Senyuman dari mulut yang baik

>> Thursday, May 29, 2008


Mulakan hari dengan senyuman keindahan dan penuh kesyukuran kepada Allah Azzawajjala.
Jagalah akhlak diri kerana ianya cerminan nilaian mata manusia.
Bermula dengan menjaga mulut yang banyak akibatnya.

Kerana lidah itu mencerminkan hati..
Lidah seorang yang bijak berada di belakang hatinya namun lidah pendusta berada di depan hatinya.

Bukankah orang lama, sering berkata.
Sebab pulut santan binasa.....
Continue Reading...

Read more...

Arah yang dicari

>> Tuesday, May 27, 2008



Sering saya mendengar dan melihat, orang-orang yang agak 'kureng' penghayatan agamanya berkata bahawa dia akan bertaubat bila sudah menjelang tua.
Bagus, sekurang-kurangnya masih punya iman dan harapan akhirat.

Kita ambil jalan singkat, jika impian itu ditunaikan Allah SWT. Namun apakah nilai taubat yang mahu diintripasikannya? Penghayatan Islam bagaimanakah yang mahu diambilnya?

Salah tanggapanlah bahawa melaksanakan Islam adalah dengan bersolat sampai dahi lebam, memakai jubah, pakai serban, jalan tunduk, bercakap slow, mengasingkan diri daripada dunia dan apa-apa jelah.
Oh, mereka menganggap apabila mereka telah penat dengan dunia, buang dunia jauh-jauh mereka telah kembali kepada amal Islami? Nak jadi Zuhud?

Apakah itu zuhud sebenarnya?

Saya tidak layak untuk mempertikaikan siapa itu Rabiatul Adawiyyah, seorang sufi yang diagung-agungkan sesetengah orang. Juga saya tidak layak untuk mempertikaikan golongan akhli abid yang menyibukkan diri mereka di masjid sehingga apabila Tentera Monggol menyerang Baghdad pada era Abassiyyah mereka tidak keluar untuk berjihad.

Sepanjang perjalanan dalam kehidupan ini kita jangan lupa dan alpa.
Bahawa sejarah banyak mengajar kita, tentang kebobrokan dunia. Serta kebodohan dan sikap sambil lewa kita.

Bukan sinis. Tetapi hakikat.
Melihat kariah-kariah yang berkopiah putih menyedut satu persatu asap rokok di tepi pintu.
Hal yang dibincangkan bukan kecil. Hal umat.

Kesal, kasihan, geleng kepala; "Ish..ish..apa la nak jadi.", "Astaghfiurllah..teruk betul."

Kesalkan diri sendiri dahulu.
Muhammad Ahmad ar-Rashid mengatakan kitalah golongan ibadah yang bermain-main.
Tidak tahu apa itu tariqul amal dalam mengubati masyarakat.
Takut memikul beban dakwah kerana dihalang rasa takut dan tamak.

Bukan tidak khatam Al-Quran. Bukan tidak lengkap solat. Tetapi masih punya takut akibat dakwah ini.
Akhirnya dianggapnya agama ini hanya perkara fardu ain sahaja.
Walhal tidakkah dia tahu bahawa sesetengah hukum fardu kifayah bertukar menjadi fardu ain apabila sampai masa-masanya. Hukum berubah mengikut keutamaan(Fiqh awwliyyat)

Lihatlah..Lihatlah..
Lihatlah Abdullah ibnu al-Mubarak membantah rakannya al-Fudhail bin 'Iyadh(meninggal pada 187H) kerana mengasingkan diri dari ke Mekah untuk beribadah dan meninggalkan jihad. Sedangkan al-Fudhail adalah ahli hadis yang thiqah.
Apabila balik dari peperangan, debu dibadan pun masih belum hilang, lantas beliau berutus surat menyindir sahabatnya itu.

Manakan sama, air mata ahli abid yang mengalir dengan darah para syuhada.
Manakan sama, wangian ahli abid dengan debu dan pasir pejuang jihad.

Sungguh sesiapa yang mengatakan Islam itu adalah ibadah ritual semata-mata ia telah menyamakan agama ini rahib-rahib yahudi dan nasrani.

Orang yang tidak faham zuhudlah yang akan memencilkan diri dari kaum kafir dan fasik.
Sedangkan orang yang faham sentiasa mencari-cari di mana kafir dan fasik.

Pohon-pohon segar itu telah bangun,
Bangun mencari keredhaan tuhannya,
Alangkah ajaibnya,
Setiap kali mereka dicantas, ianya tumbuh kembali,
Malah semakin banyak dan bercambah,
Begitulah urusan umat,
Akan ada yang membelanya sehingga ke hari kiamat.

Continue Reading...

Read more...

Siasah Melayu atas kepentingan sejagat



Muktahir ini lantang sungguh beberapa 'orang-orang' Melayu melaungkan kesatuan dan perpaduan Melayu.
Pelik lagi menghairankan, mereka menaja penyatuan bangsa di atas nama bangsa Malaysia.,tetapi akhirnya masih lagi menimbulkan isu lapoknya, 'penyatuan Melayu!'.

Persoalannya apakah Melayu itu tidak bersatu?
Perlukah apa yang dinamakan kesatuan Melayu dari kaca mata satu pihak sahaja?

Melayu pasca Merdeka, amatlah berbeza sebelum Merdeka.
Ya, kebanyakan orang Melayu khususnya di Bandar tidak lagi takut untuk berkawan dengan Cina dan India. Perasaan sintimen perkauman meskipun ada lagi tetapi makin menipis hanyalah dibina atas dasar dengki dan hasad hasil kebodohan dan kemalasan diri.

Adalah malang, apabila laungan ini hanya menambahkan perasaan dengki kita kepada kaum cina. Dan perasaan sinis kaum Cina kepada kaum Melayu.
Sungguh di atas nama perkaumanlah negara-negara arab itu hancur, hina dan tidak lagi dipandang tinggi oleh rata-rata manusia.
Walhal mereka adalah terdiri dari negeri yang kaya hasil minyaknya.
Di atas nama Bangsalah kaum Yahudi itu sesat dan dihinakan Allah Taala.

Saya menentang sesiapa sahaja yang menganggu gugat kesucian Islam. Tetapi adakah saya perlu berdiam jika orang yang mengugat itu adalah orang Melayu juga? Adakah perlu saya berjabat dan meraikan Rasul Melayu atas nama dia itu orang Melayu. Ataupun sama-sama mara ke hadapan bersama ayah Pin memperjuangkan nasib bangsa.

Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah mewujudkan tembok cina besar kita dan bangsa lain di Malaysia.
Sebenarnya apa yang berlaku adalah hasil kealpaan dan sikap ambil mudah kita.
Dan mungkin sebab ini menyebabkan pulau Batu Putih yang bukan sahaja menajdi hak milik Singapura tetapi beberapa kilometer perairannya menjadi hak Singapura arakiannya.

Lihatlah kebodohan (kalau boleh saya katakan) sesetengah orang yang menyalahkan sejarah. Kedatangan orang India dan Cina ke Tanah Melayu dianggap sebagai pencerobohan dan pencemaran kedaulatan Melayu.
Eh, tanyakan diri balik, sejak bila Allah Taala haramkan bumi Madinah dan Makkah itu dijejaki orang bukan Arab?
Tidakkah mereka memandang kedatangan mereka ke Tanah Melayu dapat digunakan orang Melayu itu menyebarkan dakwah Islamnya.
Namun selepas beberapa dekad amatlah sedikit mereka ini menganuti Islam malah makin menebal pula rasa curiga dan penentangan kepada Islam atas pemerhatian kepada tingkah layu dan akhlak Melayu yang mereka sangkakan adalah cukup Islamnya.

Sudahlah jelek, apabila imej budaya Melayu itu ditonjolkan dengan tarian-tarian atas jenama kebudayaan. Mana yang Melayunya saya tidak tahu.

Pada saya, isu lapok jangan diulang. Sungguh ia membosankan, khususnya kepada pemikir muda pasca merdeka.
Kami bukan orang kampung yang boleh disuap lalu dicucuk hidungnya. Tetapi kami adalah orang sentiasa memikirkan nasib umat sejagat.
Cubalah memikirkan perjuangan di atas langkahan sejagat. Jika di atas nama bangsa ianya hanya membuncitkan perut sahaja.
Jika telah habis nilai-nilai keMelayuan kepada orang Melayu apalagi yang hendak diperjuangkan melainkan mengibarkan bendera yang penciptanya pun mungkin telah meninggal dunia.

Tajdid!!!!

Continue Reading...

Read more...

Training Officer

>> Friday, May 23, 2008


Menonton cerita Akademi Polis di TV 9 banyak membuatkan saya dan rakan-rakan tersenyum.

Saya bukanlah si peminat TV, melainkan musim cuti semester ini sahaja masa yang ada untuk meluangkan masa menonton.

Mungkin ada rakan-rakan yang mencebik bibir, apa yang ditonjolkan dalam cerita itu hanyalah tapisan sahaja.
Tetapi saya tidak tahulah pasal polis, bagaimana bentuk latihannya berbanding tentera.

Pengalaman yang pahit saya buang jauh-jauh.
Hendak mengatakan yang latihan saya terima adalah teruk dan penuh tekanan, 'orang dahulu' akan ungkit yang mereka lebih teruk.

