Review Novel sikit.

>> Monday, July 7, 2008


Politik benar-benar simbol yang membebalkan.
Saya tak berhasrat untuk menulis politik. Saya nak beri komen pasal novel. Lari daripada kemelut politik membebalkan. Sekali-sekala novel perlu dibaca untuk membangunkan jiwa. Jiwa juga mahu berirama. Irama asyik pada Tuhan yang tak dapat dihidangkan oleh 'Geng Starz'(watak-watak buruk sebahagian manusia) di malam Isnin semalam.

Saya membeli novel 'Syabab Musafir Kasih' karangan Ustazah Fatimah Syarha (Akh Fadzil kenal kot?). Ini novel keduanya yang saya miliki selepas novel 'Tautan Hati'.
Apa ada pada novel? Hmm....Kisahnya begini;

'Syabab bangun dengan kental. Dia punya azam dan untung nasib yang amat baik. 2 faktor yang mungkin tiada di dunia realiti. Nor Mumtazah berjaya merubahnya. Bukan ubah main-main. Daripada budak hina kepada Ustaz berjaya. Cabaran besar kepada para daie sejati. Bisakah ini dirungkai?

Syabab budak kampung berjaya. Tanah terbiar berjaya diubah menjadi ladang subur. Subur dengan kelapa sawit baka amerika. Bukan itu sahaja menjadi penternak lembu berjaya. Bukan itu sahaja seorang direktor filem animasi. Bukan itu sahaja ustaz muda lepasan Universiti di Syria. Bukan itu sahaja berkahwin akhirnya dengan janda beranak 4 bernama Dr Nor Mumtazah.

Nor Mumtazah akhirnya menjadi pilihan Syabab. Umur mereka mungkin 16 tahun bezanya. Bukan main-main. Semasa Syabab berusia 13 tahun, Kak Zah baru balik dari Syria. Baru habis Master dan PHDnya. 6 Tahun di Syria+umur baru grade(dalam 23)=29. Maknanya, kalau Syabab kahwin umur 25, Kak Zah dah berumur 41. Bukan ini yang patut saya cerita.

Saya mencapai novel ini di saat futur mula menjelma. Alhamdulillah novel ini benar-benar membangun jiwa. Sajaknya tentang lelaki dan pemuda benar-benar membuatkan saya tercabar. Syabab adalah cerminan dunia realiti. Merungkai dirinya yang sering dilanda krisis identiti.'

Syabab...Syabab...
Huh..seperti biasa. Cerita ini akan dilekat di hati dan minda dalam dua tiga hari lagi, mungkin seminggu!

1 comments:

Ainey Nan July 18, 2008 at 12:41 PM  

assalamualaikum akhi.

maaf, saya tak habis baca post ni. memang betul peminat novel ye?

hehhehehehe...

mengapa tidak keluarkan tulisan sendiri? AMIN!! macam fatimah syarha, zaid akhtar, kang abik, dll. novel boleh jadi medium dakwah dan sesipapun tak boleh nafikan peranannya.

kalau 'ceramah' itu terbaik, mengapa ramai lagi yg terlalai, kalau tabligh itu terbaik, mengapa makin ramai yg menjauh. dakwah suatu yg subjektif.

macam saya pernam cakap d0lu2, nampak pelukis komik dakwah, jangan dilecehkan.. mungkin dan mungkin.. cara ini baik dan berkesan utk gol. budak2.. macam saya.. huhu.

:)

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP