Lupanisme

>> Tuesday, May 13, 2008

Saya geram...
Penyakit lupa saya menjadi-jadi.
Saya sering lupa perkara yang singkat dan pantas.
Contohnya apabila meletakkan kunci di mana-mana tempat secara spontan. Saya akan terkial-kial mencari kunci itu kembali selang beberapa minit kemudian.
Masalah yang membelenggu diri ini membuatkan saya berfikir sejenak.

'LUPA'
Kalau sudah namanya manusia. Penyakit lupa bukan perkara luar biasa.
Malah Abu Hurairah sendiri pernah mengadu kepada Rasulullah SAW akan hal hadis yang diterimanya tetapi dia sering lupa.
Imam Shafie mengadu kepada gurunya Waqi' bahawa dia ditimpa penyakit lupa.
Lalu Waqi' mengungkap kata-kata masyhur;

"Ilmu itu adalah cahaya daripada Allah dan cahaya Allah tidak akan menyinari hati orang yang berbuat maksiat."

Al-Quran banyak menyingkap kisah lupa ini.
Bagaimana pembantu Nabi Musa as lupa untuk menerangkan kepada Nabi Musa as bahawa ikan yang menjadi tanda sudah melompat ke laut.
Nabi Adam as lupa akan janjinya dengan Allah SWT.

Lupa adalah ujian.
Lupa adalah senjata syaitan.

Tetapi,
Lupa juga adalah nikmat.
Lupa juga merupakan tanda kasih sayang tuhan.

Tetapi yang pastinya lupa itu bukan sifat Allah Azzawajjala.

Cuba fikirkan, bukankah nikmat namanya apabila kehilangan, kematian, kegagalan, dendam dan kekalahan dinafikan oleh 'LUPA.
Mungkin ramai manusia itu bukan lagi bernama manusia apabila segala faktor di atas tidak dapat dikalahkan oleh lupa.
Mereka dirundung kemurungan, putus asa dan tiada kegembiraan lagi untuk hidup.

Tetapi jika lupa dalam perkara kebaikan?

Mungkin hati dan amalan kita perlu diperiksa.
Mungkin ada yang tak kena dengannya.


Continue Reading...

Read more...

Kita adalah penyair

>> Thursday, May 8, 2008



"Aku nampak kau ni seorang budak Sains yang nak bertukar kepada Sastera." Ujar seorang sahabat kepada saya.

Saya hanya mampu tersenyum dan tertawa.

"Sastera itu ada di dalam setiap diri manusia."

Apabila Tuhanku berkata kepada ku;
"Tidak malukah kamu menderhakaiku?
Kamu sembunyikan dosa daripada makhlukku,
Sedangkan kamu datang kepadaku, bergelumang dengan maksiat?"

Apabila sahabat Imam Ahmad membacakan puisi ini, maka Imam Ahmad lalu menuju ke rumah dan menangis sambil mengulang-ulang bait-bait puisi ini.

Syair bisa meruntun jiwa manusia.
Siapa mahu menafikannya?

Mahu menafikan bahwa syair adalah bahasa yang menggetarkan jiwa?
Mahu menafikan bahawa dengannya matlamat mudah dijelaskan?
Lihatlah berapa banyak yang benar itu dibenar dan dikuatkan oleh syair.
Lihatlah juga berapa banyak yang dusta itu dibenarkan juga melalui syair.

Untaian syair mengungkap madah gemilang dan menaikkan semangat.
Suhail menaikkan semangat pahlawan kafir Quraisy menentang Nabi Allah dengan untaian syair.
Abdullah bin Rawahah memujuk kaum muslimin berperang sehingga syahid dengan untaian syair.
Malah Abdullah bin Rawahah memujuk dirinya dengan kalimat syair juga.

Tetapi malangnya ada sebahagian buku Islami yang meninggalkan hakikat ini.
Ya, jika dikatakan bukan semua buku boleh disyairkan.
Tetapi, bagaimana buku yang ringan-ringan?
Jujur saya katakan, saya agak berat untuk menghabiskan buku-buku Islami yang di dalamya berkontekskan mantiq, logik, prosa dan fakta sahaja.

Jika mahu belajar daripada sejarah,
Lihatlah kepada Ibnu Taimiyyah yang terkesan dengan hakikat ini.
Ahli Bid'ah dan pendokong Jahiliyyah menyebarkan fahaman mereka melaui syair di zamannya.
Malah Ibnu Taimiyyah dan anak muridnya ditentang dan diserang melalui syair juga.

Muhamad Iqbal seorang penyair terkenal merungkai:

"Ternyata logik yang kuat daripada Ibnu Taimiyyah memberi kesan dan pengaruh di kalanga umat ini.
Tetapi logik sahaja tidak cukup untuk menghadapi kata-kata bidalah yang bidaah dan pengaruhnya."

Zaman ini?
Apa kurangnya?
Lagu-lagu lagho diminati, penyanyinya dipuja, dijadikan idola.

Sedarlah hakikat dakwah ini wahai para Murobbi.
Bersyairlah kerana kita sebenarnya adalah penyair.

Continue Reading...

Read more...

Peringatan buat diri yang sering lupa


Sahabat ramai yang berkecil hati,
Apabila pesanannya dikatakan leteran,
Habis apa yang mahu dilakukan,
membiarkan kemungkaran beraja di mata?

Jalan-jalan dakwah itu tidak terbentang dengan karpet merah.
Ianya sukar dicapai untuk kita yang sentiasa ambil mudah,
Langkah itu berstrategi dan berhikmah.


Sedarlah bahawa sesungguhnya seluruh umat dan jemaah dihitung dengan amalan-amalannya semasa hidup.
Kerana itulah Al-Quran banyak menyebut kisah-kisah kaum terdahulu dan menyuruh kita meneliti pengalaman umat-umat terdahulu dan sekarang supaya kita mengambil iktibar daripadanya.

Wahai saudara-saudara yang budiman dan soleh!
Wahai ahli zuhud dan ahli Ibadah!

Dihadapanmu terbentang bahaya kanun Rabbani yang menggerunkan sekiranya kamu membisu seribu bahasa.
Janganlah kamu diperdaya oleh kezuhudanmu dan solatmu,

Sampaikanlah kebenaran, suruhlah manusia membuat kebaikan,
dan laranglah mereka dari kemungkaran dan kejahatan.
Kalau tidak.... Tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan.

Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.(Al-A'raf,165)
Continue Reading...

Read more...

Islam itu bukan Keropok!

>> Tuesday, May 6, 2008


Apabila Dr Mohd Asri menulis tentang penjelasan penggunaan nama Allah di dalam Bible, saya sudah agak beliau pasti memperkatakannya.
Inilah yang beliau pegang selama saya menghadiri kuliah-kuliahnya(baru 2 kali yang lainnya rakaman).
Izinkan saya menambah.

Agama Islam itu bukan keropok.

Keropok. Sifatnya rangup nampak enak, digigit dan senang dilumatkan.
Keropok. Biasanya dimakan waktu-waktu enak dan santai.
Ditinggalkan pada waktu kenyang.

Agama Islam itu bukanlah senang untuk dipatah-patahkan.
Kenapa? Kenapa untuk menukar nama Allah di dalam Bible semua orang jadi carca merba?
Kenapa tak berpemikiran terbuka? Hai...Kata dah majukan?

Kita ada asas tauhid yang jelas.
Ianya dibina daripada tiga iaitu Tauhid Rubbubiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma' Wassifat.
Saya tidak mahu menjelaskan lebih lanjut berkenaan 3 asas tauhid di sini. Bagi yang berusrah. Sudah pasti tahu. Bagi yang tidak, enjin carian Google @ Alwahy mungkin boleh membantu anda,

Apabila orang kafir Quraisyh datang kepada Nabi SAW menawarkan tawaran yang pelbagai termasuk harta, wanita dan pangkat ditolak,orang Kafir Quraiysh buntu.
Apa lagi yang mahu ditawar?
Hmm...Apa kata kau menyembah agama kami setahun,dan kami menyembah agama kamu setahun?
Tawar mereka kepada Nabi SAW.

Lalu turunlah surah Al-Kafirun bagi menjelaskan kepada orang Kafir pendirian Nabi SAW.

Ayatnya nampak berulang. Tetapi sedarlah mereka ada ketegasan di situ. Bukan sekadar tidak mahu, malah tidak akan! Tidak akan berlaku!

Surah Al-Kaafirun adalah surah yang selalu dibaca oleh Nabi Muhammad SAW sebelum tidurnya dan solat-solat sunatnya seperti solat sunat fajar dan witir.
Surah ini ada kekuatan dari segi tauhidnya. Tidak untuk mengiktiraf agama mereka. Tetapi sebagai kata dua untuk ugutan Tauhid.

Jika ditanya kepada orang-orang bukan Islam,siapakah Allah? Mereka akan menjawab itu adalah tuhan.
Jangan gentar agama Islam itu bukan keropok hanya sekadar pengakuan ini sahaja.

Terfikirkah kita bahawa situasi ini mengembalikan sama seperti zaman Nabi SAW dimana orang-orang kafir Quraisy mengenali Allah sebagai tuhan. Malah jika dilihat di dalm sirah, bagaimana Abu Jahal berdoa supaya Allah menghancurkan Nabi Muhammad SAW.

Bukankah adanya ruang untuk kita menjelaskan kepada mereka siapa itu Allah? Atau lebih relakan kita untuk mendengar tuhan disembah itu bukan bernama Allah?

Agama itu bukan keropoklah..La Tahzan..


Continue Reading...

Read more...

Politik, corat-coret.

>> Friday, May 2, 2008



"Apa pendapat kau tentang keadaan politik Malaysia sekarang?" Tanya seorang rakan kepada saya.

Saya tersenyum. "Ha..ha..Tak tahulah."

"Bagi aku apa yang berlaku sekarang mengelirukan." Sambung saya.

"Macam mana pulak tu?"

"Sudah tentulah aku mahu negara ini menjadi negara Islam. Menjalankan undang-undang Islam. Bermuamalat dengan urusan Islam. Segala segi mengikut sunnah dan Al-Quran. Tetapi macam dah salah jalan je."

Keliru tak dengan pendapat saya?

Saya. Siasah kena berprinsip.
Apa-apapun kita lakukan janganlah ikut taksub.Ya, betul jalan ini bermatlamatkan Islam tetapi tidak semua yang dilakukan kita hanya sokong dan bela. Kelak urusan ini akan binasa.

Apa yang dilaungkan oleh Haji Hadi Awang supaya orang UMNO menyertai pakatan rakyat adalah tepat. Tetapi pelik ada juga kalangan ahli Pas yang tak setuju. Kenapa ye?

Sebenarnya saya lebih sukakan sebuah parti Islam itu berganding bahu dengan parti Nasionalis. Berbanding parti Islam berganding dengan parti Sosialis.Walaupun Nasionalis dan Sosialis dua-duanya haprak tak boleh pakai. Tapi Nasionalis mempunyai kelebihan sedikit.

Kebanyakan para Nasionalis adalah Melayu dan Islam. Hala tuju perjuangan mereka adalah tertumpu kearah itu. Apa yang berlaku sekarang hanyalah silap pemimpin mereka. Bukan matlamat parti.Nak kata kat orang UMNO tak Islamik. Saya lihat orang-orang UMNO kat kampung-kampung lebih Islamik. Jadi Imam bagus. Anak-anak berjaya. Senang dibawa berbincang dan bekerjasama. Bukan ahli PAS je yang Islamik tau.

Keadaan di Perak.Saya bersyukur apabila PAS menerajui tampok pemerintahan Perak.Kemungkinan agenda keIslaman terbela. Namun adakah ianya dapat dipacu selaju mungkin.Apa saya lihat mungkin agak lembap. Kuliah agama makin banyak. Tetapi si pendengarnya orang yang sama juga.
Muda-mudi?Masih seperti dahulu. Malah mungkin rasa best sikit kot. Apabila tempat hiburan yang dikelolakan oleh orang Cina makin rancak juga beroperasi.

Ikutilah pemikiran politik Nik Aziz. Alangkah hebatnya dia apabila dahulu pernah mengatakan PAS akan dibubarkan jika UMNO mahu meneruskan agenda Islam. Jauh daripada semangat kepartian bukan?

Sosialis..Sosialis..
Saya berfikir, apakah yang Anwar Ibrahim akan buat bila menerajui kerajaan kelak?
PAS amat mengharapkan Anwar memimpin mengikut fikrah Islam. Sedangkan DAP pula mahu Anwar memimpin mengikut fikrah sekular.

Tunggu dan lihatlah...
Fikir-fikir balik kan bagus apa yang diimpikan oleh Hizbut Tahrir dimakbulkan Allah SWT...
Hah, jangan tuduh saya Hizbut Tahrir pulak!

p/s: Saya rasa artikel ini masih bersifat neutral.
Continue Reading...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP