Perlumbaan kehidupan, beranilah untuk gagal!
>> Friday, June 5, 2009
Ada banyak perkara di dalam sisi kehidupan manusia ini yang berlaku dan sukar untuk diterangkan oleh akal. Segala macam keburukan dan kecelakaan boleh sahaja menjadi positif jika diri sendiri mahu mempositifkannya.
Lihatlah berapa ramai orang yang membenci kematian. Walhal kematian adalah suatu anugerah dari Allah untuk menutup kesakitan dan keaiban. Lalu jasad pun dikuburkan untuk mengelakkan dari membusuk dan dimakan binatang buas. Ada asbab tersendiri kehidupan manusia dicatur seperti itu dan ini.
Keputusan semester akhir
Alhamdulillah, keputusan peperiksaan semester akhir yang diumumkan 1 hb Jun ini membungakan cita-cita saya sejak sekian lama. Insyaallah, terlaksanalah hasrat di hati untuk naik ke pentas pada majlis konvokesyen pada akhir tahun ini. Tetapi ianya sedikit tawar bagi saya mungkin mengenangkan keputusan PNGK muktamad adalah, '2.80'.
"Kenapa teruk sangat?" soal ibu saya pada suatu petang.
Ketika itu saya sedang bersembang santai dengannya di ruang tamu. 'Teruk' yang dinilai oleh ibu saya mungkin kerana membandingkan dengan apa yang diperoleh kakak dan adik saya di dalam diploma masing-masing. Mereka masing-masing memperoleh 3.5 dan keatas.
"Entahlah, ini sahaja rezeki Allah nak beri agaknya!" jawab saya.
Saya punya alasan kukuh untuk keputusan ini, disamping keyakinan saya sejak beberapa tahun ini tentang subjektifnya keputusan PNGK yang diperolehi seseorang graduan.
Namun jauh di sudut hati saya perasaan kecewa itu tetap ada. Ditambah sedikit perasaan malu apabila bersua muka dengan guru-guru dan rakan-rakan lama. Mereka sentiasa memberi penilaian yang tinggi kepada saya. Maaf, kali ini tidak...
Nasihat yang baik itu tidak semestinya datang daripada orang beriman sahaja.
"Oklah itu!" ujar sahabat saya berbangsa cina yang mesra dipanggil Lai.
"Hidup ini mana boleh perfect sangat. Kalau perfect sangat mesti ada yang tidak kena!" nasihat ikhlas dia kepada saya.
Saya menelan kebenaran katanya. Perlahan-lahan saya mengimbas kembali perjalanan pendidikan saya. Zaman persekolahan saya yang walaupun ada turun naik tetapi akhirnya berkeputusan baik. Ini membuatkan saya asyik dilambung pujian. Sehingga kadang-kadang ianya mendatangkan megah dan keegoan.
Walaupun seronok dengan manisnya kehidupan, saya perlu juga menerima saat masinnya menghadapi kehidupan. Juga saya perlu berenang di sebalik perasaan peritnya kegagalan yang di alami ramai rakan-rakan sekolah dahulu.
Saya tidak perlu malu dan mengaku untuk gagal. Saya tahu yang saya sudah seikhlas mungkin mencuba yang terbaik. Dan balasan untuk usaha yang gigih tidak semestinya tersemat di dewan peperiksaan sahaja. Ianya lebih daripada itu.
Kegagalan adalah guru terbaik di dalam kehidupan. Sekurang-kurangnya supervisor saya juga pernah memberitahu PNGK ijazahnya dahulu tidaklah mencecah 3 pointer. Tetapi saya merasakan beliau adalah hebat dan menjadi pensyarah yang amat saya gemari apabila mengajar. Ajaibnya lagi di antara subjek yang diajar adalah subjek yang dia pernah gagal dahulu.
"Alaa..Profesor yang mengajar saya subjek ini dulu pun pernah gagal juga dahulu."
Cerianya kehidupan dengan positifnya cara kita memandang kekurangan.
MS Rizal,
57000, Kuala Lumpur,
2009/1430H
http://msrizal.blogspot.com/
5 comments:
Rasulullah juga melalui beberapa siri kegagalan dalam dakwahnya dan dalam peperangan..
Islam juga melalui beberapa siri kegagalan dalam mengembalikan keizzahannya semula..
tamadun juga melalui jatuh bangun dalam membentuk empayar...
Negara juga pernah dijajah sebelum dimerdekakan..
Inikan pula manusia yang ibarat debu-debu kecil dalam dunia, dalam Islam, dalam tamadun, dalam negara, dalam kumpulan masyarakat dan dalam komuniti keluarga..
Kita adalah salah seorang dalam dakwah itu, dalam Islam itu, dalam tamadun itu..maknanya, kita berhak untuk merasai kegagalan bersama sebelum berjaya!
salam bro.. ok ar tue..
gie pn.. still komisen gak kan..
tak pe.. pas ni amek master wat btol2 ea..
:P
Thanks Afham...Btw, Tuan zulhelmi dah kahwin ye? Kau bila lagi...haha
Salam. Pasti ade hikmah di sebalik ape yang berlaku. Semoga anda sentiasa dirahmati ALLAH n diberi kejayaan yg berlipat kali ganda oleh-Nya suatu hari nanti.
salam...ok la tu...ingat senang ke nk survive dlm upnm skang...kmsyn gak kan..tahniah..so mintk kor ape pasni
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...