Filem kita berwajah mereka

>> Wednesday, May 13, 2009

Sepasang pipit yang terbang rendah, mengindahkan suasana di petang hari. Alhamdulillah, setelah 3 minggu lamanya cuaca kemarau yang merisaukan. Allah Taala mengurniakan hujan lebat yang melimpahkan rahmatNya. Sekaligus menghijaukan bumi ciptaanNya. Insaf benar dengan kesan Global Warming yang mengundang bencana.

Saya baru selesai menonton filem Lion of the Desert. Filem tahun 1981 arahan Moustapha Akkad yang memberi pengertian positif kepada dunia Islam. Baru kini saya berpeluang menontonnya. Kisah perjuangan Umar Mokhtar pendukung watak utama, ironinya bukan sekadar untuk negara Libya tetapi untuk umat Islam seluruhnya. Sejambak kekaguman saya tumpahkan ke atas kerajaan Libya yang sanggup menghabiskan puluhan juta dolar demi untuk menjayakan filem hebat lakonan mendiang Anthony Quinn ini.




Filem kita wajah kita



"Tujuan saya membuat filem bohsia ini adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat supaya jangan menjadi bohsia," lebih kurang begitulah ulasan pengarah Syamsul Yusuf di dalam salah sebuah akbar hiburan.

"Filem ini memaparkan realiti remaja-remaja zaman sekarang. Kadang-kadang itu, kalau kita tengok wataknya...Kita akan berasa, "Eh, ini macam akulah!" hujah gadis genit bernama Liyana Jasmay di dalam preview filem 'KAMI The Movie'.

Entahlah! Semakin lama, saya merasakan filem-filem kita sekarang seperti sebuah tin kosong. Tiada motif hanya sekadar untuk berhibur sahaja. Lalu dengan sengalnya filem ini di eksport keluar negara. Jika menang anugerah, menjadi kebanggan Negara pula. Ya Tuhan, sungguh jelek melihat manusia berserta kejahilannya.

Walhal, jika dilihat dari banyak segi. Kesan negatif lebih banyak daripada kesan positif. Unsur ikhtilat yang berleluasa. Berpaksikan nafsu lebih daripada akal. Lalu terbitlah alasan-alasan dangkal;

"Saya hendak paparkan realiti sebenar masyarakat."

Maaf, masyarakat sudah lama tahu. Cuma kali ini mereka ada peluang untuk lebih jelas meniru gaya dan aksi. Bukankah manusia ini berfitrah meniru? Realitinya kelompok sasaran bermasalah itu rasa dihargai. Lihatlah kepada filem 'Mat Rempit'. Mat Rempit mana yang tidak bangga menyaksikannya?



Kita tidak miskin karya



Saya fikir sudah masanya golongan dakwah memikirkan alternatif buat sogokan pemuda-pemudi yang cintakan agama ini. Jika PKS Indonesia berjaya membuat filem hebat seperti 'Sang Murobbi'. Mengapa parti atau kumpulan yang sama mengakui berideologi ikhwan di Malaysia tidak berupaya untuk membikin sebuah filem hebat seperti ini?

Jika hendak memaparkan realiti sebenar pejuang kemerdekaan, paparlah realiti pejuang-pejuang tanah air yang lebih indah dan berliku-liku jalan ceritanya. Serta lebih tragis daripada filem 'Hati Malaya'. Kisah hidup Burhanuddin al-Helmi, Syed Sheikh Al-Hadi, Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut dan sebagainya lebih banyak mendatangkan kesan pengajaran kepada masyarakat. Darah mereka panas mengalir kerana mempertahankan geluk maruah agama dan bangsa. Lidah patah berbicara, kerana basahnya zikir dan kalam Allah. Mereka mewah dengan nasihat, mereka menyeru kepada jihad.

Jika hendakkan kisah fantasi, saya fikir novel-novel fantasi Faisal Tehrani lebih mantap untuk difilemkan. Jika hendakkan superhero, ciptalah watak yang islami bukan meniru filem barat seperti halnya filem 'Cicakman' dan kartun 'Keluang Man'.

Saya tidak menyalahkan pembuat skrip seratus peratus jika mereka tidak tahu cara mengandaikan suasana sejarah untuk dibikin cerita. Kerana mereka belajar sejarah yang hanyalah sebuah jalan cerita tanpa terkandung sentimen falsafah dan zahir sebenar yang terkandung di dalamnya. Sememangnya saya sering berpendapat, sejarah perlu ditaksir semula.

Filem kita wajah kita, filem teruk kita pun turut sama merasa pedasnya. Suatu realiti yang perlu difikirkan bersama.




MS Rizal,
57000, Kuala Lumpur,
13 Mei 2009/18 JamadilAwal 1430H
http://msrizal.blogspot.com/

7 comments:

yop May 13, 2009 at 8:03 PM  

Jika PKS Indonesia berjaya membuat filem hebat seperti 'Sang Murobbi'. Mengapa parti atau kumpulan yang sama mengakui berideologi ikhwan di Malaysia tidak berupaya untuk membikin sebuah filem hebat seperti ini?

jawapan ana: tiada siapa yang mahu jadi pelakon utama.tapi klau pierre andre setuju,ok jugak kot..

apa pun,idea utk mengketengahkan isu perjuangan ialah idea yang baik.sebab tema ini universal..

MS Rizal May 13, 2009 at 9:03 PM  

Saya rasa ramai ikhwah yang hensem lagi kacak untuk memegang watak utama. Yop pun boleh juga apa?..hehe

Faridrashidi May 14, 2009 at 2:50 AM  

Salam,

Baru saya tahu pelakon Umar Mukhtar itu bukan seorang Islam.

Melihat kepada perkembangan filem tempatan, saya menyetujui pendapat kamu perihal tandusnya idea cerita yang dibawa. Pembawakan lebih kepada unsur hiburan melampau berdasarkan hujah dangkal memaparkan aktiviti masyarakat umum. Ohh, sudah tidak terpapar lagi kisah sebenarn dimata masyarakat. Cukuplah media memaparkannya.

Mengapa tidak mahu filemkan bagaimana penyelesaian masalah mereka. Bukan memaparkan aksi willy yang dikatakan hebat itu. Nahh..itulah kedangkalannya!

Anonymous May 14, 2009 at 4:26 AM  

Kalau ada filem Islami mcm tu di Malaysia, akan beramai-ramaikah sahabat-sahabat yang ikut usrah dan jaga 'thiqah', yang bertudung labuh dan berkopiah, akan pergi menonton di panggung wayang sebagai tanda sokongan?

Atau tonton depan komputer di Youtube atau tunggu keluar DVD (kalaupun nak membeli yang original)yang tak menyebabkan duit masuk ke poket penerbit lantas menjadikan penerbit rasa tak ada market, langsung tak berminat utk bikin lagi filem sebegitu?

MS Rizal May 14, 2009 at 4:53 AM  

Jangan terlalu bersikap pesimis Afni. Filem islami yang saya maksudkan tidak semestinya mensasarkan kepada golongan ustaz dan ustazah sahaja. Tetapi sasaran boleh juga ditujukan untuk tontonan umum keluarga.

Semuanya kembali kepada jalan cerita dan kebijaksanaan pengarah dan penerbit menyusun plotnya. Di Malaysia bukan tidak pernah membuat filem berunsur Islamik, antaranya 'Syukur 21'. Tetapi filem ini kurang mendapat sambutan kerana suasana masyarakat yang berada di dalam cerita ini bias kepada pihak ustaz dan ustazah sahaja.

Berunsur Islami tidak semestinya mesti seperti 'Syukur 21' itu. Tetapi boleh ditonjolkan dengan masyarakat yang penyayang dan muhibbah, anak-anak yang riang, bantu-membantu dan selitan filem yang sarat nasihat dan mendidik masyarakat. Dalam hal ini saya optimis kepada Indonesia yang lebih ke depan daripada kita dalam menghasilkan karya-karya berunsur islami, baik dari segi penerbitan buku-buku dakwahnya sehingga penerbita drama dan filem berunsur dakwah.

Anonymous May 14, 2009 at 6:43 AM  

You clearly don't get my point.

My point was this group of people are the one which keeps asking for such films to be produced in Malaysia.

Hence, I am asking: if such are produced, is these group of people, who said they are supporting such productions, will go out and watch to show their supports?

Bikin filem adalah kerja bisnes. If such genre won't give any profit, kalau sekali, mungkin OK, but to give it a go for the second time, the producers will probably give up.

I don't have any doubt that there are artists, enough scripts in Malaysia to produce such films, but will it make any profit?

Kalau saya buat filem ala-ala Sang Murabbi etc, dan tayangkan di pawagam, hoping for some economic return (so that I can feed my mouth and others), are you gonna bring all your anak usrah to watch that film, or wait until you can download it from internet or watch online.

It is the same case with nasheed songs etc, we love to listen to them, but we are so lazy to go and buy the original album to show appreciation to these munasheeds for their hard works. I label this hypocrite - you want others to do good for your benefits, but you are reluctant to give your token of appreciation.

whatever.

zahidzuhri May 15, 2009 at 3:11 PM  

mungkin kita kena produktif dalam menarik karyawan untuk FAHAM akan ISLAM sebenar seperti mana yang Rasulullah faham, agar suat hari nanti mereka boleh menghasilkan karya seperti Sang Murobbi sekaligus meluaskan lagi dakwah kepada masyarakat

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP