Puasa..puasa..
>> Wednesday, September 19, 2007
Setelah agak lama tak update blog aku, alhamdulillah.. hari ni baru aku berkesempatan untuk menulis.
Beberapa blog yang aku jenguk, rata-ratanya memperkatakan tentang Ramadhan Al-Mubarak.
Rasanya, masih tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan salam Ramadhan.
Suasana Ramadhan aku kat sini, agak meriah... Adalah nampak ke'Ramadhan'annya..
Apa yang Ramadhannya? Biasalah ada Bazar Ramdhan petang-petang depan blok aku ni. Tapi, aku takdelah berminat sangat nak menjenguk Bazar ni.. Menu sama je tiap-tiap hari. Lagipun aku lebih senang berbuka puasa di Masjid. Dapat juga aku mengerjakan beberapa sunnah Nabi SAW; Berbuka puasa dengan segera serta tidak berlebih-lebihan, lepas tu dapat menyegerakan solat Maghrib secara berjemaah dengan kadar segera. Ada satu lagi bonus tambahan aku dapat, rasa redho dengan rezeki yang Allah Taala beri dan sekaligus memberikan aku kekhsyukan solat Maghrib yang tidak sama dengan bula-bulan lainnya. Bagi aku, kekhusyukan Solat Maghrib dalam selepas 'Ifthar' adalah kemuncak dalam menyempurnakan ibadah Puasa.
Puasa disebut 'sauwm' dalam Al-Quran.. Allah Taala melatih kita berpuasa supaya jadi seperti seakan-akan sifat Malaikat.. Cuba bandingkan Malaikat tidak makan, tidak minum, tidak bernafsu, banyak ibadahnya dll.
Jadi inilah sebenarnya yang perlu kita ingat. Janganlah ketika berbuka, telah hilang segala sifat Malaikat terus bertukar sifat kepada rakan Syaitan. Melampau dalam makan, hisap rokok, bersembang samapi terlepasa waktu Maghrib dll.....Nauzubillah
Beringatlah, bejana yang paling dibenci oleh Allah Taala adalah perut yang penuh dengan makanan.
Ikutlah sunnah Nabi SAW, ruangan perut dibahagi kepada 3. 1/3 makanan, 1/3 minuman, 1/3 lagi udara.
Beberapa hari lepas aku jadi bilal untuk solat terawih. Aku sebenarnya berfikir berkali-kali untuk mahu jadi bilal atau tidak. Risau-risau, penyakit hati bernama riak muncul. Tambahan pula, selawat yang diisi diantara ruang-ruang solat terawih ni tidak terdapat dalam sunnah Rasulullah SAW. Tetapi setelah melihat beberapa orang junior aku yang bagus-bagus pembawakannya tapi agak kurang yakin dengan lantunan suara kita mengimamkan selawat, aku rasa aku perlu lakukan juga. Sudahku duga pasti ada pujian daripada rakan-rakanku.. Terima kasih rakan-rakanku, aku tahu diri kalian penuh dengan sifat keikhlasan. Tapi sememangnya diri ini kurang mampu untuk menahan penyakit hati.. Pergi..pergilah..penyakit hati, di dada ini sudah tidak ruang lagi untukmu..
Tapi yang bestnya sesi tadarus.. Siap on-air lagi, siapa yang tak biasa join..cuba-cubalah.. Jangan malu-malu kalau anda baca merangkak-rangkak, kerana anda perlu sedar bahawa orang yang tegur bacaaan anda itu dulu pun orang yang pernah baca merangkak-rangkak juga..
Inilah yang penting sebenarnya, Ramadhan adalah bulan sekolah untuk umat muslim. Bersekolahlah balik dalam ibadah..
Bagi yang tak biasa tepati waktu dalam bersolat..Cuba-cubalah.
Bagi yang tak biasa berjemaah, biasa-biasakanlah..
Bagi yang kadang-kadang membuka Al-Quran, kerapkanlah..
Bagi yang merangkak-rangkak untuk membaca, lancarkanlah..
Bagi yang mengafal cuma 3 Qul je dalam Al-Quran, tambah-tambahlah..
Biasa yang suka bersembang kosong, kurang-kurangkanlah dan isilah dengan banyak berzikir.
Pokoknya bulan sekolah adalah belajar dan bulan seterusnya adalah bulan praktikal..
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...