Separuh bukanlah lengkap

>> Monday, March 24, 2008



"Kenapa kamu hantar tugasan rumah ini separuh sahaja?" Soal Cikgu Ahmad kepada Mohsin.

"Tak apalah cikgu, hantar separuh pun dinamakan tugasan juga cikgu." Jawab Mohsin.

"Mana boleh. Kamu sudah ingkar arahan ni. Cikgu tak boleh terima tugasan kamu ni..Ambil balik!" Balas Cikgu Ahmad kembali.

Cuba bayangkan, separuh sudah dikatakan sempurna? Adakah sesuatu perkakasan itu boleh dinamakan komputer jika yang ada hanya monitor dan tetikusnya sahaja?
Adakah sebuah rumah boleh dipanggil rumah jika hanya ada dinding dan lantai tanpa bumbung? Adakah kita boleh mengambil separuh dan meninggalkan separuh lagi lalu mengatakan ianya sudah sempurna? Malah jika memakai hukum matematik pun 0.5 tidak boleh dikatakan sama dengan 1. Jika jumlah kecil boleh sahaja dibundarkan. Tetapi jika jumlahnya besar? 500 tak sama dengan 1000? Benar bukan?

Tetapi sedarkah kita bahawa selama ini kita hanya mengamalkan separuh sahaja daripada agama. Lalu tanpa segan silu mengatakan inilah Islam! Sayalah muslim contoh! Saya duduk di negera Islam contoh! Benarkah begitu?

Islam adalah sebuah agama yang lengkap, syumul dan menyeluruh. Manhaj atau sistem yang ada di dalamnya sentiasa relevan dengan zaman. Jika kita katakan tidak, maka kita juga sebenarnya menuduh Al-Quran itu tidak relevan dengan zaman. Walhal zaman itu bergerak seiring dengan susunan isi kandungan Al-Quran.

Islam itu lengkap tidak perlu tokok tambah di pangkal atau hujungnya. Tidak juga perlu dikupas dan dibuang isinya. Lalu diisi dengan teori akal manusia yang dangkal, disalut kembali dengan nama; Inilah Islam sebenar!
Islam itu merangkumi segala persegi tentang kehidupan. Inilah dia agama kerohanian dan material, memenuhi aspek dunia dan akhirat, roh dan jasad, ibadah dan politik serta timbal balik hubungan manusia dan alam.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 3:

Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.

Tetapi alangkah malangnya..Agama yang sempurna ini hanya diambil separuh sahaja oleh penganutnya. Separuh lagi ditambah dengan ajaran-ajaran agama Nasrani, Yahudi dan Nafsu. Sebagai contoh; fikah Islam terbahagi kepada empat. Iaitu ibadah, munakahat(perkahwinan), muamalat(urus niaga) dan jenayah. Daripada keempat-empat perkara ini, yang kebiasaannya digunapakai adalah ibadah dan munakahat. Bagaimana pula dengan muamalat dan undang-undang Islam? Anda sendiri ada jawapannya.

Tidak lekehkah jika negara kita contohnya, mengaku bahawa negara ini adalah negara Islam hanya dengan menggunakan hujah Peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3(1) bahawa Agama Islam adalah agama rasmi persekutuan dengan agama lain dapat diteruskan dengan amana dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Tun Salleh Abbas pernah berkata bahawa peruntukan ini tidak lebih kepada aspek kepercayaan sahaja.

Walhal telah terang-terang Allah SWT menerangkan di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 208;

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Imam Qatadah juga pernah berkata;

"Janganlah kamu campuradukkan ajaran Islam dengan ajaran Yahudi dan Nasrani sedangkan kamu mengetahui agama yang diredhai di sisi Allah ialah Islam."

Ambillah sepenuhnya apa dinamakan Islam.
Bukan, bukan separuh!
Jangan, jangan berani mengatakan dengan mengambil separuh lalu mengatakan ianya telah lengkap!
Takut, takut amalan ditolak, rahmat ditarik, berkat disapu!
Lalu jadilah kita nanti umat yang Muflis!


3 comments:

dianz17 March 25, 2008 at 2:21 PM  
This comment has been removed by the author.
dianz17 March 25, 2008 at 2:21 PM  

salam. topic yg sgt mnarik..Dalil yg dikemukakan (2:208) sudah cukup jelas kpd kita.. kalau nak amalkan Islam, amalkanlah sepenuhnya..

x kiralah dari sudut apa skali pn..perundangan ke, muamalat ke dan lain2.. Islam agama yang syumul.. ciri2 Islam itu sendiri perlu dihayati oleh smua.

Nak ulas sikit dari segi perubatan. Baru2 ni, ada bengkel feqah perubatan yang dianjurkan oleh fakulti perubatan UiTM.bengkel ni menekankan tentang tanggungjawab pengamal2 perubatan Muslim.. kat sini ana nak tekankan betapa indahnya Islam.. x membebankan penganutnya.. malah Allah dah hadiahkan rukhsah (kelonggaran) utk kita amalkan dalam beribadah.. mengapa tidak kita hargai"hadiah" ini.. kalau org bg hadiah kpd kita, bukan main seronok kn..tp why kita x nak terima hadiah dari Pemilik makhluk2 itu sendiri..

sbg contoh,seseorang doktor yg ada operation yg mengambil masa yg lama dibolehkan menjamak solatnya.. lihatlah betapa anjalnya Islam.. bersifat flexible..

adalah tidak munasabah bg anak2 muda pd zmn skarg yg menyatakan mereka tidak boleh mengamalkan ajaran Islam sepenuhmya kerana mengikut peredaran zaman.. pandangan yg sungguh jumud..jgnlah sampai "matlamat menghalalkan cara"..wallahu'alam

MS Rizal April 3, 2008 at 6:44 PM  

syukran atas komen akh dianz.

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP