Berutus surat untuk menyatakan yang tersirat

>> Saturday, November 22, 2008

Jika anda menyelak novel-novel hebat sepanjang zaman, anda mungkin tidak akan terlepas daripada melihat bijaknya pengarang menitipkan warkah surat buat gula-gula pemanis cerita.

Kembangnya hati, apabila membaca dua watak di dalam satu cerita, berhubung melalui surat. Ianya seperti hati kita yang menjadi menonton komunikasi antara dua hati. Jika anda tidak pernah menjumpainya di dalam pembacaan, anggaplah ianya ibarat anda membaca senyap-senyap surat cinta rakan baik anda.-Pernah buatkah? Saya tidak.

Novel 'Warkah Cinta Berbau Syurga'. Walaupun saya tidak sanggup menghabiskan novel ini, kerana tidak tertarik dengan jalan ceritanya namun saya tetap memuji apa yang dititipkan. Ianya ibarat membaca novel karya Hamka, 'Tenggelamnya Kapal Van Der Vick', juga saya tidak menghabiskan novel ini kerana bahasa jawanya yang memeningkan. Maaf saya tiada kamus jawa.

Apa yang membuatkan saya terkesan dengan penangan surat ini adalah salah satu babak di dalam filem sang Murobbi di mana Ustaz Rahmat menasihati adiknya. Cara itu berkesan, sepucuk surat yang membuatkan adiknya berubah. Jika saya berada di tempat adiknya itu, mungkin saya juga akan mengambil tindakan yang sama. Rasa hormat ditambah lagi bijaksananya pengisian surat membuatkan adiknya sukar untuk menolak kebenaran yang terkandung di dalam surat itu.

Begitulah 'power'nya penangan surat. Ianya menjadi jambatan yang menghubungkan antara dua hati tanpa perlu perantaraan mulut. Setiap titipan surat ditulis dengan pertimbangan akal yang logik serta disertakan sekali dengan fakta ilmiah yang kuat. Sungguh pena itu berkuasa dan tajam dari mata pedang. Mungkin kerana itu Yahoo Massenger menjadi popular, kerana biasanya hati lebih bijak meluahkan dari kata-kata.

Saya nasihatkan kepada rakan, jika suatu hari nanti ada anak-anak kita yang degil. Maka ini adalah salah satu caranya. Kirimkan mereka sepucuk surat. Beri nasihat, banyakkan sentuhan, cium ubun-ubun dan mengusap-usap belakang anak.

Saya hadir salah satu program tarbiyah untuk para Murobbi. Ustaz yang mengajar di hadapan membuka satu slot. Menarik isinya. Dia mengatakan, hendaklah ahli-ahlis usrah membiasakan diri menulis surat kepada ahli-ahli usrah yang lain. Tulis surat antara murobbi(ketua halaqah) dengan mutorabbi(anak halaqah), juga antara mutarobbi dengan mutorabbi. Surat juga adalah ejen yang berkesan untuk mutorobbi menegur kesalahan murobbi. Ustaz itu siap menayangkan contoh surat benar seorang mutorabbi menegur murobbinya. Wah, menarik sungguh membaca surat orang ini!

Inilah yang saya guna pakai, apabila saya bercanggah pendapat dengan rakan-rakan yang tidak sefikrah. Saya pernah menulis surat kepada rakan yang bersungguh-sungguh menerangkan kepada saya kewajipan jawlah(ziarah cara Tabligh). Pernah saya melepas geram mengkritik seorang rakan melalui laman blog ini. Akhirnya, artikel itu 'kantoi'. Lalu ada yang iklankan melalui YM, macam pisang panas kalau ada artikel kritik mengkritik ini. Dan akhirnya rakan saya ini menitipkan surat buat saya. Saya lega dengan surat yang diberikan dan kami berdamai tanpa ada bibit-bibit perang mulut ataupun tumbuk-menumbuk pun.-Gaduh macam ini tidak berapa bagus.

Pendek kata, menulis surat itu jalan selamat dan bijaksana. Cuma jangan cuba untuk menulis surat layang berbaur fitnah pula. Saya berlepas diri dari apa yang dilakukan.




MS Rizal,
Kuala Lumpur,
22 November 2008, (Ulangtahun kelahiranku yang ke 22! Menganjak ke hari tua)
http://msrizal.blogspot.com/

4 comments:

Nurhidayah Jaafar November 24, 2008 at 3:15 PM  

Telajak kata, buruk padahnya,,
Telajak menulis, boleh goestand balik..

Tidak kisahlah apa medium sekalipun untuk menyatakan yang tersirat mahupun tersurat..paling penting, DAKWAH BIL HIKMAH..

Selamat Hari Penambahan Usia!

MS Rizal November 25, 2008 at 10:49 AM  

Bertambah lagi amanah dari sehari-ke hari.

Moga akal dan pemikiran saya akan lebih dewasa daripada umur sebenar.

Adibah S December 1, 2008 at 11:08 AM  

Assalamualaikum dan salam ziarah buat akhi yang saya kira sahabat sefikrah juga. Bagus topik yang akhi bawakan. Ya, saya pernah berbuat sama seperti akhi meluahkan rasa hati terhadap seorang teman di dalam blog. Sangka saya tiada siapa yang membacanya.. rupanya saya terkantoi dan akhirnya saya dan teman saya itu dapat menyelami hati masing-masing. Alhamdulillah.

Teringat utusan surat nabi Muhammad saw untuk mengajak Raja2 Rom dan Parsi untuk memeluk Islam. Ada balasan baik dan tak kalah juga yang buruk ke atasan utusan yang dihantar.

Teruskan menulis! Semoga berjaya!

MS Rizal December 1, 2008 at 5:34 PM  

Oh, tentunya ukhti jadi rapat dengan sehabat itu kemudiannya. Terima kasih atas kunjungan.

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP