Manusia yang dahagakan teladan

>> Monday, April 12, 2010



Terbitkan karya-karya indah dari jiwa yang senget. Sesetengah manusia suka pada corak yang tak tentu hala tetapi tepat prinsip dan tujuannya.

Analisis,
Seronok mungkin berkongsi rahsia dengan teman-teman. Itu tandanya dia menghargai dirimu. Dia percayakanmu. Dia mahu menjadikan kamu teman rapatnya.

Begitu mungkin yang boleh saya gambarkan kepada seorang teman yang mengadu lelah dalam perjuangan hidupnya. Dia tidak selesa dalam mencari redho Allah ini dirinya diperhati dan dijadikan contoh teladan. Dalam erti kata lain, dirinya tidak sempurna dan bukan menjadi orang terbaik untuk diikuti. Malahan sering kali kesilapan dirinya nan sedikit diperbesar dan dijadikan fitnah sesama rakan.

Saya berlagak seperti hero bernama Amitabh Bachan, saya lalu menyebut dengan suara serak-serak ringan;

"Mustahillah begitu jika kamu mahukannya, kawan..."


Manusia sifatnya meniru.

Sewaktu kecil tidakkah kamu mendengar kisah Qabil dan Habil yang popular itu? Bagaimana Habil akhirnya dibunuh dan diseret oleh Qabil ke hilir dan ke hulu. Gelisah bercampur binggung.
Hendak diperlakukan seperti apakah mayat seayah seibunya ini? Akhirnya diri Qabil terkedu pada tindak tanduk sepasang burung gagak yang sedang beradu. Seekor tumbang dan seekor lagi lalu menanam si burung gagak tewas.

"Aduhai celakalah aku, mengapa aku tidak berbuat begitu?" sedar Qabil dari kebingungan tanpa pencahayaan.

Qabil meniru apa yang diajar oleh burung gagak itu secara tidak langsung. Contoh ini adalah bukti bahawa manusia itu adalah berasal daripada tidak tahu. Tidak tahu belajar, tidak diajar anda sendiri yang memerhati dan belajar.

Semenjak kecil seorang manusia itu tidak tahu. Lalu pemikirannya dicorak dengan apa yang dilihat melalui kornea matanya sepasang. Diterjemah ke dalam sepasang otak yang ligat berfikir. Bahawa apa sahaja yang mengagumkan di hadapan matanya perlu ditiru. Barulah menjadi manusia namanya. Membesar dan semakin dewasa.

Al-kisah,
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun...Satu persatu manusia diperhatikan berlalu dihadapannya. Seorang demi seorang mengajarnya erti kebaikan. Ditunjukkan manusia itu jalan yang lurus, ada yang beriman dan ada juga yang engkar.

Kamu yang nampak baik kelihatan seolah-olah jaguh tinju yang menang selepas beradu dihadapannya. Apakah rahsia yang kamu guna? Tumbukan ketenangan datang dengan segenap cahaya, bibir yang mengukir senyum meluluhkan hati setiap lawan yang ada. Kata-katamu adalah kebaikan, kata-katamu menjadi azimat meneruskan kehidupan.

Sehingga kesemua ini kamu kumpul dari mereka disekelilingmu, apakah patut kamu akhirnya menidakkan.

"Maaf, saya ini tidak patut dijadikan contoh teladan..."

Jika mahu tunggu benar-benar baik. Apakah kayu ukur yang ada untuk diterjemahkan kebaikan. Kamu tidak mampu mengungkapnya bukan? Ingatlah guna tingkah laku perbuatan itu lebih berkesan dari apa yang diungkapkan dengan perkataan.


Seriuslah dalam mengatur urusan.

Keteladanan yang baik adalah sarana dakwah di jalan Allah SWT yang paling efektif dan berkesan. Jika tidak tahu bagaimana untuk mengurus hal diri, perbaikilah sendiri apa yang tersembunyi di hati jauh dari pengetahun sekeliling.

Hassan Al-Banna pernah mengungkap tentang ketidak-seriusan. Bahawa sebahagian umat Islam hanya menginginkan akidah tanpa syariah, ad-din tanpa negara, kebenaran tanpa kekuatan dan damai tanpa juang.

Hati-hati apabila diri sedar sedang diperhatikan. Ambillah peluang, dan perhatikan perbuatan sendiri. Jangan sampai tingkah laku perbuatan memadamkan maraknya api kebenaran perkataan.



MS Rizal,
32100, Lumut,
12 April 2010/1431H
http://msrizal.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP