Was-was bukan alasan untuk meninggalkan solat!
>> Thursday, June 19, 2008
Saya agak terkejut apabila diberitahu bahawa ada sahabat yang terpaksa mengqoda' solatnya semasa menjalani latihan praktikal ini.
Alasannya adalah kerana tempat itu kotor.
Mungkin saya menampakkan reaksi biasa apabila diberitahu sedemikian, tetapi sebenarnya ianya telah menghantui pemikiran saya sejak beberapa hari.
Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menelefonl sahabat saya ini, bertanyakan khabar sekaligus memberikan teguran.
Sememangnya perkara ini yang saya takutkan apabila berhijrah ke dunia perkerjaan.
Kekangan masa untuk menunaikan solat!
Bagi yang mahu dan berusaha, insyaAllah dia akan dapat menjaganya. Tetapi bagaimana pula orang yang dalam keadaan selesa pun agak liat inikan pula keadaan genting dan sukar.
Umumnya saya mengetahui bahawa tiada hukum qada' solat fardhu apabila ianya dilakukan dengan sengaja. Sengaja di sini bermaksud selain daripada keuzuran atau tanpa disengajakan seperti tertidur, terlupa dan seumpamanya sehingga luput waktu. Namun apabila terbangun daripada tidur atau teringat daripada lupa, maka dia wajib melakukan sembahyang tersebut kerana kewajiban sembahyang masih lagi ditanggungnya.
Dan untuk kes ini rakan saya memberikan alasan bahawa tempat itu kotor dan berminyak.
Saya sedikit kesal, kerana kesilapan diri saya mungkin untuk berkongsi isi kandungan buku 'Talbis Iblis' karangan Ibnu Jauzi yang telah habis saya baca. Sememangnya buku ini memberikan keyakinan besar kepada saya untuk melawan penyakit was-was.
Qada' solat disebabkan tempat kotor dan berminyak? Saya rasa mungkin ini ditambah lagi faktor seorang lagi rakan saya yang punya penyakit 'was-was'. Lagilah dia tidak mahu solat di situ. Sesungguhnya mereka perlu sedar bahawa iblis telah berjaya memperdayakan mereka dengan cara was-was.
Bahaya atau tidak was-was ini, lihatlah dalam jemaah fardu. Pasti ada seorang dua yang membawanya.
Saya menyatakan kepada sahabat saya ini bahawa mereka kena juga bersolat sekalipun tempat itu kotor asalkan tidak bernajis.
Apabila dia memberikan alasan tiada tempat wuduk, saya memberikan saranan untuk mengambil wuduk menggunakan sebotol air mineral sahaja. Habis cara adalah bertayamum.
Ada sedikit panduan yang saya mahu berikan buat rakan-rakan seperjuangan. Alhamdulillah, inilah sekadar upaya saya untuk menjaga kebersihan sekaligus yakin dalam bersolat.
1. Jangan amalkan kencing berdiri. Sekalipun tandas itu tiada tandas mencangkung maka hendaklah duduk seperti mahu buang air besar. Toskan dan lawaskannya dengan mendehem minimum 3 kali. Kencing berdiri adalah penyebab kencing tidak lawas dan ada alasan untuk menyatakan seluar kotor. Ceh!
2. Sentiasa berpakaian menutup aurat. Mudah untuk melaksanakan solat. Orang yang tak menutup aurat dengan sempurna pastinya tidak yakin untuk bersolat dengan pakaian yang dipakainya itu. Terutamanya wanita.
3. Jika tiada tempat untuk berwuduk. Carilah mana-mana titisan air. Atau sebotol kecil mineral water. Tidaklah perlu guna kuantiti air yang banyak. Imam Ahmad bin Hanbal pernah menyuruh pembantunya untuk menutupnya daripada pandangan orang ramai apabila dia berwudhuk. Khuatir jika ada yang memperkatakan tentang sedikitnya air wudhuk yang digunakan. Dan apabila dia berwuduk, hampir tiada air yang menitik daripada anggota wudhuknya kerana sedikitnya pengunaan air. Kita macam mana?
4. Jikalau tidak jumpa air, bolehlah bertayamum. Sesetengah orang menganggap boleh bertayamum di atas pasir berdebu sahaja. Sebenarnya kita boleh bertayamum pada dinding batu, kaca, batu dan apa sahaja yang asalnya adalah di atas permukaan bumi. Baik ianya berdebu atau tidak.
5. Jika dah rasa tiada musolla untuk bersolat, solat sahaja di atas tanah. Lebih baik tidak berlapik biarkan sahaja dahi mencecah tanah. Baru rasa diri kita ini sebenarnya sebahagian daripada tanah dan adalah sebab untuk sapu muka selepas selesai memberi salam.
6. Apa sahaja yang mengotori seluar sama ada lumpur,makanan, ais krim, cat, air yang entah datang dari arah mana(beri'tiqad air itu suci dengan sangkaan baik kecuali telah jelas puncanya najis) selain najis adalah sah untuk dibawa bersolat. Inilah alasan yang selalu dipakai sebahagian orang. Sanggup meninggalkan solat kerana dikatakan seluarnya kotor. Walhal ianya tidaklah najis dan sah untuk dibawa bersolat.
Dr SMS pun boleh jaga solat di atas stesen ISS. Inikan kita pula di atas bumi ini. Jagalah solat. Kerana ianya adalah kewajipan yang telah ditentukan untuk orang muslim. Renung-renungkan dan selamat beramal.
3 comments:
SALAM,UST RIZAL..
TAHNIAH!!DIATAS KATA2 NASIHAT TU,SEMOGA MENJADI PANDUAN BUAT KITA BERSAMA DAN BUAT DIRI INI JUGAK...
salam sakinah..
ana betul2 tertarik dengan entri ni!berkaitan penyakit was-was yang melampau tu kadang-kadang memudaratkan seseorang..lagi la kalau soal ibadah wajib seperti tu termasuk sekali...
anyhow, syukran atas segala input yg diberikan!muga ia bermanfaat hingga ke hujung hayat..
p/s muga enta selalu tabah dan tsabat dalam meneruskan perjuangan hidup dan agama ini!
Terima kasih atas komen antum sekalian.. Saya bukan ustaz siti, tak layak panggil ustaz sebab perangai pun gila2 juga.
Syukran di atas komen membina al-ikhsan..
Sebenarnya jika kita mempelbagaikan tempat dan cara solat mengikut masa dan keadaan ianya lebih menyeronokkan. Barulah rasa kehambaan dan fleksibelnya urusan disiplin dengan Allah Taala. Dan terbuktilah solat itu bukan bebanan malah adalah rehat yang paling berkesan.
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...