Mahu berdiri atau terus berlari?

>> Monday, April 20, 2009

"Macam mana exam? Ok?"

"Paper saya tak start lagi, paper tuan pula bila?"

"Khamis ini, insyaAllah..."

Ini perbualan saya bersama dengan seorang junior semasa di dalam lif. Soalan yang saya utarakan itu adalah soalan paling mudah untuk memulakan perbualan. Belajar untuk ramah tidak susah, hanya perlu banyakkan latihan senyum, dan berbual topik yang umum. Peri pentingnya hubungan sesama manusia, konsep hamblumminnas perlu menjadi sesuatu yang utama selepas hamblumminallah..

Satu pengumuman penting!

Blog ini mungkin akan diabaikan oleh sang pemiliknya sepanjang minggu peperiksaan berlangsung. Saya sedar betapa pentingnya pengumuman ini dibuat disebabkan pastinya ada yang bertanya,

"Kenapa sudah lama tidak mengupdate blog syeikh?"

Jawab saya, "Maaf akhi/ukhti/bro/sister/kawan, saya sedang concentrate pada final exam"

Di sini sengaja saya menyenaraikan jadual peperiksaan untuk semester terakhir ini..insyaallah;

23 hb April 2009 - Professional Engineering Practice (2 credit hours)

29 hb April 2009- Power Electronic and Motor Drives (3 credit hours)

4 hb Mei 2009- Engineering Management (2 credit hours)

11/12/13 Mei 2009- Presentation Final Year Project+Documentation (4 credit hours)

*Biru untuk subjek yang 'sejuk', Merah untuk subjek yang 'panas'.

Diari hidup saya di Univ. ini sudah hampir ke penghujung, segala puji bagi Allah yang telah menghadiahkan saya destinasi tarbiyyah terbaik yang pada awalnya bukan dalam impian. Saya tidak pernah mengimpikan untuk menjadi seperti ini, tetapi siapa tahu boleh jadi apa yang dibenci itulah yang terbaik buat diri. InsyaAllah saya akan mengulas lanjut tentang bab ini. Satu sahaja yang boleh saya rumuskan sepanjang 5 tahun hidup di sini, -Life is Tough Here!-




MS Rizal,
Kuala Lumpur,
20 April 2009/24 Rabiulakhir 1430H
http://msrizal.blogspot.com/

3 comments:

Azraai Ahmad April 21, 2009 at 9:08 PM  

akhi, ma'a taufiq wan najah! Welcome to the tougher life!

zahidzuhri April 22, 2009 at 11:12 PM  

Bit taufiq wa najjah fi imtihan... Ana faham perasaan anta...namun bukanlah berakhirnya pengajian di universiti bererti berakhirnya karier sebagai daie dan murobbi,banyak lagi cabaran yang perlu kita tempuhi. Harap boleh bersua muka dengan anta satu hari nanti :D

Nurhidayah Jaafar April 23, 2009 at 12:29 PM  

InsyaAllah..usaha pasti berjaya

Utamakan yang paling utama..

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP