Negara itu bukan Islam sepenuhnya....

>> Tuesday, March 11, 2008

Apabila saya membuka media massa dalam sehari dua ini malah seminggu sebelum pilihanraya terdapat seperti provokasi tentang negara Islam kepada umum. Bunyi penegasan ' Negara Islam' yang dijunjung pembangkang khususnya PAS, seolah-olah istilah yang menggerunkan.

Sungguh ini adalah kesengajaan untuk memburuk-burukkan istilah ini. Sedarkah pihak ini yang mereka secara tidak langsung telah memburuk-burukkan imej Islam itu sendiri. Orang ramai menjadi takut apabila dikatakan negara Islam. Difikiran mereka terbayang-bayang ramainya rakyat yang kudung tangannya. Pupus akibat direjam dan berbagai-bagai lagi keganasan kpada rakyat. Juga terbayang bahawa semua perempuan tidak kira islam atau tidak wajib bertudung. Negara menjadi lembap ekonomi. Sana-sini orang berpakaian selekeh.
Allahuakhbar!!! Sesungguhnya pihak yang memburuk-burukkan istilah ini telah menanggung dosa yang besar.

Tidak terbayangkah mereka bahawa negara Islam itu adalah negara yang di dalamnya terdapat keadilan dan kesaksamaan. Semua orang dilayan dengan adil walaupun seorang non-muslim itu dizalimi oleh seorang Islam. Syak wasangka sesama kaum dilupuskan. Sesama agama dihormati. Malah orang Islam itu dilarang menghina dan menghancurkan rumah ibadat orang bukan Islam. Malah dilarang menghina tuhan-tuhan mereka.


Bukankah Allah telah berfirman dalam surah;



"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan." Al An'aam,108.

Juga berbaik-baik dengan ketua agama mereka;

"Dan janganlah kamu berdebat dengan ahli-ahli kitab,melainkan dengan cara yang paling baik,kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka,dan katakanlah:"kami telah beriman kepada( kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada kamu;Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah satu;dan hanya kepadaNya kami berserah diri" Al-ankabut, 46.

Lihat pada konsep toleransi beragama yang Allah SWT tunjukkan. Padahal telah nyata tiada tuhan lain selain Allah SWT.

Allah berfirman: "Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut." 16. An Nahl ,51.

Bukankah Islam itu indah?

Saya suka membetulkan konsep negara Islam ini kepada orang ramai. Perlukah negara Islam itu tertegak? Ya, perlu! Antara perkara yang perlu ditekankan dalam negara Islam adalah ekonomi Islam! Ekonomi adalah penting dalam perjalanan sesebuah urusan negara. Daripada ekonomi pemimpin, turun kepada rakyat kesemuanya perlu dipastikan halal dan jauh daripada amalan riba.
Mengapa ini perlu?
Ianya untuk mengelak bala Allah SWT. Besar sungguh dosa riba di sisi Allah SWT:

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.
Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya." Al-Baqarah 278-279

Allah SWT mengisytiharkan perang untuk pengamal riba! Bukan main-main!

Jika dikatakan tentang hudud. Mengapa perlu gerun dengan undang-undang hudud? Kaji dan bacalah dahulu tentang pelaksanaan hukum ini. Undang-undang Islam itu bukan menghukum. Tetapi mencegah! Sebelum orang itu mencuri. Undang-undang Islam itu mencegahnya mencuri. Sebelum orang itu berzina. Undang-undang Islam mencegahnya daripada berzina. Tambahan pula jalan untuk memutuskan hukuman kepda seseorang adalah sukar dan boleh jadi adalah keputusan yang terakhir. Seseorang hakim yang dilantik berdasarkan kriteria Islam itu jika boleh mahu melepaskan orang yang bersalah daripada menghukum orang yang tak bersalah. Jika hendak menghukum orang berzina, orang yang menuduh orang lain berzina itu dahulu diselidiki. Di datangkan 4 orang saksi yang adil. Jika tidak si penuduh itu di sebat. Bukankah dengan ini peluang untuk si penzina melepaskan diri itu terbuka luas. Tetapi selepas itu lihatlah kesan kepada dirinya sendiri. InsyaAllah berubah. Jangan kaitkan hukuman zina ini dengan rogol! Zina tak sama dengan rogol!

Jika diselidiki kembali. Negara Islam dan apa-apa yang terkandung di dalamnya adalah untuk mendidik masyarakat supaya menjadi baik dan lebih baik. Dengan didikan ini, maka terhindarlah masalah rasuah, ponteng kerja, bermalas-malasan, isteri teraniaya,remaja yang liar, makanan yang bersih dan pelbagai campur aduk masalah masyarakat.

Dan yang paling penting untuk membuktikan kepada rakyat dan dunia amnya bahwa Islam is the best way of life.!

3 comments:

dianz17 March 24, 2008 at 11:58 AM  

Firman Allah:

يَاأَيُّهَاالَّذِينَآمَنُواْادْخُلُواْفِيالسِّلْمِكَآفَّةًوَلاَ
تَتَّبِعُواْخُطُوَاتِالشَّيْطَانِإِنَّهُ لَكُمْعَدُوٌّمُّبِينٌ

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu..

(al Baqarah, 208)

Anonymous September 19, 2010 at 11:08 AM  

Bro bagaimana pendapat bro tentang perempuan yg dirogol di Malaysia? Bagaimana jika 4 saksi yg datang semua bercakap bohong?

Apa pendapat bro tentang DNA? Bagaimana dengan kes nabi Yusuf yg tak ada saksi?

MS Rizal September 20, 2010 at 6:59 AM  

Anonymous..

Kalau nak cerita tentang hudud kamu kena faham sebetulnya.
Kes rogol juga memerlukan saksi, tetapi jika tiada saksi hakim boleh mengambil keterangan lain sebagai bukti. Tambahan pula jika melalui siasatan oleh pihak medikal juga boleh menjadi satu bukti kukuh, disamping bukti2 lain.

Bagaimana kalau semua 4 saksi bercakap bohong. Pihak hakim tidaklah bodoh sangat. Sebab itu kena 4 saksi, untuk mengelakkan pembohongan. Lagipun latar belakang akan disiasat sama ada mereka ini berpakat atau tidak.
Jangan fikir secara stereotaip tentang hudud, yakinlah pada hukum Allah Taala.

Kes Nabi Yusuf as. Pertama sekali kamu kena faham, syariat Nabi Allah Yususf tidak sama dengan syariat Nabi Muhammad SAW. Ada perbezaan di atas perlaksanaan dan cara mereka menyampaikan dakwah. Kerana itu jika seseorang membawa contoh Nabi Khidir dalam merelakan sesuatu yang berbentuk ghaib ianya tertolak sama sekali.

Harap saudara banyak tadabbur Al-Quran bukan sekadar baca dan tak faham apa2.

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP