Melayari Samudera Kehidupan Kita Ibarat Para Pengembara

>> Saturday, January 22, 2011

Shah Alam:

Alhamdulillah, saya selesai menziarahi majlis walimah rakan usrah, sejawat dan satu universiti- Lt Abd Adzim bin Abd Razak TLDM

Saya datang bertiga bersama Amir dan Yassin. Majlis berlangsung meriah di Dewan SIRIM seksyen 2 Shah Alam. Ramai kenalan yang datang, paling mengejutkan saya dapat berjumpa dengan Akh Pak Cik Amaran dari Langkawi yang hanya selama ini menjadi rakan diskusi di Facebook. Orangnya nampak muda dan manis berbanding dinilai di dalam gambar sahaja. Begitulah taaruf dan kenal mengenal. Ianya perlu melibatkan banyak panca indera. Sebab itu saya memang tidak percaya pada status perkenalan baru melalui Facebook. Bagi saya ianya hanya sesuai digunakan untuk berkongsi perkembangan semasa bagi rakan-rakan yang sudah berkenalan secara fizikal. Tetapi sebagai wahana perkenalan baru ianya banyak mengenepikan banyak sisi deria pemanis taaruf.

Akh Adzim dan Zaujahnya, Moga diberkati Allah. Akh Dhany menjadi pengapit pengantin.

Apa khabar Akh Dhany?:

Setelah lama tidak bersua akhirnya sempat juga bertemu. Kali terakhir sewaktu majlis pelancaran pertubuhan IKRAM pada pertengahan tahun 2009. Orangnya nampak tegap dan sedikit berisi. Beliau menjadi pengapit rasmi untuk Abd Adzim. Khabarnya sudah kali ke-5 menjadi pengapit. Wah, angka yang banyak itu. Untuk rekod, ana baru berpeluang sekali menjadi pengapit. Moga Allah mudahkan untuk menjadi yang diapit pula (",)


Eh, Ustaz Daud pun ada?:



Mejar Daud adalah ustaz kesayangan saya. Maaflah, dia banyak bersabar dengan kerenah saya sewaktu zaman belajar yang terlalu bersemangat untuk membuat perubahan. Tetapi, dalam masa yang sama dia banyak menerima pandangan saya dan rakan-rakan yang lain. Pernah dahulu, dia mengamanahkan saya menulis teks khutbah jumaat untuk 4 minggu berturut-turut. Satu penghormatan yang besar buat saya sebenarnya. Dia juga sentiasa supportive jika kami mahu membuat program umum keagamaan. Lazimnya ianya memenatkan kerana terpaksa menghadapi kerenah birokasi pihak atasan. Namun ianya sedikit mudah hasil bantuan Ustaz Daud.


Perjalan dan Perkongsian

Perjalanan balik ke Lumut, kami sempat singgah sebentar untuk bersolat di Masjid Sultan Abd Aziz, Shah Alam.


Sheikh Amir dan Sheikh Yassin

Penulis yang sudah beberapa kali berkunjung ke sini, tetapi sentiasa teruja saat setiap kali berkunjungan
Sheikh Yassin dan Penulis



Kami bertolak balik ke Lumut sekitar jam 5 petang. Saya sempat berkongsi sedikit cerita dengan Amir Imran berkenaan asal usul bendera-bendera di Malaysia. Siapa prihatin untuk bertanya, kenapa bendera Malaysia sama seperti Amerika? Saya memberikan pembayang bahawa kiblat sesebuah negara berkait rapat dengan benderanya. Ada yang mahu menafikan hubungan baik Kuala Lumpur-London-Washington? Cuba lihat bendera Johor dan Selangor pula sewaktu mula-mula ianya diperkenalkan? Mirip negara manakah bendera negeri-negeri ini?

Soal bendera adalah mukadimah sebagai jambatan ke isu yang lebih besar. Saya ingin membawa kesedaran kepada sikap Malaysia dalam menangani isu Iraq dan Afghanistan. Media Malaysia agak lunak dengan isu ini mengenangkan pengaruh Amerika yang amat kuat terhadap Malaysia. Mungkin sukar media Malaysia untuk meletakkan isu Iraq dan Afghanistan juga teraniaya seperti Palestin. Perbincangan kami berlanjutan sehingga ke isu kesan imperialis, pengaruh syiah, Revolusi Iran dan kesannya pada iklim masyarakat Islam sedunia.

Catatan ringkas untuk hari ini. Sekian, terima kasih.



-----------------------------------------------------------------------------------
Penulisan ini adalah hak cipta msrizal.blogspot.com. Sebarang penyiaran semula hendaklah menyertakan sekali alamat blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

MS Rizal,
32100, Lumut,
2011/1432H
http://msrizal.blogspot.com/

2 comments:

Faqih Ahmad Shuhaili January 23, 2011 at 4:03 AM  

"Begitulah taaruf dan kenal mengenal. Ianya perlu melibatkan banyak panca indera."

Bila baca ni, teringat mula-mula jumpa anta hari raya 2/3 tahun lepas. Memang lain sifat n perwatakan yang ana bayangkan melalui tulisan / gambar anta dalam blog ni. Bila jumpa depan mata, baru rasa, "Wow, peramahnya abang Rizal ni! Ensem n ceria lagi tu. Ihik3 :)"

Orait, saje nak tinggalkan jejak. Salam Perjuangan dari Seberang!

MS Rizal January 23, 2011 at 9:25 AM  

Fiq: Wah, kamu memang kaya dengan pujian. Patutlah riak muka tidak pernah menunjukkan masalah pun.

Harap-harap ceria2 selalu di UK nun. Semoga berjumpa lagi di lain waktu dan ketika.

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP