Mengapa bertangguh? Dunia ini tidak lama.

>> Wednesday, March 5, 2008




Jiwa yang segar! Otak yang sihat! Tubuh yang kuat!
Itulah yang patut ada pada seorang Islam.

Jiwa yang segar menghadirkan kekhusuyukan dalam solat.
Lidah yang petah berkata-kata serta mengungkap bait-bait hikmah di sisipan bibirnya lahir dari Jiwa yang segar.
Jiwa yang segar juga memungkinkan seseorang murah dengan senyuman bila bersua.
Tetapi kedekut dengan tertawa kerana mengingat akan hadirnya kematian pada saat bila-bila.

Otak yang sihat menjamin pemikiran yang idealistik dan bukan sampah.
Ditetapkan halatuju arah panduan hidup dengan yakin dan tawakkal.
Mengarahkan tubuh bekerja keras dan tidak bertangguh-tangguh.
Solatnya dijaga siang dan malam tanpa kenal letih malah menjadi asyik pula.
Dia sedar dunia bukan miliknya dan bukan tempatnya dia mahu bersenang-lenang.

Tidakkah dia pernah mendengar hadis Rasulullah SAW yang berbunyi;

Abdullah ibnu Umar menceritakan; 'Suatu hari Rasulullah SAW menepuk bahuku seraya berkata;

" Jadilah di dunia ini ibarat orang asing atau pengembara." Ibnu Umar melanjutkan, " Apabila datang petang jangan engkau menunggu pagi. Apabila datang pagi jangan engkau menunggu petang. Gunakanlah masa sihatmu sebagai bekal masa sakitmu. Dan gunakanlah masa hidupmu sebagai bekal kematianmu." (1)

Lalu, mampukah dia bertangguh-tangguh? Tidak pula ia mengsalahertikan zuhud.
Mengapa jua mahu melalaikan keutamaan solat?
Tidakkah dia terkesan dengan kata-kata Imam Shafie?
Dimana Imam besar ini pernah mengungkap;

" Dikala waktu lapang, dapatkan keutamaan ruku'(solat) untuk dirimu kerana boleh jadi kematian secara tiba-tiba mendatangimu. Berapa banyak orang yang sihat kemudian mati tanpa sakit terlebih dahulu. Jiwanya yang sihat tiba-tiba pergi berlalu." (2)

Bangunlah wahai pemuda ruh Islam...Bukan-bukan..Bukan tempatmu diatas katil melingkar. Bukan jua menghadap komputer menekan pepunat game ciptaan si Kafir. Kamu ada misi, misi yang jika kamu tidak melaksanakan amanah ini. Maka Allah akan gantikanmu dengan kaum yang lebih menunaikan amanah.

-----------------------------------------------------------------------
Nota kaki:

1) Diriwayatkan oleh Bukhari dalam kitab Ar-Riqaaq, bab: Sabda Nabi: "Jadilah engkau bagai orang asing." dengan nombor 6416.
2) Hadyus Saari Mukaddimah Shahih Al-Bukhari oleh Ibnu Hajar, hal 481.

2 comments:

Anonymous March 6, 2008 at 12:06 AM  

Salam..msrizal, Masa muda yang datang sekali itu memang amat rugi untuk disiakan.. Saya teringat pesan Umar r.a. Lebih kurang begini ayatnya; " Kita dulu adalah bangsa yang hina.kita menjadi bangsa yang mulia adalah disebabkan Islam.."

MS Rizal March 6, 2008 at 12:08 AM  

Saya amat kesal melihat oang muda yang mensia-siakan waktu mudanya..Mereka keliru hala tuju dan tiada pembimbing yang thiqoh untuk memimpin, jika diadu kepada ibu bapa, mereka hanya sibuk bekerja sahaja..

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP