cukup..cukup
>> Wednesday, August 15, 2007
"Ah, tipulah, manusia mana pernah cukup!"
"Cukup di sini sahaja."
" Makan sikit mana pernah cukup"
"Gaji aku yang sikit kau kata cukup?"
Apa sahajalah dialog tentang cukup, aku rasa dah muak.Boleh bagi jaminan kat aku yang ada tak manusia yang merasa cukup kat dunia ni.?
"ada?"
"siapa?"
Sudah lumrah kejadian manusia merasa tidak cukup sentiasa.Serba-serbilah tak cukup.
Rehat tak cukup.
Makan tak cukup.
Masa tak cukup.
Gaji tak cukup.
Jadi bila nak cukup?
Pernah dengar Qonaah? Ya, iaitu merasa cukup dengan nikmat
yang diberi.
Boleh ke? Boleh, tapi kena tau konsepnya dahulu....
Cerita 1:
Satu hari tu aku makan tengah hari lewat sikit.. Biasalah makan
lewat ni dapat sisa-sisalah. Menu hari tu lauk ayam. Tapi, sebab
aku turun lambat sikit dapatlah lauk ikan. Takpelah alhamdulillah,
lagipun kalau kat rumah memang menu tiap-tiap hari aku ikan.
Adalah member aku ni, turun lambat sikit. Dia agak tak puas
hatilah dapat ikan(anak orang kaya kot). Dah ambik nasi dan lauk
datang tempat aku.
" B**i betul, dapat ikan je!"
Terkejutlah aku dengan perkataan mamat ni. Walaupun reaksinya
macam geram je. Tapi aku geram jugalah sebab sampai menghina
makanan.
Hina, sangatkah ikan berbanding ayam?
Kalau orang melayu buat peribahasa pun menggunakan
ayam sebagai perumpamaan kepada perkara yang pura-pura sahaja
atau tak berapa bagus. 'ajak-ajak ayam','tidur-tidur ayam', 'bapak
ayam'..etc
Bukan ni soalnya.. sebenarnya mungkin dia tak faham apa itu erti
qonaah..Walaupun aku, awak atau dia mengatakan ayam itu sedap..
Tapi bukan sebab lauk tu bernama ayam ianya sedap.
Tapi Allah SWT lah yang menyedapkannya.
Tak kiralah kalau kau nak makan batu
pun, kalau Allah Taala bagi ianya sedap. Sedap juga!
pun, kalau Allah Taala bagi ianya sedap. Sedap juga!
Bukan dengan nasi yang banyak atau ambik lauk lebih tanpa
menghiraukan hak orang lain yang mengenyangkan kita tapi Allah
Taala yang memberi kita kenyang. Walaupun kita makan sebutir
sahaja nasi sebagai menu tapi kalau Allah Taala nak beri kita
kenyang kita kenyang juga.
Cerita 2:
Suatu hari aku habis kuliah pukul 1245 tengah hari. Tak bestnya
aku rasa sebab ada kuliah pukul 2 petang. Aku makan dah habis
masa 15 minit. Pulak tu rasa mengantuk yang amat. Jadi aku
berkira-kira untuk tidak ke berjemaah ke Musolla Zuhur hari tu.
Lalu balik bilik dan tidur.
Konon kalau rehat kejap lalu tidur dalam 1/2 jam boleh rehat
kejaplah. Kesudahannya aku terjaga tepat pukul 2 dengan rasa tak
puas tidur dan rasa malas menyerang diri, dengan zuhur tak
tertunai lagi dan member-member aku dah pun bergerak ke kelas.
Dan aku terkejar-kejar solat zuhur dan sampai agak lewat ke bilik
kuliah.
Pengajarannya: Aku merasa dengan masa yang sekejap tu kalau di
isi dengan tidur boleh membuatkan aku segar dan bertenaga.
Rupa-rupanya silap. Kuasa Allah untuk mencukupkan masa bagi
aku. Mungkin dengan segera bersolat zuhur, Allah Taala akan bagi
aku nikmat masa seminit seperti 10 minit. Atau lebih hebat lagi
seminit macam sejam. Boleh ke? Kuasa Allah yang menentukan
untuk hamba-hambaNya.
Jadi sebenarnya, konsep Qonaah bukanlah kecukupan yang
datangnya dari kita, tapi dari Allah Taala.
Jangan fikir dengan gaji anda RM 10,000 sebulan anda merasa
lebih cukup daripada ibu bapa anda yang miskin cuma bergaji Rm
800 sebulan. Kalau tak macam mana ibu bapa anda boleh
membesarkan anda.?
Jangan ingat dengan anda lulus dengan cemerlang dalam
peperiksaan walaupun meniru anda akan lebih berjaya daripada
kawan anda yang keputusannya lebih rendah daripada anda.Kalau tidak mengapa nasib selalu tak menyebelahi anda walaupun
realitinya anda adalah orang berjaya..
Aku petik satu terjemahan ayat al-Quran:
Surah Faathir ayat 37:
"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : "Ya Tuhan kami,
keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang
saleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan." Dan apakah
Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk
berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang
kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (azab Kami)
dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.
"
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...