Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang

>> Wednesday, April 8, 2009

Saya membuka tingkap bilik yang sedikit berhabuk. Menyedut nafas dalam-dalam, cuba mencari kerehatan di sebalik kesibukan minggu-minggu terakhir saya berjuang sebagai seorang pelajar sarjana muda. Berita yang diterima sebentar tadi memberi sedikit kegembiraan di hati kecil saya. Masa untuk membersihkan sedikit habuk di blog ini.

DS Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menang di P.059!
Syukur alhamdulillah...


Lewat hari-hari permulaan kempen pilihanraya sebelum ini, saya tidak banyak mengulas. Malah memandang perang tuduh menuduh ini secara skeptikal. Izinkan saya menggariskan satu dua perkara yang menarik pemerhatian berkenaan iklim politik di Malaysia:

1) KJ menang sebagai ketua pemuda UMNO. Saya suka kepada gaya dia bercakap. Lantang dan menggunakan Bahasa Melayu yang fasih. Soal politik wang? Ops..cukuplah seseorang itu dianggap berbohong apabila memperkatakan sesuatu yang tidak diketahuinya!

2) Tahniah kepada PM yang baru dilantik. Secara fizikalnya perlantikan ini melengkapkan kelaziman politik monarki di Malaysia. Ini kali pertama PM anak bekas PM dilantik. Dibelakang Najib berdiri kukuh hulubalang yang sekian lama taat kepada politik Nasionalis di Malaysia. Lebih-lebih lagi, penyokong kuat Allahyarham Tun Razak yang sudah beranak cucu. Tun Razak pergi di saat sokongan terhadapnya masih lagi kuat dan tidak padam. Dan selepas itu dialihkan sokongan ini ke arah Najb pula. Kini, sudah lengkaplah teori 'RAHMAN'. Selepas ini siapa pula? Tiada siapa tahu jari apa yang sepatutnya selepas jari kelingking kita.

3) Ekonomi Malaysia sedikit melonjak selepas perlantikan PM yang ke-6. Saya rasa ini sesuatu yang dapat dijangka sama seperti hal melonjaknya ekonomi AS semasa perlantikan Obama. Saya tidak mahu mengulas lanjut, saya bukan ahli di dalam bidang ini.

4) Isu penggunaan ayat Al-Quran oleh Nga Kor Ming adalah sesuatu yang meloyakan. Bibir saya mengetap geram membaca satu blog dangkal yang mengulas isu ini. Isu adun DAP memberi salam kepada muslimah PAS pun menjadi hal. Apakah ini kehinaan? Sekurang-kurangnya Nga Kor Ming membuktikan kepada kaum bukan Islam supaya jangan bersifat curiga untuk membelek Al-Quran. Dia membaca dan memahami ayatnya. Berbanding sesetengah Melayu yang hanya tahu membaca surah Yassin sahaja. Itupun tidak pernah nak faham makna, dan mengambil ibrah daripada surah ini. Hanya yang tahu, dibaca pada majlis khas dan ambil, "Barakah! barakah!" daripadanya. Bebal si watak jahil.

5) Ir Nizar tetap di hati saya. Cuma dia perlu lebih berhati-hati selepas ini dalam siri ceramahnya untuk tidak bercakap lepas. Jaga hati kawan dan lawan. Jangan banyak mengkritik, kerana itu tandanya kita punya ramai musuh. Banyakkan diam, dan bercakap bila perlu. Kerana diam itu pekerjaan paling mudah yang sukar dilaksanakan. Sesungguhnya pemimpin yang baik itu adalah pemimpin yang rakyat menyukainya dan dia menyukai rakyat. Rakyat mendoakannya(dengan sebenar-benar doa) dan dia pun mendoakan kebaikan rakyat.

Saya mendoakan supaya dialah jari yang selepas jari kelingking itu. Semoga Allah Taala melimpahkan kebaikan untuknya dan kebaikan untuk rakyat Malaysia amnya dan Muslim khasnya. Tahniah sekali lagi diucapkan. Sampaikan salam saya kepadanya .



MS Rizal,
Kuala Lumpur,
08 April 2009
http://msrizal.blogspot.com/

3 comments:

lelucon April 8, 2009 at 10:14 AM  

bernombor pula? supaya senang dikomen ke? :)

siapa yg mulakan 'teori' RAHMAN ni? mengarut! silap hari bulan, blh syirik, percaya tahyul dan khurafat. (tilik? na'uzubillah).

Teori kena ada asas. Apa asas 'teori' RAHMAN jika ia 1 teori? Nyata tiada asas logik yg sahih. jd jgn percaya.

MS Rizal April 8, 2009 at 10:28 AM  

Oh, encik Lelucon jangan emosi sangat!

Apabila saya mengatakan sudah 'lengkap' tidak bermakna saya mempercayai teori 'RAHMAN' ini. Cuma saya fkir, seperti mana kontrak-kontrak perniagaan boleh disusun di padang golf. Tidak mustahil begitu juga dengan susunan politik.

Tetapi kini Najib sudah menjadi PM. Ingat ini sekadar teori! Apabila seseorang saintis berteori, asas-asasnya kukuh melalui kajian dan pemerhatian. Namun hasilnya hanya terserlah bila ujian 'dipencak silatkan'. Sama ada berjaya atau gagal. Dan teori ini sememangnya berjaya.

Soal tahyul sepatutnya dipersoalkan sebelum Najib menjadi PM. Sekarang teori ini bukan tahyul lagi. Kerana saya bercakap bukan dari segi ramalan. Tetapi hakikat kenyataan.

lelucon April 8, 2009 at 3:55 PM  

sbnrnya saya dah dgr lama 'teori' RAHMAN ni. Tu sbb saya khuatir ia dah dianggap mcm betul (wlupun mungkin asalnya skdr suka2), dah mirip ramalan Nastrodomus(?) ttg kiamat yg karut itu.

klu dr aspek N saja, blh jd Nik Aziz, atau sesiapa saja. Itu saja sudah membuktikan keberangkalian tidak terhingga.

sbg seorang yg mendukung bidang sains, saya lebih menerima bahawa setiap teori asasnya hendaklah pd agama. Cantiknya Islam adalah kerana ia melengkapi kehidupan, dan sains sebahagian kehidupan. Teori (klu blh dikatakan teori) RAHMAN ini tak blh diterima dlm sains kerana tidak logik. Apatah lagi dlm Islam.

dan lagi,jika kita nak mengulas ttg hidup/sesuatu yg dah nyata/wujud, kita tak kata 'teori', tetapi kita membina 'model'.

wallahua'lam.

p/s: anggap sbg diskusi, bkn berbalah :)

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP