Kemana Perginya Spirit Yang Hilang?

>> Sunday, November 16, 2008



Hati saya berlagu sebak, setiap ungkapan katanya seperti peluru Short Gun yang menabrak hati. Sejurus saya beristighfar mengenangkan daifnya diri. Masih ramai lagi orang mulia di muka bumi ini. Dan terasa saya ini cuma kerdil...kerdil yang amat sangat...
Bagaimanakah untuk saya menjadi seperti dia?

"Sang Murobbi, Mencari Spirit Yang Hilang"


Jazakallah untuk murobbiku yang sudi berkongsi DVD cerita ini buat penyegar spirit yang hilang.

Lebih baik punya hayat yang pendek tetapi panjang cita-cita, daripada punya hayat yang panjang tetapi kosong daripada pencerahan. Saya juga tidak mahu mati saya hanya meninggalkan tiga baris tanda di batu nesan sahaja. Saya mahu lebih daripada itu.

Dakwah ini akan terus mengalir menuju redho Allah. Tepislah air mata tangis, kemana sahaja daei itu pergi dakwah itu akan sentiasa berjalan. Cuma keikhlasan..keikhlasan yang sentiasa dibolak-balikkan yang membuatkan ianya berjaya atau tidak.

Allahuakhbar!!!

Saya sisipkan trailer filem hebat ini;





MS Rizal,
Kuala Lumpur,
16 November 2008,

http://msrizal.blogspot.com/

2 comments:

Nurhidayah Jaafar November 17, 2008 at 10:16 AM  

saya baru menonton CD ini..pemberian seorang sahabat.

memang spirit! seperti mahu menontonnya 100 kali tanpa rasa jemu

smg semua pendakwah berusaha mencari spirit yg hilang

spirit itu tabiatnya kejap2 ada, kejap2 tiada, kejap2 naik, kejap2 turun. namun setiap orang punyai usaha mendapatkan spirit itu semula..

caranya..TARBIYYAH!

MS Rizal November 17, 2008 at 12:18 PM  

Ya, betul itu ustazah.

Memakai pendapat muktazilah yang menyatakan iman ini ada turun dan naiknya begitulah jua semangat dalam berdakwah ini.

Kita sering kali dihidangkan dengan kisah-kisah perjuangan para Daei dahulu yang membawanya bagi menaikkan semangat kita. Dan kisah Daei Ustaz Rahmat Abdullah ini adalah salah satu contoh inspirasi.

Tarbiyah itu ibarat tautan hati. Di dalamnya terpaut hati-hati orang yang cintakan Allah dan Rasulnya. Terima kasih untuk komen ini..

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP