MsRizal, hunuskanlah senjatamu!
>> Friday, March 21, 2008
MsRizal duduk di atas 'thinking chair' berwarna hijau.
Meletakkan tangan di atas 'thinking desk' berwarna coklat+hitam.
MsRizal menghadap bukunya.
Dia perlu habiskan baca. Tulis. Kira. Hafal.
Exam nak dekat!!!
(Soundtrack muzik filem Muhammad The Messenger beralun dari speaker )..
Wah..Wah..Muzik berlatarbelakangkan peperangan Badar.
Menaikkan semangat betul.
Tetapi apakah Msrizal berani untuk berhadapan dengan perang?
Kalau dia selesa dengan tilam empuknya. Lupakanlah.
Kalau rasa kenyang dengan makan mewah bersama Menteri. Bersendawa sahajalah.
Kalau dia asyik dengan nasyid cintanya. Duduk sahajalah.
Kalau dia hanya pandai berkata-kata sahaja. Sondolkan sahaja Mikrofon ke mulutnya.
Tetapi kalau dia beraspirasi dengan karya agung ciptaan Tuhan.
Warisan agung kurniaan zaman. Sirah Nabawiaah Rasul Junjungan. Maka ambillah dia.
Beri perhatianlah padanya. Sarungkanlah pedang perwira kepundaknya.
Ketika itu kalau dia tidak menjadi lelaki dewasa. Mungkin dia seperti Umair Bin Abu Waqqas.
Remaja belasan tahun yang bertekad untuk mengikut Rasulullah SAW walaupun dipujuk pulang oleh baginda.
Atau mungkin juga dia menjadi salah seorang daripada dua orang belia yang tidak diyakini
kemampuan mereka oleh Sahabah Rasul Abdul Rahman Bin Auf.
Namun mereka berdua berjaya membunuh Abu Jahal.
Merekalah Muaz bin Amru bin Al Jamuh dan Muaz bin Affa'.
Atau bisakah dia menghayun senjata seperti Ali Karamallahuwajhah. Masih muda yang berjaya membenamkan pedangnya ketubuh gagah Kafir Al-Walid.
Atau menjadi berani seperti Abu Dajjanah si pemilik 'Serban Merah' di perang Uhud.
Sahabat yang diberikan pedang Rasulullah untuk menghayunnya di pentas agung itu.
Berjalan dengan megah dan semangat. Ketika dia menggebarkan serban merahnya dan melilitnya ke kepala,
berkatalah orang-orang Ansar: "Abu Dajjanah telah mengeluarkan serbannya".
Tanda kehebatannya.
(Muzik latar belakang semakin perlahan...)
Apabila perang tamat. Dan kau masih hidup MsRizal? Atau jika kau terkorban MsRizal?
Apakah lagi yang kau harapkan daripada orang ramai?
Popularkah? Mahu nama disebut sebagai pahlawankah?
Bukan semua pahlawan dikatakan pahlawan.
Malah ada yang di fitnah seperti anggota perang Badar bernama Tsalaabah r.a.
(Muzik berhenti...)
Huh...MsRizal juga berjuang di meja ini. Menuntut Ilmu.
Ditekadkan bulat-bulat. Bukan tujuan menuntut Ilmu untuk pujian.
Bukan jua untuk pekerjaan.
Bukan mengharap redho insan.
Hanyalah di hati untuk mendapatkan keredhoan Tuhan.
7 comments:
salam..seronok bace semua cite tuh...harap leh kuorkan lagi cite2 mcm nih...
Salam Msrizal. Entry ini bahan berfikir yang baik. Teruskan perjuangan. Belajar dengan cemerlang.Jangan jadi seperti orang tua ini, semakin lemah dan masih pandir lagi.
Entry ini adalah selingan sahaja..Saya tak punya banyak masa untuk membuat research dan mengolah pendapat yang kritis. Saya perlu cari jalan selamat, takut dianggap pandangan yang cokia...
Ada mesej sirah di sini..sesuailah sebagai menghayati sambutan Maulidurrasul semalam..
Salam -
Hari ini Dr. Mujahid beri khutbah utama di Pt. Buntar,hebat sekali.
foto di blog ana.
Syukran atas info..
salam..tringat lirik lagu Ya Syabab by Durrani..
" Ya Syabab
Tetapkan hati dengan pasti
Di mana letaknya kasih yang sejati
Yang telah kau beri"
kpd remaja2 yg dikasihi.. jgnlah hnya duduk diam tnpa memikirkan keadaan saudara2 seaqidah kita yg sedang berjuang d sana..berikanlah secebis perasaan kasih dan sayang anda terhadap mereka..
jika kita bnyak spend masa utk menelaah plajaran, jgn lupa luangkan sedikit masa yg Allah kurniakan utk membaca sejarah dan perkembangan Al Quds.. jika kita slalu mendengar lagu, dengarlah juga seruan Al Quds..Bantulah mereka selagi mana termampu even with saying a little prayer,dat's more than enough..
jangan sampai kita ditanya tentang sumbangan kita oleh mereka di hadapan Allah kelak..
pringatan utk diri ana jgk.. wallahu'alam..
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...