Berfikir lebih daripada satu

>> Tuesday, November 4, 2008

Malam itu sunyi. Sunyi betul.
Tambahan pula Blok F, asrama SMTI bersebelahan dengan kubur cina. Bertambah sunyilah dibuatnya.
Semua orang sudah nyenyak tidur. Tinggallah saya berfikir dan merenung jauh ke hadapan. Memikirkan akan masa hadapan. Kemana mahu pergi selepas SPM dan apa course pilihan?

Salah satu bidang yang saya fikirkan adalah bidang arkeologi. Saya pasti, sukar untuk mencari pelajar di sekolah ini yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang ini. Sudah masuk sekolah teknik, ambil course engineeringlah! Tidak, saya tidaklah se'stereotaip' begitu.


Saya melangkahkan kaki ke sekolah ini selepas permohonan saya ke SBP tiada jawapan. PMR 7A 1C-BI dapat C, mana orang nak layan. Alasan saya masuk ke sekolah ini adalah untuk mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan(LK). Best apa LK. Makmalnya ada meja lipat-lipat!

Dan inilah subjek yang saya tiada masalah untuk membawanya selain Matematik Tambahan dan Sejarah. Subjek elektif lain kena basuh, push & pull barulah mahu berkilat.

Tetapi apakah kepentingan sejarah dengan matematik mahupun engineering?
Soalan ini mungkin telah menjadi mentera rasmi budak-budak engineering yang anti-sejarah. Alasannya mudah, di universiti bukan apply pun! Baguslah cakap besar macam itu, mereka ingat subjek ini diwujudkan untuk sia-sia. Akhirnya orang yang cakap sebegini ini terkial-kial nak masuk universti.

Saya berpendapat di antara matematik dan sejarah wujud satu kombinasi yang menarik. Teori yang membuatkan rakan-rakan pelik dengan saya. Sering, mereka menyangka bahawa sejarah itu adalah menghafal tarikh dan fakta. Kalau begitulah anggapannya maka tidak tercapailah bab yang paling awal kita belajar semasa tingkatan 1 dahulu. Belajar sejarah untuk mengenal jati diri sendiri.

Apa kaitan sejarah dan matematik? Matematik banyak melibatkan penggunaan otak kiri. Otak kanan pula lebih kepada menghafal. Bukankah seimbang jika kita dapat memaksimumkan penggunaan kedua-dua belah otak ini?

Sejarah itu menghafal dan matematik tidak!
Betul juga itu. Matematik tidak perlu menghafal, cuma perlu banyakkan praktis. Formula pun telah disediakan. Tetapi sebenarnya kita perlu sedar mengafal itu penting. Dan inilah sebenarnya ditekankan oleh ilmuwan dahulu. Seawal pembelajaran sudah dimulakan dengan hafalan Al-Quran. Selepas itu barulah mengusai bidang-bidang lain. Cuma, mungkin kita terikut-ikut sistem pembelajaran semester yang dipraktikkan oleh Amerika. Di mana untuk meminumkan hafalan, sebilangan subjek hanya dihadapi untuk 1 semester sahaja. Kemudian, lupakan dan hadapi sebilangan subjek untuk semester seterusnya pula. Rosak..rosak...rosak disiplin ilmu.

Keupayaan menggunakan otak kanan adalah anugerah. Dan saya mensyukuri nikmat yang diberi ini. Saya bukan sahaja menyukai sejarah, malah saya adalah peminat sastera dan falsafah. Tidak patut untuk saya mengecilkan minat dan keupayaan hanya di dalam bidang yang saya ceburi sahaja. Kenapa tidak saya cuba menjenguk keluar dari kotak itu dan mengintai bidang lain? Asalkan sahaja ianya berilmiah dan tidak sia-sia.


Saya sering berpesan kepada junior-junior yang mengambil bidang engineering. Jangan cuba jadikan diri sebagai enjin. Enjin itu tidak punya akal, hati dan perasaan. Enjin cuma tahu berkerja dan kemudiannya rosak. Terlampau menumpu pada bidang engineering tanpa mahu melibatkan diri dengan bidang lain mahupun persekitaran secara automatik menjadikan diri sebagai enjin. Sudahlah semasa belajar, belajar menjadi enjin. Sudah bekerja menjadi enjin pula. Patutlah ramai yang mengadu tiada kepuasan berkerja.

Eh, seronok tahu menjadi manusia! Manusia itu punya perasaan. Punya akal yang berfikir logik dan mantiknya.
Saya mengambil contoh ilmuwan Islam, Al-Khawrizmi. Al-Khawrizmi tidak sahaja mengusai matematik dengan hebatnya malah dia juga adalah pakar dan berpengetahuan luas di dalam bidang bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Kenapa saya menceritakan semua ini?
Sebab petang tadi, habis technical writing saya diconteng-conteng oleh supervisor. Cubaan saya memasukkan ayat-ayat berbunga dalam perenggan permulaan chapter 3 dibantah sekeras-kerasnya. Peringatan kepada saya bahawa ini adalah techinical writing bukannya menulis sastera. Terpaksalah saya ringankan jari-jemari untuk menulis semula. Fuh!




MS Rizal,
Kuala Lumpur,
4 Disember 2008,
http://msrizal.blogspot.com/

2 comments:

Nurhidayah Jaafar November 5, 2008 at 12:24 PM  

ana suka menghafal, tetapi ana kurang minat sejarah.Sejarah yang diajar di sekolah.

tetapi alangkah bagus, di sekolah ditekankan tentang sejarah Islam.

Sejarah yang dijadikan silibus sekarag banyak fakta-fakta yg telah dimanupulasikan oleh Barat, barat yang telah menjajah negara kita dan turut menjajah fikiran bangsa Melayu.

Buktinya, penemuan demi penemuan pakar ilmuwan dalam kajian mereka tentang sejarah seperti ada sedikit percanggahan dengan realiti yg berlaku.

sebab itulah kalau kita belajar sejarah masa sekolah dulu, kita akn jumpa nama-nama yang sebutannya telah dibaratkan walhal orang tu org melayu. Contohnya..ana lupa.

macammana pulak, student yang menghafal sejarah kerana terpaksa utk lulus periksa?

MS Rizal November 5, 2008 at 10:20 PM  

Silibus yang terdapat di dalam mata pelajaran sejarah semasa SPM dahulu memang menyediakan untuk orang hafal dan lulus periksa. Sebab itu banyak fakta yang bercanggah dan sejarah jadi tidak berfalsafah.
Ini semua untuk memudahkan...haha

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP