Berjuang untuk hidup Part 2
>> Saturday, September 29, 2007
Saya bukanlah orang yang pandai. Hanya orang kampung yang diberi sedikit nikmat untuk terus belajar.
Saya amat bersyukur kepada Allah Taala yang memandu hidup saya dengan kekecewaan yang penuh dengan hikmah;
1. Masa Form 1; Saya ditawarkan untuk mengikuti program rancangan khas hoki di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh- Tapi saya tolak dan menyesal akhirnya, kerana melihat kawan-kawan yang berjaya dalam bidang ini sampai ada yang wakil Malaysia lagi.
2. Akibatnya saya memilih untuk belajar di Sekolah Asrama biasa. Tapi tak boleh belajar sebab homesick-Buat langkah nekad, panjat pagar lari asrama dan akhirnya pindah sekolah harian.
3. Masa pindah sekolah baru, saya dapat tumpu pelajaran sebaiknya. Akhirnya dapat nombor 1 pada peperiksaan akhir tahun.
4. Form 2 jadi leka, mula kawan dengan member yang 'karut-marut'. Pelajaran down.
5. Form 3, ada selisih faham dengan member rapat. Saya seperti dipulaukan, baru saya tahu mana kawan, mana lawan. Tapi sebenarnya akibat terlampau berkawan yang membuat saya leka. Saya ganti waktu bersama rakan-rakan dengan belajar, ternyata saya berjaya mendapat keputusan yang memuaskan. Anak mak dapat 7A tapi tak pandai BI(org kampung) dapat c je. Alhamdulillah..
6. Form 4-form 5 masuk asrama. Masa ni saya tak toleh belakang, belajar nekad demi untuk menyambung pelajaran keperingkat yang maksimum. Ada cita-cita nak sambung ke Jepun. Tetapi result last dapat 6A1 3A2 dan satu 7D(Hairan bin Ajaib English lagi).
Saya jadi frust..... Tapikan Allah itu sehebat-hebat perancang...
7. Tahun Asas, saya terpilih untuk menghadiri satu sesi temuduga untuk melanjutkan pelajaran ke United States Naval Academy, Anapolis,USA. Saya bukanlah tidak boleh berbahasa Inggeris. Malah saya dapat menjawab soalan yang diajukan dengan yakin dalam berbahasa Inggeris. Saya menolak tawaran ini atas dasar ruang Tarbiyyah diri. Risau-risau tiada daya untuk menahan dugaan. Juga atas dasar calon lain lebih hebat dan sangkaan saya peluang amat tipis untuk terpilih. Hakikatnya , keputusan keesokan harinya menyatakan saya mendapat rangking 1st. Tetapi disebabkan saya menolak awal-awal lagi , maka nama saya disingkirkan. Bingung bercampur sesal dengan keputusan ini pada awalnya, tetapi dapat menerima hakikat sesudahnya.
Tiada Jalan Untuk Bahagia Kecuali Dengan Redhonya...
Hakikatnya, saya pegang satu. Bersangka baik dengan Allah Taala.
Bagaimana berjayanya saya pun dari mata masyarakat tetapi ini tidak ada makna apa-apapun tanpa Redho dan Berkat Allah AzzaWajjall.
Apa-apapun saya perolehi, saya tetap orang berjaya jika saya sentiasa berada di dalam landasan orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Iaitu beri'tikad bahawa semua pekerjaan adalah untuk mencari Redho Allah AzzaWajjall.
"........Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. " Surah Al-Baqarah, Ayat 216..
2 comments:
allo bro...
kt mne skang nie..
tentera ke??
stiap ssuatu yg brlaku ada hikmahnya yg tersembunyi..redha dgn sgala ketentuanNYA..
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...