Bagaimana mahu menjelaskan?

>> Monday, October 22, 2007



Pernah suatu waktu aku berjumpa dengan seorang kawan lama.
Bersalaman, bertanyakan khabar, sembang-sembang.
Moga Allah SWT merahmatinya, dia bertanyakan aku satu soalan yang aku kurang gemar.

"Rizal, kau dah ada awek?"

Soalan yang aku memang tak suka, lalu aku menjawab;

"Takdelah". Jawapan ringkas, tanda tak suka soalan ini.

"Takde lagi? Kau ni Gay ke apa?"

Terbeliak aku dengan soalannya itu. Memang dasar 'kawan lama'. Soalan itu aku biarkan tak berjawab. Aku cuma tersenyum. Tetapi sebenarnya aku agak marah dengan soalan itu.

Suatu yang pelik ke lelaki yang berumur 21 tahun macam aku ni tak de awek?
Muka tak hensem?
Aku bersyukur dapat muka tak hensem. Terselamat aku daripada fitnah minah-minah jiwang masa zaman sekolah dahulu dan juga sekarang.
Lidah tidak pandai bertutur?
Bukan untuk mengorat wanita penggunaannya.
Kurang daya memikat?
Mahal nilainya tu, pada isteri jua tempatnya.
Tidak pandai berfesyen?
Aku bukanlah model. Memang aku tak pandai berfesyen pun.

Habis tu?
Minda aku berputar, adakah aku orang yang pelik zaman ini? Takde awek sampai dikatakan gay. Aku takdelah Islamik. Tapi memang aku cuba untuk menjadi seorang yang Islamik.
Aku takdelah baik. Tapi aku cuba untuk jadi baik.


Aku ada misi. Misi apa? Misi untuk sedarkan bahawa remaja muslim adalah golongan yang dafiq.(panas)
Kalau tak tercapai pada masyarakat, pada adik-beradik telah aku laksanakan.

Jika tidak, mengapa kita adalah golongan sasaran orientalis.
Lihatlah sekarang, couple adalah sesuatu yang biasa. Dimana sahaja mereka berlingkaran.
Sehinggakan mungkin ada yang menjadi malu apabila masih tak punya pasangan.
Kalau penyakit ini berterusan mungkin remaja kita akan datang akan menjadi seperti remaja barat zaman kini. Remaja wanita jadi malu apabila dikatakan mereka masih perawan ....Nauzubillahiminzalik..

Aku terhanguk. Ya, mungkin untuk membuat sesuatu yang benar sekarang aku akan dianggap orang yang pelik. Mungkin dipandang lari dari fitrah.
Pengalaman aku bercampur dengan kawan-kawan yang cuba membawa Islam di dalam semua aspek kehidupan; mereka merasakan diri seperti orang ganjil.

Buat kawan lamaku," Aku bukanlah orang yang tak punya keinginan terhadap wanita, tetapi aku adalah orang yang cuba menghargai wanita. Akan ku petik mawar harum itu bila sudah tiba masanya."

Waktu sekarang aku perlu bentuk peribadi muslim, kerana impianku bukan sekadar memiliki pasangan hidup tetapi memiliki zuriat keturunan yang soleh dan menyumbangkan sesuatu kepada Islam.
Apa yang kuingini ada pada jawapan bapa Imam Malik.
Ketika ditanyakan bagaimana beliau membentuk peribadi Imam Malik. Beliau menjawab yang peribadi Imam Malik telah dibentuk 20 tahun sebelum Imam Malik itu lahir. Maknanya beliau membentuk peribadi dirinya dahulu.

"...Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."-Al-Furqan(25)

3 comments:

Anonymous October 23, 2007 at 6:52 PM  

Islam itu dagang di awalnya dan dagang juga pada akhirnya.

Anonymous October 26, 2007 at 8:24 PM  

yeah, well said..teruskan menulis bro..aku nak jemput ko ke blog aku untuk menulis sperti ini boleh?

Anonymous November 21, 2007 at 8:28 PM  

Assalamualaikum,

Biarlah orang nak kata apa asalkan Rizal tahu yang mana jalan yang diberkati Allah.

Insya-Allah satu hari Rizal akan berkahwin dengan wanita yang menenangkan jiwa.

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP