Merdeka. Kemana hendak pergi?
>> Monday, October 22, 2007
Mungkin artikel ini agak lewat temponya.
Yelah, kita bukan berada di bulan kemerdekaan.
Tetapi sekurang-kurangnya aku menulis dalam tahun kita masih lagi menyambut kemerdekaan ke 50.
Apa yang tak kena dengan sambutan kemerdekaan?
Semakin lama aku tengok, sambutan kemerdekaan seperti sesuatu yang tiada makna.
Kita sekadar berdiri berjam-jam depan Dataran Merdeka, sambil tengok tarian-tarian oleh sang wanita yang tidak menutup aurat. Dan kita berdiri dalam keadaan berhimpit-himpit lelaki dan wanita. Lepas tu tepat jam 12 , kita melaungkan; Merdeka! Merdeka!
Takpe malam merdeka. Inilah caranya untuk menyambut merdeka.
Aku tidak menyalahkan kerajaan. Apalah gunanya aku menyalahkan, sekadar menyalahkan....
Diri sendiri tak betul, nak salahkan orang lain.
Cuma, sambutan kemerdekaan kita adalah kesinambungan daripada sambutan kemerdekaan yang pertama sekali.
Dah dari dahulu sambut macam tu, ada siapakah yang berani nak buat kelainan? Nanti dikatakan tak hormat sejarah pula...Ehem..Ehem..
Aku jadi agak kaget apabila ditanyakan kepada golongan muda; apakah itu kemerdekaan? Apa mereka tahu tentang kemerdekaan?
Jawapannya mudah, merdeka adalah sambutan kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman telah berjaya membawa balik kemerdekaan kepada negara.
Kemerdekaan adalah keamanan.
Ada yang tak tahu.
Apa itu sejarah kemerdekaan?
Kemerdekaan yang dicapai di tangan Tunku Abdul Rahman adalah hasil gelombang pergerakan pembebasan Islam Tanah Melayu dari tangan British.
Tapi adakah Tunku Abdul Rahman sahaja yang patut dikenang?
Cubaan untuk menuntut kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman adalah hasil daripada beratus-ratus malah mungkin beribu kali cubaan rakyat Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan.
Setujukah jika dikatakan Komunis juga adalah pejuang kemerdekaan? Ya, orang Melayu yang menganggotai Komunis tidak sebenarnya menganut fahaman Karl Marx.
Ala, Karl Marx yang mengatakan agama itu adalah candu rakyat!
Mereka masih Islam, cuma mereka melihat ini adalah salah satu wadah untuk memperjuangkan kemerdekaan.
Malah selepas pengumuman kemerdekaan mereka masih memandang yang Tanah Melayu masih tidak bebas sepenuhnya dari cengakaman British.
Sebenarnya....
Sebenarnya Brirtish amat takut dengan gerakan Islam di Tanah Melayu.
Kehadiran gerakan Islam di tengah-tengah percaturan politik orang Melayu selepas
perang Dunia Pertama dan Kedua yang dimonopoli oleh PKMM dan Umno telah
menimbulkan keresahan kepada pihak yang bekerjasama dengan British. Pengalaman
British dengan umat Islam Othmaniyyah Turki (1914-1918), Mekah (1910-1915) dan
Palestin (1924-1948) telah meletakkan British begitu anti dengan gerakan Islam.
Mereka yang sebenarnya pejuang kemerdekaan adalah ulama-ulama yang di penjara, di hukum bunuh, di buang negeri.
Aku kira adakah generasi sekarang sanggup menerima ulama-ulama ini sebagai agen Kemerdekaan? Kehebatan ulama seperti Adipati Yunus di Melaka berjihad menentang Portugis, Tuan
Guru Haji Hassan bin Munas ( Tok Janggut ) yang bangkit bermandi darah di Pasir
Puteh, Kelantan pada tahun 1915. Di Terengganu pula, Tuan Guru Haji Abdul Rahman
Limbong, Tuan Guru Haji Musa Minangkabau telah memimpin kebangkitan ummah,
menentang kemaraan penjajah British yang cuba memijak kemuliaan Syariat Islam.
Penjajah Siam yang telah menyerang negeri Melayu Utara juga menghadapi tentangan
sengit daripada alim ulama seperti Sheikh Abdul Samad al Palembani.
Menurut....
Menurut YTM Dr Raja Nazrin, Raja Muda Perak di dalam titah baginda di Muzakarah
Ulama’ pada 5 Julai 2007;
“Maahad al Ehya as Shariff, Madrasah Diniah PadangRengas, Madrasah al Idrisiah di Kuala Kangsar,The Malay College Kuala Kangsar dan Sultan Idris Training College merupakan tapak-tapak awal yang dinyalakan semangat kesedaran bangsa.
Antara tokoh-tokoh yang terlibat aktif menyalakan semangat
kesedaran bangsa adalah Dr Burhanuddin al Helmy, Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Ustaz
Baharuddin Abdul Latif, Dr Zulkifli Muhammad, Syeikh Junid Tola dan Syeikh Mohamad
Tahir Jalaluddin.”
Kemana hala tujunya kemerdekaan ini?
Walau apapun wawasan yang digerakkan oleh PM. Kemerdekaan ini menampakkan sinar Islamnya.
Jika dilihat di Perancis, perundangan mereka sudah kembali kepada asalnya daripada peruntukan British kepada peruntukan Perancis kembali.
Malaysia? Kita sedang menanti saatnya.
Malaysia bukan negara Islam?
Apabila TPM Dato' Seri Najib mengumumkan Malaysia adalah sebuah negara Islam selepas merasmikan persidangan Antarabangsa IKIM pada 17-18 Julai yang lalu kecoh jadinya di Parlimen.
Pihak MCA yang menjadi sekutu kanan dalam Barisan Nasional membidas pernyataan itu.
Yang jelas peruntukan-peruntungan perundangan di Malaysia ada membawa kelebihan kepada Islam. Ini membidas balik sanggahan pihak MCA.
Tunku Abdul Rahman dikatakan meninggalkan sebuah kerangka negara sekular. Bagaimanapun jika kita lihat peruntukan-peruntukan yang ada itu jelas bahawa Tunku seperti 'cakap lain, buat lain'.
Definisi sekular itu pula boleh ditafsirkan semula.
Yang pasti aku nampak definisi sekular ita tidaklah seperti apa yang dipraktikkan di Barat.
Dan apa yang pasti sekarang, Islam sudah dilaksananakan tetapi ianya cuma belum memadai atau sempurna.
Walau apa pun, Aku tetap bangga menjadi anak Malaysia!
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...