Kuasa memilih yang ada pada Manusia.

>> Tuesday, April 27, 2010

"Saya atheis, walau bagaimanapun saya percaya ada satu kuasa yang tolong dan bantu saya. Sebab kadang-kadang saya dapat rasakan perjalanan hidup saya mudah sahaja."

Kenyataan ini lahir dari mulut seorang senior saya. Seorang yang berbangsa cina.

Saya berfikir sejenak. Alangkah indahnya jika dia tahu, sememangnya kuasa yang dirasakan itu benar-benar wujud.


Sarana bertuhan dan hakikat kejadian insan

Rasa bertuhan itu bukanlah sesuatu yang pelik. Itu satu fitrah yang telah dilorongkan buat manusia. Rasa bertuhan itu tertanam sembari manusia ini sudah mula boleh berfikir. Apabila dilihatnya langit yang luas. Gunung-ganang yang kukuh lagi ampuh. Ombak laut yang menghempas. Semua itu merupakan satu kehebatan yang tak terjangkau oleh akal fikirannya.

Apabila dilihat pula tubuh badannya yang sempurna, tangan yang siap dengan lima jari yang masing-masing bersinergi. Kaki yang melangkah menurut apa yang terlintas di hati. Juga akal yang mampu menyedut seberapa banyak memori tanpa had.

Ini semua melangkaui apa yang dirasakan sebagai kebetulan.

Namun segalanya yang menjadi fitrah ini ditutupi oleh kemahuan diri sendiri. Tidak pernah mahu meminta untuk 'kuasa itu' melorongkan kebenaran kepadanya. Tidak pernah membuka hati mendengar dialog-dialog antara agama. Juga keras dan tidak berlapang dada di dalam mencari kebenaran.

Hal ini bukan sahaja ditujukan kepada bukan Islam. Malahan orang yang mengaku Islam sendiri. Hanyut di dalam arus duniawi. Tidak tahu apa natijah dia dicipta dia muka bumi.



Setiap manusia, walau di ceruk rantau manapun. Dia tidak terlepas dari peringatan ke arah kebenaran. Jika dia mengatakan tidak pernah mendengar, ketahulah dia cuma berdusta dan sebagai satu escapism sahaja untuk dirinya. Ya Allah tunjukkan kami kebenaran!

Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul. Al-Isra' ayat 15.



MS Rizal,
32100, Lumut,
2010/1431
Hhttp://msrizal.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP