Pendusta yang bertopeng Agama.

>> Saturday, November 8, 2008


"Kalau kita lihat secara literalnya berdusta pada agama ini membawa maksud apa?" Ustaz Borhan bertanya kepada jemaah.

Semua diam, tanda berfikir. Ketika itu beliau sedang memberikan tazkirah tafsir surah Al-Maun selepas solat Isyak.

"Maksudnya keluar daripada agamalah*, betul tidak?" Ustaz Borhan mengutarakan pendapatnya.

(*Pendapat ini bukan untuk mengkafirkan, tetapi sebagai wacana muhasabah diri.)

Saya membentangkan ciri-cirinya di fikiran; herdik anak yatim, tidak memberi makan kepada orang miskin, lalai di dalam solat, berlaku riyak dan enggan memberikan barang berguna(sebahagian mufassirin mengertikan sebagai zakat.)

Lalai di dalam solat! Sejauh mana kita menilai lalai di dalam solat itu? Kitakah yang meletakkan kayu ukurnya?

Saya merenung jauh di dalam diri. Kemungkinan saya juga termasuk di kalangan mereka yang lalai dan bermain-main di dalam solat. Ukurlah di dalam setiap solat yang lima ini, mungkin sukar untuk saya mencari solat yang sempurna tanpa fikiran yang melayang. Ukurlah dari segi masa pula, ada ketika saya senang untuk hadir berjemaah lewat ketika imam sudah sampai ke penghujung solat. Atau ada ketikanya rasa malas untuk berjemaah dan rasa selesa solat di rumah, hadir di dalam diri.

Itu baru solat, belum ciri-ciri yang lain lagi.

Ada orang yang beramal dengan amalan-amalan penghuni syurga sehingga jarak yang memisahkan dia dengan syurga tidak lebih dari sehasta sahaja. Namun takdir mendahuluinya sehingga dia beramal dengan amalan penghuni neraka lalu dia pun masuk ke dalam neraka.

Kemungkinan saya belum terhindar dari label yang diutarakan di dalam surah Al-Maun ini. Label yang ditembak tepat ke dahi. PENDUSTA AGAMA!




MS Rizal,
Kuala Lumpur,
8 November 2008,
http://msrizal.blogspot.com/

1 comments:

Ainey Nan November 16, 2008 at 6:32 PM  

erm, betul tu.. imbas kisah habil dan qabil, meskipun zakat adalah antara amalan yg terbaik, tapi hadiah yg nak diberi atau dipersembahkan tu pun mesti dr hasil yg terbaik.. kiranya kalau kita nk buat baik, sdaya upaya kena beri yg terbaik..

niat kita, amalan kita.. dlm penilaian Allah..

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP