Kemenangan itu bukan milik dia..
>> Sunday, March 16, 2008
Dia sering menggengam tangan dan mengatakan mahu menang. Apa jua yang menanti di hadapannya akan diharungi. Tidak kira onak ranjau. Badai setinggi tsunami. Atau sekecil semut api yang menggigit hujung jari. Di hatinya hanya satu. Kebenaran itu pasti menang akhirnya. Allah pasti menolongnya.
Impian ini pastinya mengundang sejuta keberanian di hati. Siapa mahu menentang? Dalam dirinya ada jiwa besar. Tetapi sedarkah dia, bahawa kekuatan itu lahir daripada asas kebenaran. Dirinya dekat dengan Tuhan. Solatnya seakan ber'dating' dengan Allah. Bacaan Al-Qurannya umpama berdialog dengan Allah. Tetapi apakah yang akan terjadi jika dirinya dibelenggu dengan kemaksiatan? Kesilapan musuh turut diulanginya? Ah, melihat wanita berdahi licin sudah tidak berkedip mata. Apatah lagi mahu melawan godaan musuh yang beribu malahan berjuta kali ganda. Ditegur sedikit sudah mula tarik muka. Bagaimana mahu jadi pemimpin yang dikritik beribu-ribu manusia?
Tidak pernahkan dia mendengar surat yang diutus umar Al-Khattab kepada panglimanya Saad bin Abi Waqqas?
Tegas Umar; “…..Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan dari Allah s.w.t. disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada kekuatan bagi orang Islam….”
Sekarang sedarkah dimanakah letak dirinya itu? Bukan pada laungan kebenarannya. Bukan pada kesolehan dirinya sendiri. Tetapi pada kemaksiatan dilakukan musuh. Jika dirinya juga melakukan kemaksiatan yang sama. Maka bersedialah! Allah SWT juga akan mencampakkan ketakutan ke dalam hatinya.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 26;
"Dan Dia menurunkan orang-orang Ahli Kitab (Bani Quraizhah) yang membantu golongan-golongan yang bersekutu dari benteng-benteng mereka, dan Dia memasukkan rasa takut ke dalam hati mereka. Sebahagian mereka kamu bunuh dan sebahagian yang lain kamu tawan."
Lalu bergetarlah hatinya. Was-was menyerang dan mendesak dengan bertubi-tubi. Apakah dia mampu menang dalam perjuangan ini? Kepada siapakah mahu disandarkan pertolongan lagi? Kepada Allah SWT yang sering dia tidak malu untuk lakukan maksiat?
Kemenangan itu bukan kejayaan mutlak. Ianya hanya pinjaman. Terkadang sebagai istidraaj, terkadang sebagai nikmat. Yang pastinya ia bukan penentu kepada kehidupan di padang Mahsyar kelak.
3 comments:
Salam masrizal.
Minta izin untuk copy dan paste entry anta dalam blog ana. Amat baik dibaca oleh ahli Pas yang ditakuti tenggelam dalam keseronokan bila menang besar dalam PRU baru-paru. Semoga jadi ingatan.
Salam. Terima kasih
Silakan syeikh..kalau dapat disampaikan lebih baik..
Salam msrizal.Maaf, kerana telah masukkan tulisan anta sebelum dapat dapat kelulusan.
Apapun, terima kasih dan salam.
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...