comments:

Anonymous February 9, 2009 at 10:13 PM  

Emak selalu mengingatkan, setiap kali saya dan adik-adik mengadu barang dicuri - berlapang dadalah. Si pencuri itu terdesak - dia sangat-sangat tidak mampu, tetapi teringin untuk memiliki- sehingga sanggup dia mengenepikan (mungkin) gerak hati supaya jangan mencuri. Rezeki kami untuk menggunakan barang itu sudah tertulis setakat itu sahaja.

Bila difikir-fikir, the whole system of thinking and standard yang ada dalam society secara general pun menyumbang. If we do not foster the kind of standard that those who have more are seen to be better (e.g. those with latest model of handphone, laptops), probably nobody is pressured to have more, hence less inclination to steal if they cannot afford it.

I read that in Denmark, being richer than others is discouraged by tax system and culture, and consumer goods and materials are not source of status.

I am thinking of moving over there.

:D

MS Rizal February 11, 2009 at 8:39 AM  

Wah, positifnya berfikir Ukht Afnizar!

Nukilan ini sekadar teori. Realitinya, sakit juga hati! Saya tak rasa semua pencuri mencuri disebabkan tekejar-kejar dengan teknologi terkini. Pencuri tetap brangsat, sedangkan selipar jepun di halaman masjid pun boleh hilang dikebas~

Ada setengahnya cukup segala segi. Tetapi dah jadi macam satu habit. Alahai rambut yang sama hitam, malangnya hati kita lain-lain.

Anonymous February 11, 2009 at 7:22 PM  

I choose to think that way so that I won't be sad when I lost my 3-months old laptop, my handphone, when my brother lost his Man Utd shirt I bought -or else I would have fallen into depression thinking of what I could have done.

It is not really about the tech, it is about wanting - dah dia tak ada selipar, so apa yg ada yang itulah jadi mangsa.

After all, the environment is to be blamed right now. If we are thinking about implementing Shariah Law, Malaysia is yet to meet the conditions before a stealing hand can be cut off!

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP