
Lihat nun jauh di sana, burung-burung terbang riang...
Dush!!!
Satu daripadanya terlanggar dinding kaca.
Tidak khusyuk rawatib saya dibuatnya memikirkan lawak spontan rakan saya seusai solat zuhur berjemaah di salah sebuah masjid di Selangor. Bagaimana dia boleh terlanggar dinding kaca, tergelak pak cik-pak cik yang sedang sibuk bersalam-salaman.
Jangan tersilap percaturan di dalam mengatur langkah. Jalan itu mungkin terang lagi bersuluh, tetapi mungkin ada halangan yang mengintai di luar pengetahuan kita. Kita merancang, Allah yang menentukan...
Semester terakhir ini masih berbaki 5 minggu, selamatkah daku???
MS Rizal,
Kuala Lumpur,
3 Mac 2009/17 Rabiulawal 1430H
http://msrizal.blogspot.com/
'pintu kaca' - perumpamaan yg menarik utk jd pedoman hidup supaya sentiasa berhati2.terima kasih. :)
ReplyDeletelaluan yg sememangnya kelihatn jelas hakikatnya penuh najis di lantai..kdg2 ap yg kita pilih x semestinya kita dapat..tapi Alhamdulillah..setakat ini laluan hidup sya dipermudahi oleh Allah..
ReplyDelete0-------bomoh pelesit(tdm)-----------