Sama ada menang atau mati di jalan Allah

>> Thursday, June 24, 2010

Peristiwa Israk Mikraj mungkin tidak membawa banyak erti kepada sesetengah orang. Kalau ada pun, lebih kepada perayaan sederhana dan ceramah agama versi lama yang diputar kembali berkali-kali.Cerita tentang kembara Nabi SAW bertemu begitu dan begini. Ganjaran dan bahana sekian dan sekian.

Namun, tentunya saya memandang dari perpspektif yang berbeza. Bahawa Israk Mikraj adalah hadiah Rabbuljalill kepada Nabi SAW untuk meneruskan survival dakwah baginda. Bertemu dengan Nabi-nabi as terdahulu telah membawa Nabi SAW kepada pengalaman baru. Bahawa dakwah ini, walau apa jua yang berlaku tetap perlu diteruskan. Nabi-nabi as dahulu telah membuktikannya. Dan begitu juga Nabi Muhammad SAW.


Bertemu dan berpisah kerana Allah SWT.

Majlis pelancaran pertubuhan IKRAM pada Ahad lalu, benar-benar mengesankan roh dan semangat juang saya. Sesegar pertemuan Nabi SAW dan saudara-saudaranya ketika Israk Mikraj. Ikhwah-ikhwah se-Malaysia hadir dengan kekuatan tersendiri. Menguatkan segala sendi untuk meneruskan survival dakwah di Malaysia. Kehadiran orang lama dan baru bersama-sama bangun bertakbir sungguh menghadirkan semangat. Walaupun saya masih hijau sangat-sangat di dalam arena tarbiyah namun ianya amat bererti untuk dirasai.

Saya menghadam setiap lirik lagu IKRAM ; "Puluhan tahun telah kian berlalu,
Jamaah dibina tanpa jemu..."

Puluhan tahun yang bukannya biasa-biasa. Puluhan tahun di atas jalan juang dan sunnah yang diatur oleh Nabi SAW. Tentunya banyak mehnah yang hampir-hampir menggugat keteguhan jiwa. Ada yang gugur sebagai syuhada, ada yang masih bertahan dan tidak kurang juga yang berjatuhan di atas jalan ini. Namun Allah Taala tetap menakdirkan. Bahawa muslim sesama muslim itu ibarat sebuah bangunan, saling kuat dan menguatkan sesama yang lain. Kemenangan telah dijanjikan kepada mereka yang yakin dan berpegang teguh dengan janji kalam Allah SWT.

Barisan kepimpinan pertubuhan IKRAM


Lebih 5000 hadirin yang hadir, walau tidak pernah berjumpa namun terasa hangat ukhwah yang mengalir saat pertemuan bersejarah ini.


Berbanyak terima kasih kepada ikhwah-ikhwah mahupun akhowat yang telah memberi peluang kepada saya untuk merasai kemanisan tarbiyah, kehebatan ukhwah, kelazatan ibadah dan kesabaran jalan juang tanpa kenal lelah. Sesungguhnya Allah Taala sahaja yang dapat membalas budi antum sekalian.

Anak-anak muda pewaris generasi baru yang bangkit bersemangat menyahut seruan takbir Ustaz Alias.


Allahu ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Qur’an dusturuna
Al-jihad sabiluna
Al-mautu fi sabilillah asma amanina

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi!



MS Rizal,
32100, Lumut,
2010/1431H
http://msrizal.blogspot.com/

4 comments:

Azraai Ahmad June 25, 2010 at 1:34 AM  

Puluhan tahun telah kian berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Ramai Ikhwah Akhawat senior (pakcik makcik)yg mengalirkan air mata keharuan tatkala bait2 lagu IKRAM ni dinyanyi aritu... Dr Hafidzi sendiri yg mengaku...

MS Rizal to Azraai June 25, 2010 at 3:29 PM  

Begitu juga kita yang muda ini, juga terharu sama. Apa yang penting selepas ini, kita perlu lebih keras lagi. Semoga Allah menetapkan kita tsabat dalam jalan ini akhi!

ALZain July 10, 2010 at 12:09 AM  

Benar sekali, kita semua perlu kerja lebih keras dan fokus kepada ghoyah kita. Ketepikan perkara-perkara remeh, sama-sama baiki kekurangan yang ada demi sinergi dakwah utk umat ini... Tanggung-jawab kita memang lebih banyak dari masa yang ada

MS Rizal July 12, 2010 at 9:32 PM  

2 komen yang berharga daripada 2 orang naqib ana. Syukran Pak Cik Zain atas komen di atas. Selamat datang ke teratak 'fikir-fikir' ana ini.(",)

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP