Saya Layang-layang Kertas
>> Tuesday, February 15, 2011
Saya layang-layang kertas...
Mengimpikan untuk ditampar angin sekuat mungkin. Agar nanti ianya melayang jauh lebih tinggi. Melihat alam dari tempat yang jarang dilihat manusia. Untuk itu rangka buluh perlu teguh dan kuat. Jangan sampai kuatnya tamparan angin merosakkan struktur yang saling menguatkan. Layang-layang kertas tinggi dan terus meninggi.
Namun tinggi bukan alasan untuk saya meninggi diri, jauh lagi untuk bersaing dengan burung yang terbang. Apatah lagi awan yang mengandung hujan. Kerana layang-layang kertas punya kelemahan, jatuh terkulai jika dibiarkan. Tinggilah layang-layang kertas, kerana semakin meninggi semakin kenal akan siapa diri. Semakin tunduk dan patuh pada Ilahi...
------------------------------------------------------------------------------------------
Penulisan ini adalah hak cipta msrizal.blogspot.com. Sebarang penyiaran semula hendaklah menyertakan sekali alamat blog ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
MS Rizal,
32100, Lumut,
15 Feb 2011/1432H
http://msrizal.blogspot.com/
2 comments:
assalamualaikum..
insyaAllah.. "layang2 kertas" seakan bererti ada impian yang tinggi untuk di gapai..
setiap sesuatu perlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi...
insyaAllah...
teruskanlah perjuangan....
selagi di beri nafas dan kesempatan..
berusahala..
=) maaf jika terlari dari makna "layang2 kertas"
Terima kasih Insan. Itulah yang saya maksudkan, impian yang tinggi untuk berlari...
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...