Gembirakan hatimu dengan mengubah persepsi

>> Friday, January 9, 2009

Lewat tengahari, telefon bimbit berbunyi. Di hujung talian, seorang sahabat mengadu masalah. Katanya dia tidak berjaya untuk melangsaikan hutang credit hoursnya dalam masa yang ditetapkan. Maksudnya dia terpaksa extend untuk satu semester lagi. Saya tahu, bukan kerana dia malas atau gagal di dalam peperiksaan. Tetapi kerana nikmat penyakit yang Allah berikan kepadanya sebagai wahana kafarah.

"Insyaallah, engkau akan nampak kebaikan juga di akhirnya," ujar saya.

Apa yang sedang difikirkannya? Mungkin dia akan berperang dengan persepsi sekeliling yang memandang. Abaikan, tiada makhluk yang berhak mengaku dia cerdik dan pandai. Semuanya datang dari Allah SWT.

Kisah di Damansara

Team technician Usrahlite mendapat panggilan daripada seorang Senior Engineer untuk menyelesaikan masalah pendawaian elektrik di rumahnya. Saya turut serta menemani abang Sani(Team Leader) untuk membantu. Rumah yang berkenaan terletak di kawasan perumahan mewah di Damansara.

Sesampainya di sana, saya melihat terdapatnya kesan kebakaran pada kotak fius DB rumah berkenaan. Saya bertanya kepadanya, apa sebenarnya yang terjadi?

Katanya, beberapa hari sebelumnya kotak fius DB berkenaan menghasilkan percikan api dan terbakar.
Lalu saya bertanya tindakan yang diambilnya?

"Saya simbah dengan air!"

Saya tergamam. Seorang Senior Engineer bertindak seperti itu...


Kisah di Sungai Siput


Saya menemani seorang rakan ke rumah keluarga angkatnya. Turut bersama, beberapa orang rakan dari Universiti yang berbeza. Kebiasaannya sesi taaruf akan bermula dengan bertukar-tukar soalan.

"Yang ini belajar kat mana?" ayah angkat rakan saya bertanya.

"Oh, saya jadi askar," ujar saya dalam keadaan malas nak menerangkan lebih-lebih, mengenangkan Universiti saya ini belum meluas lagi publistinya.

Nampak reaksi memandang rendah dari air muka si yang bertanya... Biarkan.
Saya selidik rupanya dia punya seorang anak yang sedang belajar di Canada. Huh, saya rasa raut muka pak cik itu pasti tidak sebegitu rupa jika dia mengetahui deretan A SPM saya pun mungkin lebih kurang sama seperti anaknya. Biarkan, dia dah menjamu saya sehingga kenyang. Saya tidak ambil hati disebabkan itu.

Ibrah

Persepsi manusia sering memerangkap seseorang untuk meninggi diri atau menjadi orang yang hilang keyakinan diri. Jika disingkap kembali tidak ada gunanya semua ini. Kerana ini adalah persepsi manusia, bukan penentuan persepsi yang Haq dari Maha Kuasa. Seseorang yang kita iktiraf pandai juga kadang kala akan membuat perkara bodoh. Lihat contohnya dengan kisah di Damansara.

Jangan berbangga secara membabi buta, kita tidak berhak untuk itu. Meninggi diri itu hadir bila kita melihat orang lain lebih hina dan teruk daripada kita. Rendah diri itu datang apabila melihat orang lain itu lebih mulia daripada kita. Mengapa perlu merendah diri? Kerana kita makhluk yang sama-sama mendapat nikmat daripada Allah Yang Maha Adil lagi Bijaksana.

Analoginya seperti kita mempunyai dua orang anak, satu bersekolah menengah dan satu sekolah rendah. Yang bersekolah rendah kita beri dia seringg
it kerana harga makanan di kantinnya murah. Satu lagi kita beri dua ringgit kerana harga makanan di kantinnya mahal. Tetapi alangkah peliknya, jika si anak tua berbangga dengan si muda bahawa dia mendapat lebih duit belanja. Walhal mungkin karipap di kantin si anak yang muda lebih sedap dan berisi lagi dari si tua.

Fikirkan dengan nikmat yang pelbagai yang Allah berikan kepada kita. Baru kita sedar bahawa semua orang adalah bertuah sebenarnya!

Bacakan kisah dari Surah Al-Kahfi di pagi hening Jumaat ini,

Dia berkata:" Kini tiba saatnya perpisahan antara aku dan kamu. Aku akan beritahu kepadamu mengenai maksud-maksud tindakanku yang tidak dapat kamu terima dengan sabar..."

Begitulah bicara seorang hamba diantara hamba-hamba Allah kepada Nabi Musa. Gunanya untuk menyedarkan Nabi Musa, bahawa soalan dari pertanyaan kaumnya perlu dijawab dengan tawaduk dan bijaksana.

Ketika ditanya, "Siapa paling pandai saat ini?"

Jawabnya, "Aim (saya)", tetapi bukankah seharusnya "Allahu Taala 'lam (Allah lebih mengetahui)". Segala pujian dan kepandaian dikembalikan kepada Allah Taala jua.

Sebelum menghabiskan sisa tinta, saya petik gambar dari buku '7 Habits..-Stephen R. Covey'


Siapa di dalam gambar ini? Seorang wanita muda bukan?
Sekarang cuba ubah persepsi anda. Sebenarnya ini gambar seorang wanita tua!



MS Rizal,
Kuala Lumpur,
09 Januari 2009,
1026H,
http://msrizal.blogspot.com/

3 comments:

Anonymous January 10, 2009 at 12:12 AM  

A nicely-written piece.

Yang penting yakin diri.

Allah tak menilai sebagaimana manusia menilai kita.

MS Rizal January 10, 2009 at 6:39 PM  

Betul Ustazah Afnizar,

Yakin diri!

Cuma masalahnya ianya tidak semudah kata-kata..Fuh!

-------

Terima Kasih kerana sudi memberi ulasan setelah sekian lama. Ingatkan dah tak nak singgah sini lagi.(",)

lelucon January 16, 2009 at 8:37 PM  

sdr Rizal, dlm gambar tu orang tua betul, orang muda pun betul. moralnya (oleh Dr Covey), jgn mudah memperkecilkan orang lain hnya dgn bergantung pd perpektif sendiri. kita kena belajr menghormati pendapat orang lain, spt kita menghormati pandangan kita sendiri. konsep sinergi :)

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP