Berjuang untuk hidup Part 1
>> Saturday, September 29, 2007
Seusai sahaja solat Asar berjemaah, saya duduk termenung untuk tarbiyyah diri. Terlalu banyak nikmat yang Allah Taala beri kepada saya. Tapi adakah saya di antara orang yang bersyukur?
Mudah-mudahan..
Saya adalah anak kedua daripada enam orang adik beradik. Kehidupan saya semasa kecil amat memilukan juga. Keluarga saya bukan orang berada. Bapa saya hanyalah seorang JAGA berkelulusan darjah 6. Mak saya pula bekerja kilang demi untuk membantu meringankan bapa saya. Jadi semenjak kecil saya di didik untuk hidup berdikari, pandai mengurus diri. Dalam keadaan serba kurang, saya tekadkan diri dari dahulu untuk berjaya dalam pelajaran.
Masih saya ingat, ketika rakan2 sebaya lain mewah berbelanja seringgit atau dua ringgit sehari, saya adik-beradik cuma berbelanja 30 sen-40 sen sahaja. Kadang-kadang ketika bermain, hanya mampu memandang sahaja rakan-rakan yang kehidupan mereka baik sikit ni berbelanja.
Baju jarang berganti, koyak dan tampal tu biasa sahaja. Disebabkan ibu tiada di rumah bekerja, saya terpaksa buat semuanya sendiri. Saya juga dibiasakan oleh bapa untuk mengikutnya mencari rezeki. Saya selalu membontoti bapa saya untuk pergi menjala, mencari pucuk paku, memancing. Kalau tiada rezeki sememangnya makan pucuk paku je malam tu...
Sebab kemiskinan saya sering disisihkan rakan-rakan. Malah, saya masih ingat lagi ada bapa seorang kawan saya ni tak bagi kawan dengan saya, mungkin sebab keadaan saya yang dianggap sebagai budak serba tak cukup ni.
Saya belajar bersungguh-sungguh, pelajaran saya paling minat adalah Matematik. Saya minat Matematik sejak dari darjah satu lagi. Teringat ketika saya bingung untuk menyelesaikan masalah Matematik. Sewaktu itu saya darjah 4, saya tak tahu nak buat apa. Nak tanya mak dan ayah, saya tak fikir mereka boleh selesaikan disebabkan mereka memang tak memantau pelajaran saya kerana mungkin pelajaran mereka yang rendah.
Akhirnya saya nangis, menangis kerana frust. Bapa saya datang, dia tanya kenapa saya menangis? Saya pun beritahu yang tak boleh buat soalan dalam buku tu, bapa saya ambil pensel dan dia tunjukkan saya cara menyelesaikannya. Saya jadi terkejut, saya sangka bapa saya tidak tahu menyelesaikannya. Saya jadi gembira, teruskan selesaikan masalah Matematik itu sampai habis..... Peristiwa ini sebenarnya membawa impak yang besar kepada saya dalam memandu untuk berjaya di dalam pelajaran....
1 comments:
teringat masa -masa dahulu...
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...