Saya menyentuh bahagian atas kepala saya, ada kesan benjolan kekal di situ.
Pastinya ia bukan kesan push up 50 seperti ditonjolkan dalam cerita Akademi Polis.

Tetapi fikir-fikir balik, apalah sangat yang saya terima ini berbanding penderitaan orang Islam lain.
Penderitaan golongan syahid. Penderitaan tahanan penjara Israel-Amerika.

Semuanya ini jauh lebih teruk.

Kepada rakan-rakan yang nak pergi Latihan Ketenteraan Perkhidmatan Tunggal(LKPT), sayonara diucapkan.
Buat latihan elok-elok.
Continue Reading...

Read more...

Hakikat nikmat

>> Saturday, May 17, 2008

Sekeliling berkata-kata; Apa yang telah terjadi kepada dunia?

Tsunami,Taufan Nargis, Gempa bumi, banjir dan berbagai lagi.
Malah jika diputar dalam lingkungan tahun 2007 hingga 2008 ini, bukan sedikit bencana yang turun.

Satu pihak lagi, tidak habis-habis memuji Malaysia. Syukur dipaculkan dari mulutnya. Entah apa itu erti syukur padanya ? Semoga Allah tunjukkan jalan.

Malaysia
dilihatnya bertuah, tidak kena bencana sebegitu.
Tidak berperang, selamat, aman, makmur dan maju ekonomi.
Rakyat berbilang kaum boleh hidup secara harmoni dan tenteram.

Bukankah begitu yang para pemimpin dan rakyat Malaysia selalu laung dan banggakan?

Bangsa Quraisy yang mendapat nikmat

Jika disingkap Surah Quraisy, ianya diturunkan khusus kepada kaum Quraisy.
Allah memperingatkan kepada mereka nikmat-nikmat yang telah diberi.
Pemergian untuk berdagang di waktu panas ke Syam dan waktu sejuk ke Yaman adalah satu kelebihan kepada mereka.

Mereka memegang kunci Kaabah. Bahkan lebih pada itu, mereka memegang kunci perdagangan di tanah Hijjaz. Rahmat mata air hentakan tumit anak kecil bernama Ismail juga dibawah kendalian mereka.

Maka melihatkan kepada nikmat ini, sudah sepatutnya mereka menyembah Allah Azzawajalla tanpa kompromi lagi.
Mereka sudah diberi nikmat, nikmat di mana tidak ada pada orang arab lainnya.
Mereka disuruh menyembah penjaga rumah suci itu.
Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.
Tidak padankah suruhan ini?

Bandingkanlah bangsa Quraisy ini dengan kita.
Jika kita medabik dada di atas segala nikmat kedamaian dan kemakmuran, adakah tidak layak lagi untuk kita menyembah tuhan alam ini?

Mengerjakan suruhannya,menjaga amanah., menyampaikan Islam.
Hairan sudah 50 tahun merdeka, Islam masih lagi menjadi kesangsian orang bukan Islam.
Malah saya pernah membaca pengalaman saudara baru dimana bapanya rela anak-anaknya memeluk apa sahaja agama melainkan Islam.
DAP rela keluar daripada Barisan Alternatif atas rasa PAS adalah parti Taliban dan radikal Islam.

Sungguh kita masih belum menyampaikan amanah ini.

Tanyakan pada diri dan pemerintah.

Sudah rasa selamat dan aman?

Sudah rasa kenyang dan selasa?

Justeru bukankah masa ini sesuai untuk menjalankan syariat Allah. Ketetapan hukumnya. Undang-undang Islamnya. Membudayakan Al-Quran dan As-Sunnah. Bertegas dalam ekonomi. Juga dalam bertegas menongkah sebaran fitnah dan maksiat.

Jika dikatakan negara Islam Arab sana tidak melaksanakannya lagi.
Adilkah jika mahu membandingkan negara kita dengan negara Arab yang sering ditimpa bencana dan pergolakan peperangan?

Jika dikatakan masa ini bukan sesuai, maka bermakna bohonglah apa yang dicanangkan selama ini.

Jika dikatakan masa sesuai, tetapi berat hati dan iman untuk melaksanakan.
Maka hendaklah mereka berfikir sejenak, adakah kesengsaraan dunia yang lebih perit selain nikmat yang ditarik balik?

an-nahl 112-113.bmp

112.Dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezkinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi (penduduk)nya mengingkari nikmat-nikmat Allah; karena itu Allah merasakan kepada mereka pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang selalu mereka perbuat.

113. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka seorang rasul dari mereka sendiri, tetapi mereka mendustakannya; karena itu mereka dimusnahkan azab dan mereka adalah orang-orang yang zalim.

Continue Reading...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP