penyakit berjangkit

>> Friday, August 3, 2007


Sedarkah kita yang kita hidup di dalam masyarakat yang sakit. Ya, ini bukan sakit ringan-ringan. Tapi sakit yang boleh berjangkit. Sakit yang dimaksudkan adalah kegilaan pada harta atau ‘materialistik’. ‘Materialistik’ adalah penyakit yang sungguh bahaya. Ada orang sanggup bersusah payah seumur hidupnya demi untuk membayar hutang kereta dan rumah. Makan kais mengais demi berkereta berjenama. Hutang keliling pinggang demi untuk bergaya. Paling tak bermanfaat, berhutang demi membeli rokok.

Diulangi, ini bukan penyakit biasa tapi penyakit berjangkit! Lihatlah betapa seorang kawan boleh mempengaruhi kawannya untuk sama-sama ber’Materialistik’. Kawan pakai baju berjenama, member pun nak. Kawan pakai kereta mahal, member pun rasa tercabar nak juga.

Sedar tak sedar kita telah meletakkan martabat seseorang itu berdasarkan hartanya. Oh, penyakit nie, habis dimana letaknya martabat orang berilmu?. Kalau orang berilmu tapi kaya takpe, ni orang berilmu yang tak kaya. Duduk rumah papan, pergi mana-mana pun jalan kaki, naik basikal, naik bas atau tumpang orang. Sapa nak hormat diorang nie? Of Course orang yang sama berilmu akan hormat. Tapi bagaimana dengan orang yang tak mengendahkan langsung martabat ilmu?

Selalunya orang yang gila pada harta ni adalah orang yang tak sentiasa tak cukup dengan apa yang dia ada. Kalau soal gaji pulak, selalu je tak cukup…. Makin bertambah gaji makin tak cukup. Ni bahaya betul, habis macam mana nak tambah pahala dengan menginfak sedikit duit, kalau untuk diri sendiri pun tak cukup. Wah, bahaya betul penyakit berjangkit nie. Kadang-kadang terkena juga pada diri aku penyakit ni. Tapi, Alhamdulillah aku mungkin ada mewarisi sedikit mak aku, iaitu berkira-kira waktu berbelanja. Walaupun kadang-kadang kawan pandang serong, tapi sekurang-kurangnya aku dapat manfaatkan duit aku pada benda berguna, beli buku-buku ilmiah ke, melawat saudara mara atau belanja keluarga. Ini lebih baik daripada aku pasang girlfriend, ajak dating, tengok wayang, lepak kedai makan..huha…huha..buang masa.! Ikhlasnya aku, terasa gaji aku berkat dan Alhamdulillah jarang ‘putus’ duit dan jumlah aku berhutang tiap-tiap bulan adalah ‘0.00’.

Aku nak tekadkan azam untuk lebih bijak berbelanja dan berusaha keras untuk ‘memberkatkan’ gaji aku. Sekurang-kurangnya aku dah buktikan dengan still pakai handset Nokia 3100 walaupun perkembangan handphone di sekelilingku amatlah pesat dan pantas. Keluarga aku berada ditahap kemampuan kewangan yang sederhana. Jadi semestinya aku duduk satu perumahan dengan keluarga-keluarga sederhana. Jadi bila aku balik cuti aku akan jumpa kawan-kawan lama. Tak boleh dielaklah, penyakit ni ada di mana-mana. Ada yang pakai kereta smart, motor mahal. Tapi sayangnya ‘poket kosong’. Ha..ha.. aku lebih senang hati naik motor cabuk tapi tak kedekut untuk sedekah, guna pada benda faedah dan ringan-ringan tangan untuk hulur-hulur kat mak ayah.

Barulah hidup aku menuju kebahagiaan…..

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP