Acap kali Ramadhan menjelang tiba, saya menjadi keliru-sekelirunya. Tidak leka dibuai mimpi-mimpi indah tentang lauk-pauk yang penuh di bazar ramadhan, atau undangan berbuka di hotel-hotel sekitar bandar. Perasaan saya bercampur baur, lantas satu persoalan timbul.
"Jika begini gamaknya, ternyata puasa sunat secara bersendirian itu lebih manis dan lebih indah kesudahannya."
Pengertian puasa.
Awal mula pertama mula, jika disingkap kitab hadis 40 Imam Nawawi sudah dimulai dengan perihal niat. Pentingnya niat bukan terletak pada lafaz yang perlu diulang-ulang sebelum habisnya sahur, tetap pentingnya terletak pada ketetapan dan bagaimana kita tercapainya maksud dan tujuan ibadah ini pada pengakhirannya.
Jika niat awal untuk diet, ternyata dialah orang yang paling banyak 'melantak' ketika berbuka.
Jika niat kerana untuk merasai kesengseraan orang fakir miskin, maka fikirkanlah jua fakir miskin itu berbuka dengan apa?
Jika niat kerana adat dan budaya. Maaf Islam itu bukan agama budaya.
Jika niat kerana mahu meraikan kemeriahan berbuka dan berterawih bersama, silap-silap dialah orang yang hadir terawih hanya di awal Ramadhan bermula.
Jika hanya untuk mengejar fadhilat, ketahuilah amalan tanpa diketahui fadhilatnya lebih adil dan membuatkan kita kuat untuk ikhlas beribadah.
Semua niat-niat ini perlu ditulenkan semula dengan satu niat dan azam. Puasa itu untuk menundukkan nafsu yang paling buas di dalam diri, lantas dapat mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla.
Jika ini benar-benar berlaku, maka tepatlah surah Al-Baqarah ayat 183 yang memetik suruhan berpuasa dan mudah-mudahan kita menjadi hamba bertakwa.
Berbuka puasa atau berbuka nafsu?
Inilah yang tidak berapa menggembirakan saya. Jika di kampus saya lebih selesa untuk berbuka di masjid bersama ahli-ahli jemaah. Maka kurma dan air mineral seadanya lantas terus mendirikan solat Maghrib berjemaah. Saat itulah saya dapat merasakan kenikmatan ibadah akibat nafsu yang benar-benar diikat. Terasa ukhwah yang amat erat antara jemaah kerana pastinya tidak ramai yang sanggup berbuka begini setiap hari mengenangkan hidangan di rumah lebih enak dan menyelerakan.
Usai solat berjemaah, kami akan makan nasi dan lauk bertalam. Sesiapa yang pernah merasai makan bertalam anda dapat memahami betapa seronoknya pengalaman ini. Jika belum, mulakanlah di rumah anda. Selepas makan bertalam, terus bersiap-siap untuk bertadarus sampai menjelang isyak dan berterawih bersama.
Rutin berbuka seperti ini amat bermakna kepada saya untuk mencapai keutamaan berpuasa.
Tetapi rutin awal bekerja saya terpaksa mengikut arus buat sementara waktu. Bukan apa, tidak mahu dipandang serong pada awalnya. Maka saya menurut jika diajak berbuka di hotel-hotel atau paling tidak berbuka dengan hidangan penuh satu meja. Ternyata situasi ini tidak berapa menggembirakan saya.
Jika solat itu penghubung antara hati dengan Allah Taala, zakat untuk pembersihan harta, haji pengikat ukhwah sedunia, jangan persia-siakan peluang untuk menundukkan nafsu amarah yang ada. Kunci kekhusyukan ibadah terletak di sini.
MS Rizal,
32100, Lumut,
28 September 2009/29 Syawal 1430H
http://msrizal.blogspot.com/
2 comments:
Bila baca entri ini, ana teringat satu sifat mazmumah (terkeji) dari 10 sifat...iaitu banyak makan.
Itulah hikmah mengapa ia tersenarai sbg sifat terkeji. Banyak makan mengurangkan pahala khusyuk beribadah. Banyak makan menghilangkan motivasi beribadah.
Tetapi itulah, dalam suatu situasi, kita tak dapat mengelak adat sesetengah orang berbuka. betul kata Ms rizal, berpuasa sendiri secara sunat itu kadang2 lebih terkawal nafsu makannya. Itupun sebab yang ingin berpuasa 6 pun di kalangan yang memang hendak mengawal nafsunya...
sama2lah kita topup kembali hikmah puasa yang tercicir semasa ramdhan dengan amalan berpuasa sunat. semoga Allah menerima amal kita yang sedikit ini.
alhamdulillah gembira wa rase sahabat wa sudah menjadi seorang blogger yang berjaya...jgn lupe kim slam kat KD perantau tempat aku bermain dikala kecil...
http://mivec4g92.blogspot.com/
Post a Comment
Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...