Hilang Kasut di Masjid Jame'

>> Sunday, November 11, 2007


Kalau anda mahu bersolat di Masjid Jame', Kuala Lumpur maka simpanlah kasut
anda elok-elok.
Bukan apa, dikhuatiri hilang. Banyak pencuri kasut.
Alamat ada yang balik berkaki ayam nanti.

Suatu hari saya dan rakan-rakan mengadakan usrah di Msjid Jame'.
Ini adalah 'port' biasa kami mengadakan usrah.
Masanya lepas Zuhur sehingga Solat Asar.
Pasal kasut jangan risau, kami baik dengan Siak Masjid.

Dia selalu menawarkan untuk menyimpan kasut dan barang-barang kami.
Tapi, seorang sahabat saya tidak memberikan kasutnya kepada Siak ni.
Kerana dirinya beranggapan kasutnya murah je. Takde orang akan curi.

Seusai sahaja usrah dan solat Asar, ternyata jangkaannya meleset.
Kasutnya hilang.
Mujurlah dia seorang yang periang, redho jelah dengan kasutnya yang hilang.
Lalu dia pun pinjam selipar wakaf masjid dari Siak ni.



Tapi, rupa-rupanya ada seorang Jemaah sedang mencari-cari kasutnya.
Lingkungan umur dalam 50-60 tahun. Saya dan rakan-rakan menegur;
"Kenapa Pak Cik? Kasut hilang ke?"
"Kasut saya pun hilang juga Pak Cik", sampuk kawan saya yang kehilangan kasut
ni sambil tercari-cari juga kasutnya.

Pak Cik ni pun mengomel tanda marah dengan pencuri kasut ni.

Tapi ada satu ayat yang meluncur dari mulutnya yang membuatkan kami
tergamam, berbunyi lebih kurang;
" Tulah kasut aku pun hilang, korang jangan undi kerajaan. Kasut aku pun boleh hilang".

Kami diam lalu berpandangan sesama sendiri, tapi tidak membalas demi menjaga
hati.
Mata aku menyorot pak cik yang hilang kasut ni berlalu pergi sambil kakinya
sudah bersarung selipar wakaf masjid.

Dalam hati aku bermonolog;
"Apa kena mengena hilang kasut dengan Kerajaan?"

Moga Allah merahmati kita bersama Pak Cik.......

6 comments:

Anonymous November 12, 2007 at 7:54 PM  

Saya rasa, mungkin pak cik tu beranggapan, jika hudud dijalankan pasti tiada kegiatan curi-mencuri nie.
Saya pandang saranan pak cik ni secara halus.

Anonymous November 12, 2007 at 8:01 PM  

Hmm...saya pun berfikiran begitu, tapi............
hmm..malas lah nak komen tentang kejadian ni panjang2...

aria ayumi November 13, 2007 at 5:38 PM  

pakcik tu nak carik alasan je tuh. huhu.

btw, kat masjid2 besar mmg selalu ade yg nak curik2 kasut. tambah2 klw kasut2 dan selipar2 yg berlonggok kat satu tempat. lagi la org rabun mata nak memilih. huhu

MS Rizal November 13, 2007 at 11:37 PM  

Saya nak membawa entry ni bahawa ramai sebenarnya yang masih tidak terang fikrah perjuangan politiknya.
Hatta kerajaan PAS memerintah pun belum tentu kasut dia takkan hilang.

Kalau kita baca kisah zaman Daulah Islamiyyah-hukum hudud dijalankan tetapi masih ada lagi yang merompak...

Anonymous November 22, 2007 at 1:14 AM  

haa'ah...bila 1st time baca,betul laa..apa kaitan kasut dengan kerajaan?

tapi bila teringat kata-kata seorang sahabat kepada UMar RA ketika menjawat khalifah

"kalau kaki kuda tergelincir di Iraq pun,anta akan dipersoalkan"

bleh ker camtu?(ada kaitan tak?) huhuhuh

btw,nice blog.teruskan menulis.pesan as-syafie,ikatlah ilmu dengan menulisnya.

MS Rizal November 22, 2007 at 9:36 AM  

Terima kasih Yop.(Naqib usrah saya)
Ya, saya tahu dan pernah dengar akan kebimbangan Umar Al-Khattab akan perkara ini.
Malahan khalifah bani Umaiyyah Umar Ibnu Abd AZiz juga sangat mengambil berat walaupun perkara yang nampak remeh, sehinggakan kambing pun boleh berbaik-baik dengan serigala.
Sampai begitu keadilannya.
Tetapi, dalam pemerintahan sekarang..perkara yang besar pun pemerintah gagal tidak melaksanakan.
Janganlah mengharapkan perkara kecil ni pemerintah akan ambil tahu.

Terima kasih kerana beri komen.

Post a Comment

Saya amat berbesar hati jika anda dapat meninggalkan jejak anda di sini. Saya amat sensitif dengan bahasa SMS, kalau boleh kurangkanlah ya... Terima Kasih kerana sudi membaca...

Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP