Lapangkan aku hikmah dermawan

>> Friday, January 16, 2009


Wang kertas bernot RM 1 berjumpa dengan kawan lamanya wang kertas bernot RM 50.Wang kertas bernot seringgit bertanya; "Ke mana engkau pergi 50 ringgit? Sudah lama aku tidak jumpa?"

RM 50 menjawab, "Oh, aku? Adalah di dalam beg duit orang-orang besar. Mereka selalu hulurkan aku ditempat-tempat indah. Genting Highland, Restoren besar, Shopping Complex, hiasan mewah dan macam-macam lagi. Selalu juga aku dihulur dengan not RM 100 bersama.Engkau macam mana pula Seringgit?"

"Oh, aku biasalah. Aku selalulah dilipat-lipat dan disisipkan di tabung-tabung derma. Ada macam-macam tabung derma. Paling popular tabung masjidlah."

;

Saya hadir ke satu wacana ilmiah tentang Palestin. Turut serta, dihulurkan tabung-tabung derma. Sedihnya, ianya hanya dipenuhi wang RM 1 dan cuma penuh 2 balang sahaja. Adalah juga terselit wang-wang merah dan hijau.

Saya bersangka baik, mungkin mereka yang hadir sudah menginfakkan sendiri duit mereka melalui wahana lain. Namun saya merasakan sangkaan saya ini mungkin meleset, kerana ramai sebenarnya orang yang cuma menunjukkan rasa kesal. Tetapi tidak lebih sekadar kesal.

Anda punya ASB, Public Mutual, CIMB wealth advisor dan sistem pelaburan lain? Mengapa tidak berminat untuk melabur di Amanah Saham Akhirat? Lebih besar dan berlipat-lipat kali ganda keuntungannya.

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 261)



MS Rizal,
16 Januari 2009,
Kuala Lumpur,
http://msrizal.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP