Seminar Al-Quran Penjana Kemajuan Sains & Teknologi

>> Sunday, January 27, 2008

Seminar Al-Quran Penjana Kemajuan Sains & Teknologi

Anjuran

Dengan Kerjasama

Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama pihak Karangkraf Sdn Bhd, dengan Majalah I sebagai majalah rasmi bagi seminar ini.


Tarikh & masa : Sabtu, 23 Februari 2008 bermula 0800H higga 1800H


Tempat : Dewan Bestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kem Sg Besi, 57000 Kuala Lumpur


Yuran : RM20 untuk pelajar dan RM23 untuk bukan pelajar


Ahli Panel :

a. Dr Jamnul Azhar Mulkan - Mukjizat Sains Dalam Al-Quran.

b. Prof Dr Mohd Yusof Hj Othman - Sains & Teknologi Dari Perspektif Islam.

c. Dr Danial Zainal Abidin -Al-Quran Membina Minda Saintifik.


Pembayaran :


1) Bank in di Bank Islam;

No Akaun: 1401 4010 0587 85

Nama Akaun: Surau Jumaat Al-Jazari


2) Bank in di CIMB;

No Akaun: 0203-1333440-52-7

Nama Akaun: Erwin Zulkarnain b Idris


* Sila sms @ emel butir-butir pembayaran sejurus selepas pembayaran dibuat kepada no telefon @ emel urusetia.

Bagi yang mahu menggunakan perkhidmaran sms sila taip SMRjarakNAMAjarakNO MYKADjarakBANK,TARIKH & MASA PEMBAYARAN.

*Bawa sekali resit pembayaran pada hari seminar sebagai bukti pembayaran.


Urusetia :


a. 012-4747453 (Zul)

b. 012-4094408 (Hafizul)

c. 017-2904193 (Syafiq)


Emel : ezias86@hotmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau seminarupnm@hotmail.com


*Kenderaan transit akan disediakan bagi peserta yang menaiki pengangkutan awam dari Stesen LRT Tasik Selatan ke tempat seminar.

Bagi peserta dikalangan pelajar, sila sertakan salinan kad matriks anda pada hari pendaftaran ataupun anda boleh emelkan kepada kami untuk pengesahan.


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20/2/2008

Bayaran merangkumi kertas kerja dan makan


SILA KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN

Borang pendaftaran hendaklah di fax ke nombor 03-9056 5911 atau boleh diemailkan kepada ezias86@hotmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau seminarupnm@hotmail.com


atau

SILA KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)


Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Penyertaan hanya akan diterima setelah pembayaran dibuat.

Continue Reading...

Read more...

sepinggan maaruf berlaukkan mungkar

>> Friday, January 25, 2008


'Hidup Susah Mati Pun Susah'..
Slogan ini aku biasa dengar daripada orang yang mengeluh.
Kehidupan yang sentiasa dirundung susah. Ditimpa malang. Dijenguk payah.
Soalnya, apakah individu itu sahaja yang merasa dirinya susah.?
Fikir kita, adakah ada orang di dunia yang tidak ditimpa payah?
Atau adakah jalan untuk merasa senang di dunia?

Sungguh tiada individu seperti itu di dunia.
Tiada individu yang merasa senang dengan keselesaan dunia.
Dunia bukanlah tempat sebegitu untuk hamba Allah.
Dan pada jalan dakwah, apabila jalan ini terasa senang maka ada sesuatu tak kena dengannya.

Terkadang timbul perasaan selesa dalam diri dalam membawa agama ini.
Fikir-fikir dengan hanya mendengar, membaca dan melakukan apa sahaja yang berkaitan Fadhail Amal terasa diri sudah mampu masuk syurga.
Melakukan solat, berpuasa dan menunaikan amal ibadah sudah mampu masuk syurga.

Teringat kata-kata Al-Muslim Al-Khawani;
"Pendakwah yang tidak ditentang kerana dakwahnya maknanya dia bukan berdakwah pada jalan Allah."

Ingatlah diri dengan amaran Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 214.

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?
Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah,
sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. "

Ya, Islam itu bukan hanya terletak pada perkara yang maaruf sahaja.
Bukan tertegak hanya dengan mendirikan solat sahaja.
Tetapi Islam ini bermula dengan peringatan!
Peringatan akan ancaman Allah SWT kepada manusia yang tidak mentauhidkannya.
Ajakan kepada Islam dengan menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah kepada yang mungkar.

Sebab itu wahyu yang kedua diutus kepada Nabi SAW adalah menyuruh baginda bangun daripada selimut dan memberikan peringatan.

"Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan! "
Surah Al Muddatstsir ayat 1 dan 2.

Allah SWT tidak memerintah supaya Nabi SAW bangun lalu memberikan berita kebaikan.
Tetapi Allah SWT menyuruh Nabi SAW bangun untuk memberikan peringatan!

Oleh itu, tidak layaklah diri ini digelar Daei dengan hanya mengajak orang kepada kebaikan.
Tetapi meninggalkan terus peringatan mungkar!
Sesungguhnya memberi peringatan adalah kerja berat. Tak seberat mengajak orang kepada kebaikan.
Kerja yang benar-benar
memberikan cabaran. Kerja yang telah diamanahkan kepada Nabi-Nabi dan Rasul terdahulu.
Berapa ramai orang yang dibakar hanya kerananya?
Berapa ramai pula orang yang dihumban ke dalam minyak panas menggelegak hanya kerananya.
Dan berapa ramai pula orang yang digergaji di kepala hanya kerananya.
Para-para Nabi,Rasul dan Sahabat telah membuktikannya melalui pengorbanan harta, masa, keluarga dan darah.

Sungguh telah sesatlah diri ini daripada jalan dakwah jika hanya mengajak kepada yang maaruf. Dalam masa yang sama membiarkan yang mungkar berlaku.

Lihatlah kepada kalimah Lailahaillah..
Perkataan La'(tidak), membawa erti yang kita perlu menolak segala pengabadian, segala sembahan, segala kepercayaan, segala Tuhan. Kecuali! Kepada Allah!
Ya, Islam bermula dengan pembasmian.
Tiada campur aduk antara jahat dan baik dalam Islam. Runtuhlah masyarakat Islam jika hanya yang ada di dalamnya orang yang mengajak kepada kebaikan, tidak mencegah kepada mungkar.

Lihatlah pada peristiwa Fathul Makkah. Bukankah perkara pertama yang Nabi SAW lakukan adalah membuang segala patung berhala di dalam dan di luar Kaabah? Selepas itu barulah Bilal melaungkan azan. Bukankah ini juga bukti Islam ini tertegak dengan pembasmian yang mungkar dahulu? Kemudian barulah mengajak orang ramai ke arah kebaikan.

Oleh itu kepada sesiapa yang mendakwa kita hanya perlu mengajak kepada orang kepada kebaikan kerana dengan ini sahaja mereka akan menolak kejahatan sebenarnya telah menolak apa yang terkandung di dalam Al-Quran.



...(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.

Al Hajj. Ayat 41.

So, berjemaahlah.. Tapi ketuk-ketuklah pintu bilik member yang tak solat lagi tu.
Bergelak ketawalah, tapi jangan lupa ingatkan mereka tentang kematiaan.
Berpada-padalah dengan Ikhtilat selagi tiada keperluan penting.
Laranglah daripada orang menipu dan berkata-kata kesat.
Wahai diri, bangun dan cegahlah kemungkaran!
Continue Reading...

Read more...

Sindrom Tahi Unta

>> Thursday, January 24, 2008

Aku dah kena penyakit ni.
Penyakit Sindrom Tahi Unta.
Panas sementara, lama-lama kering tak bermaya.

Pak Cik Zul (JIM) ada kata; normal sifat ni.
Bercakap bergegar-gegar, at last semua dah lupa.

Sindrom Tahi Unta menyerangku disegala sudut.
Permulaan mid sem adalah waktu sindrom ini berleluasa.
Awal-awal sem.? Wah hebat azam anta berganda-ganda.
Awal tahun hijrah? Sampai tak cukup kertas tulisan anta berbunga-bunga.

Aku diserang Sindrom ini pada prestasi hafazan ku.
Dah 2 minggu berturut-turut aku tak tambah surah dalam kepala keras ku ini.
Tak boleh jadi, aku perlu start secepat mungkin.

Tadi.. Aku hampir-hampir tertidur masa kuliah MikroPemproses.. Nasib baik

Ahmad Bema kasi cuit rusuk aku..

Ini diriku? Bagaimana dengan manhaj Islam.
Usah lihat pada Manhaj besar. Lihat pada skop kecil.
Aku jadi kecewa apabila program usrah di Masjid Jame' tidak pernah dapat 'full

srength'. Ada sahaja masalahnya.
Malah program usrah ku di dalam pun sama.
Wah, hebat betul Sindrom Tahi Unta ini melanda.
Kalau kena kat emas agak-agaknya emas pun boleh karat.

Aku perlu lakukan sesuatu....Ada sesiapa nak tolong aku?
Continue Reading...

Read more...

Secangkir Tazkirah buat diri..




Handset aku dah buat masalah.
Kerap sangat terpadamnya. Macam minta ditukar baru.
Tapi sorilah selagi boleh guna, aku guna.

Di tangan ku ini tergenggam handset model Nokia 3100.
Aku beli by hand daripada kawan aku seawal bulan jun 2005.
Aku ada sifat yang aku sendiri amat kagum.
Aku tak rasa dengki dengan harta orang lain.
Tapi aku dengki dengan kejayaan orang lain. Lain makna tu.

Apabila kawan-kawan aku beli handset baru.
Aku meraikannya. Yelah, orang suka kita pun sukakanlah.
Tapi tak bermakna aku suka aku nak.
Sebab belum tentu perkara yang aku nak menjanjikan kebahagiaan.
Dan aku kena beringat yang tempat yang aku nak, semua boleh dapat hanyalah di Syurga.

Kadang-kadang aku aku jadi jelek dan meluat apabila
berada dikalangan rakan-rakan yang suka sembang bab harta.
Daripada sebesar-besar kejadian sampailah sekecil ciptaan manusia itu dikaguminya.

"Wow, kereta evo!"

"Waa, handset ko mahal ni! Bak sini tengok."

" Ducati..Ducati tu..."

"Fuiyyo..Laptop kau.."

Juga rakan-rakan yang semangat bercakap bab bola.

"Terer gila si Ronaldo tu."

"Aku dah kata dah Man U pasti menang."

Apakah aku tak ternafsu dengan semua itu?
Sungguh aku pun manusia biasa. Punya hawa nafsu.
Punya keinginan. Jika ditabur di depan mata, mungkin aku pun gelojoh merebutnya sama.
Juga diajak melihat bola. Kadang-kadang aku tengok sama.
Tetapi berpada-padalah!
Pujilah tapi jangan melebih!
Sanjunglah tapi jangan melampau!
Kaedahnya mudah, melampau merosakkan sistem.
Jika antum letak sabun berlebih-lebih dalam mesin basuh, lama-kelamaan boleh rosak mesin basuh tu tau...
Melampau pada perkara yang bukan hak? Dirisaukan merosakkan iman.

Tapi alhamdulillah. Aku boleh elak semua itu selagi mana aku berada di kalangan kariah masjid.
Menghabiskan hampir seluruh keperluan percakapan hanya untuk perkara berguna.
Lebih baik aku mengenali jenis-jenis kitab hadis dan tafsir daripada aku sibuk mengejar jenis-jenis handset yang keluar di pasaran.
Lebih baik aku kagum mendongak langit melihat awan ciptaan tuhan daripada melihat sekali imbas kereta mewah yang menyusur di pertengahan jalan.
Lebih baik aku menangis dan ketawa mendengar dan mendendangkan kisah Nabi SAW dan sahabah daripada aku sibuk duk membelek majalah bola untuk menggilai pemain-pemain sensasi zaman kini.

Dunia tak lama Syeikh!
Sebagaimana mustahilnya antum nak bina rumah kediaman di atas amukan ombak
lautan mengganas. Begitulah mustahilnya harapan antum nak bina kehidupan kekal di dunia ini.

Sufyan Ath-Tasuri meriwayatkan bahawa Nabi Isa as berkata:
"Tidak dapat tegak (bertemu) cinta dunia dan cinta akhirat dalam hati seorang mukmin sebagaimana air dan api tidak dapat tinggal dalam satu bejana."

Continue Reading...

Read more...

Dimanakah letaknya butang merah itu?


Perkara yang aku takuti menimpa diri adalah kealpaan tanpa sedar.
Tiada petunjuk untuk menunjuk.
Tiada papan arah untuk mengarah.
Akhirnya aku tiada butang merah untuk ditekan ketika kecemasan.

Aku melawat rakan-rakanku di sel sementara.
Mereka ditahan reman kerana dituduh mencuri.
Mereka melakukan perkara curi ini dengan menggunakan slogan;
'Mencuri daripada pencuri'.

Soalnya siapakah pencuri itu?
Aku agak sedih, ditengah-tengah ketidaktenteraman mereka,
masih ada lagi yang mempertahankan hujah dangkal;
"Aku bukan mencuri, aku ambik hak aku. Lepas tu aku ambil banyak bukan aku makan sorang je, aku kasi orang lain."

Lalu pantas aku menjawab;"Dosa telah berlaku apabila hati ini tidak tenteram dengan
perkara tersebut dan diri ini rasa resah gelisah dek kerana perbuatan tersebut.
Merayau pukul 2 pagi senyap-senyap tak nak orang lain tengok. Perbuatan berpahalakah itu?"

Difikirkan balik, adakah benar hak mereka telah dirampas?
Atau mereka telah merampas hak orang lain?

Aku sekadar mahu menasihat dan mententeramkan mereka.
Aku pandang walau apapun hukuman yang mereka jalani.
Itu sebenarnya adalah tanda Allah kasih kepada mereka.
Allah telah membuka pintu lembayung rahmatNya kepada mereka.
Jalan-jalan taubat itu luas. Dan ianya boleh dimasuki daripada pelbagai pintu.
Mungkin ini adalah salah satu pintunya.

Buat yang terselamat. Tidak semestinya selamat sekarang kalian akan
selamat selama-lamaya.
Celaka akan menimpa kalian jika kalian masih lagi alpa dan tidak sedar.

Bermuhasabahlah. Insafi diri dan perbuatan.
Disitulah terdapatnya butang merah itu!

Umar ra telah berkata;

"Lakukan muhasabah terhadap diri sendiri sebelum orang lain melakukannya terhadap diri anda, timbanglah dirimu sebelum orang lain menimbangnya, dan hiaslah diri anda untuk hari penampilan yang luar biasa."
Continue Reading...

Read more...

ku susuri jalan itu...

>> Wednesday, January 23, 2008



"aku bukanlah orang baik
tetapi aku mahu jadi baik...
melakukan kebaikan supaya
orang lain dapat manfaat..
jika aku tak mampu..
janganlah kiranya aku buat kejahatan..
atau kejahatan dalam kebaikan..

orang baik selalu menyusuri jalan berliku..
dan aku risau aku tak tergolong
dalam golongan itu..
golongan yang tabah walaupun
ditimpa bermacam-macam dugaan..

andai aku belum bersedia untuk
mengajak orang jadi baik..
biarlah aku diam..
ku akui aku lemah namun tak
selama-lamanya aku ingin jadi lemah..

oleh kerana itu aku berharap
sangat-sangat aku akan jadi kuat..
jadi kuat untuk buat kebaikan..
agar orang lain dapat keuntungan..
bahawa hakikat akhirat itu lebih
manis dan indah...

dengan itu aku berusaha...
aku yakin aku tak akan dikecewa..
kerana janji Allah pasti terlaksana..."

-msrizal-


"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
surah Muhammad(ayat 7)



Continue Reading...

Read more...

Bervariasi dalam jemaah

>> Monday, January 21, 2008



Apabila memperkatakan tentang kedudukan dunia Islam, ramailah yang bangkit dan mengemukakan pendapat.
Tak terkecuali aku?
Aku cuma duduk dan dengar sahaja.
Jaga hati kawan, menyampaikan sedikit apa yang aku tahu.
Tapi takdelah sampai aku nak buat-buat tahu.

"Ish, aku geram betul dengan Bush tu."

"Kesian umat Islam kat Palestin."

"Umat Islam kat Iraq."

Ya, sekurang-kurangnya aku lega sedikit.
Masih tinggal sensitiviti di kalangan umat Islam ini.
Hatta, jika seseorang itu tidak solat, banyak fasiknya.. Tetapi atas nama Islam sahaja mereka masih punya sensitivitinya.

Manakan tidak, nafikanlah apa jua. Manusia sentiasa menginginkan jemaah.
Buat apa pun nak berjemaah.
Nak jadi follower kena ada jemaah.
Nak jadi pemimpin pun kena ada jemaah.
Nak main bola dalam jemaah.
Gotong Royong pun berjemaah.
Malah di dalam jemaahlah semangat bersatu itu dilaungkan.

Dan umat Islam itu sama ada dia solat atau tidak, hisap rokok atau tidak, kaki maksiat atau tidak dia masih mengaku yang dia masih dalam kelompok lingkungan Islam.
Masih mahu merayakan AidilFitri.
Masih mahu jasad mereka apabila mati dikebumikan secara Islam.
Masih ada gentar kepada balasan tuhan.
Pendek kata seteruk mana manusia bernama Islam kita sebenarnya masih lagi menginginkan lindungan kelompok Masyarakat Islam.

Setiap manusia mempunyai naluri ingin berpuak-puak, ada pengaruh dan ada kekuatan sendiri. Agak malang apabila semangat ini disalirkan ke tempat lain. Ke JSM(Jemaah Songsang Malaysia). Lalu wujudlah JSM yang tidak punya ideologi jelas.
Mencedok segala-galanya atas nama memberontak.

Kamilah Jemaah Punk Malaysia.
Kamilah Jemaah Rempit Malaysia.
Kamilah Jemaah Hip Hop Malaysia.
etc...

Agak malang, mereka menyalurkan semangat berjemaah ini ke tempat lain.
Sedangkan Jemaah yang ditubuhkan atas nama Islam dan Dakwah amat memerlukan mereka ini.
Tidaklah ahli Jemaah hanya dihuni oleh golongan 'ustaz dan ustazah' sahaja.
Jemaah ini memerlukan sesorang yang ganas. Berbadan tegap. Ala-ala Rockers, Petah berkata-kata.
Wanita yang ala-ala tomboy dan lelaki yang agak-agak lembut.
Semua ini perlu kita tarik dan garap menjadi ramuan yang utuh lagi berviarasi demi kepentingan dakwah.


Kita lihat ais kacang. Apakah dengan meletak Ais dan Kacang sahaja ianya sudah sedap?
Masih juga dicampur air gula. Masih juga perlu perwarna.
Jadi mengapa dibiarkan Jemaah dihuni oleh orang yang nampak berpewatakan Islam sahaja.
Dan berpewatakan Islam bukanlah hanya dipandang pada orang berkopiah putih sahaja, wanita bertudung labuh sahaja.
Tetapi semua pihak yang ada potensi dalam memantapkan Jemaah itu.
Tidak kiralah kaki samseng jalanankah, wanita tidak bertudung, lelaki berseluar 'steng' etc...

Kerana kita perlu sedar yang kita ini asalnya daripada tanah.
Dan hakikat tanah itu bersatu daripada pelbagai unsur pasir, batu dan lumpur.


Continue Reading...

Read more...

Sekolah ku-hanya kenangan silam

>> Sunday, January 20, 2008








Aku tiba-tiba teringatkan sekolah.
Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash Ipoh.
Best ke sekolah ini?
Entahlah, aku tak menilai bestnya pada keindahan, atau kekurangan.
Tapi.....
Ku tahu aku temui 'booster' itu..
Melonjokkan aku kehadapan.


Di sini aku belajar mengenali teman.
Belajar berteman bukan untuk dibuat lawan.

Aku hanya teringat, tapi aku kena beringat.
Bukan semua masa silam itu menjadi pengajaran memandu masa hadapan.

Surau An-Nur, adakah nur Allah lahir di hatiku di sini?



Hostel, kenakalanku mungkin berakhir di sini


Bengkel Elektrik, dulu aku pernah bencikan tempat ini.


Blok yang terselit kelasku, impian dan angan-angan bukan sekadar mimpi...


Dewan Sekolah, sekurang-kurangnya bukan semua aktiviti aku ambik tak endah..




Astaka, terkadang tempat prep petang ku


Ex_class mate-Kejayaan bukan diukur pada kertas periksa.



Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...
(
mungkin ada tertanya-tanya apa kena mengena lirik ni dengan sekolah ku?)
Continue Reading...

Read more...

Selamat Tinggal AAN?

>> Thursday, January 17, 2008


Aku bukanlah orang terlayak untuk mengulas.
Juga bukan diminta untuk mengulas.
Tapi, aku tetap mahu mengulas..aku sedih.

(Ketika menaip ni aku tengah menghayati alunan piona David Lanz berjudul Return to My Heart)

Sudah agak lama aku tidak berkunjung ke laman web Al-Ahkam.net.
Tapi kerana agak lama juga inilah yang membawa kepada perpisahan selama-lamanya(mungkin)..
Umum jejari ini mendapat isyarat daripada otak bahawa jika online je.. Buka dulu 3 laman web ini..

1.SaifulIslam
2.Zaharuddin.net
3.msrizal.blogspot.

Tetapi semalam, selepas puas menendang dan menerajang bola futsal di waktu petang hari, aku membelek-belek SaifulIslam.. Satu artikel yang menggemparkan diriku.. Al-Ahkam.net telah ditutup!

Sejarah Al-Ahkam bagi diriku adalah pada tahun 2005 aku telah diserang dasar kekaguman kepada tokoh agama yang telah menjadi Mufti Perlis sekarang.
Ceramah pertama yang aku tonton(senior aku buat tayangan) adalah ulasan beliau berkenaan hadis palsu. Disusuli pula oleh Debat Astora dan Dr Asri.
Kemudian muncullah pula isu Wahabbi.
Ketika itu ramai orang bertanyakan pada aku apa itu Wahabbi.
Lalu merangkak-rangkaklah budak surau yang tak berapa nak tau ni mencari sumber.

Alhamdulillah, ada rakan menyuluh fikrah. Dicanangkan kepada ku laman web Al-Ahkam.net.

"Ko bukalah laman tu... Anak Zainul Abidin tu pun ada." Rakanku memberi saranan.

Bermula dari itulah aku menjadi pengunjung setia laman web ini.
Aku daftarkan diri. Cuba berdiskusi dan bertanyakan soalan.
Aku guna nick name 'ghulam' .. Sememangnya aku masih 'budak' lagi dalam berilmiah.

Al-Ahkam.net bagiku adalah penerang fikrah. Memperkenalkan aku pada kitab-kitab.
Pada ustaz-ustaz kotemporeri.
Tapi lama kelamaan aku sedar ada satu kekosongan dalam diriku. Dalamanku!
Kebanyakan forum di dalam Al-Ahkam.net yang bertitle kontroversi membawa diriku kepada sifat suka berdebat atas nama ilmu.
Juga terkadang berburuk sangka kepada jemaah lain yang bertitlekan Tabligh dan Tarekat.
Entahlah ini pasti kesilapan diriku sendiri!

Hasilnya aku membawa diri ini ke laman web Saiful Islam. Cuba memahami fikrah Ustaz Hasrizal. Juga kewujudan laman blog ini adalah selepas aku tertarik dengan cara pembawakan Ustaz Hasrizal di dalam blognya.
Lantas aku jadikan beliau mentor dalam diam.
Dan aku jadi gembira apabila beliau pernah melawat laman blog ku ini.

Walaubagaimanapun, aku masih sayangkan Al-Ahkam.net.
Nyata kedukaanku ini dikongsi bersama oleh ramai anak-anak muda yang cintakan ilmu pengetahuan.
Tidak keterlaluan untuk aku katakan, Al-Ahkam.net menjadi Universiti tak rasmi bagi anak-anak muda yang baru atau sudah lama mendapat kesedaran Islam.

Apa-apapun Syukran Jazilan. Jazakallahhu Khairan kathira...buat semua moderator Al-Ahkam.net...

(Artikel berakhir dengan alunan piano oleh Eric Tingstad berjudul Madrona-semuanya beralun sedih tapi macam ada sinar di hujungnya.)
Continue Reading...

Read more...

Wahai pemilik mulut!

>> Wednesday, January 16, 2008



Mulut Longkang!
Inilah yang perlu aku labelkan kepada sesiapa yang mempunyai mulut yang tidak bayar insuran.
Mana tidaknya bibir cukup pemurah untuk melepaskan kata-kata kesat dan mencarut.
Kata-kata kesat bukan perkara luar biasa untuk di-iramakan.

Wah, mungkin mereka fikir seluruh alam meredhoi.

"Berkata-kata kesatlah, tiada siapa akan terasa!"

"Mencarutlah, kitakan dah kawan lama!"

Habis mana pergi akhlakmu sebagai muslim?
Tak malukah bergelar muslim, tapi tak pernah menunjukkan bunga-bunga muslim.

Bunga-bunga muslim?
Apa tu?


Yelah, bunga-bunga muslimlah yang menunjukkan tertunjangnya dirimu dengan akar yang baik. Menumbuhkan batang pokok yang kuat. Dahan-dahan dan ranting-ranting yang teguh tidak patah. Serta daun-daunan segar penarik peribadimu...

Cakap apa ni Syeikh?? Tak faham lah...


Sedarlah, Agamamu bertunjangkan akidah sebagai akarnya. Lalu kau semai ia dengan berbatangkan amal ibadahmu. Dari situ tumbuhnya cabang-cabang ranting hasil ibadah sunatmu. Ianya mula memutikkan dedaunan Taqarrub kepada ilahi. Dan hasilnya, masyaAllah..Akhlak muslim!

Tak pentingkah akhlak muslim ni?
Penting..

Kalau tak, takdelah Nabi SAW bersabda;

'Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.' (Al-Muwathok)

Untuk mulut-mulut longkang!
Sedarlah perangaimu itu bukan sifat Nabi SAW.
Tidak disukai Allah SWT.

Firman Allah dalam surah An-Nisa' 148;


Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Continue Reading...

Read more...

Mati katak vs Mati Syahid?

>> Sunday, January 6, 2008


"Nak jadi askar, jadilah askar yang taat kepada Allah dan Rasul." Seorang pak cik memberi nasihat kepada aku.

"Jangan mimpi nak mati syahid jika diri banyak terbabit dengan maksiat. Kalau mati dalam perang sedangkan diri masih bermaksiat itu mati katak namanya, bukan mati syahid." Dia menambah.

Subhanallah, tersentuh sekali mendengar nasihat pak cik ni.
Ya, kelemahan tentera Islam sekarang bukan disebabkan jumlah kita yang sedikit.
Bukan juga disebabkan peralatan perang kita yang kurang canggih.
Tapi atas kerana maksiat yang berleluasa di kalangan umat Islam.

Lihatlah surat yang dihantar Khalifah Umar Al-Khattab pada Sa'ad bin Abi Waqqas, ketua turus tentera ketika itu yang sedang daalm operasi jihadnya;

Sesungguhnya aku memerintahkan kepada kamu wahai Saad! Dan juga mereka yang bersama-sama kamu supaya bertaqwa keapda Allah s.w.t. dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya bertaqwa keapda Allah s.w.t adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sekuat-kuat tipu daya dalam peperengan. Aku memerintahkan kepada kamu dan mereka yang bersama kamu supaya lebih menjauhi maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti dari musuh-musuh Islam.

Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan dari Allah s.w.t. disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada kekuatan bagi orang Islam.
Jumlah bilangan tentera kita jika mahu dibandingkan dengan pihak mushu adalah terlalu kecil. Begitu jugalah dengan persiapan serta kelengkapan pertahanan kita jika hendak dibandingkan dengan pihak musuh. Kita tidak sekuat mereka. Maka, jika amalan serta tingkah laku kita sama dengan pihak musuh dalam melakukan maksiat , nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi pihak musuh.


Jika kita tidak mendapat pertolongan dari Allah s.w.t. ke atas musuh-musuh ini, sudah pasti kita tidak akan dapat menanndingi kehebatan mereka. Ketahuilah!!! Bersama kalian ada malaikat yang menjaga keselamatan dan mereka adalah wakil dari kerajaan Allah s.w.t
Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan maka hendaklah kamu merasa malu terhadap apa yang ingin kamu lakukan dan janganlah kamu berkata, "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina dari kita, mereka tidak akan mengusai kita meskipun kita sama-sama melakukan kejahatan." Kemungkinan kaum yang mengusai mereka adalah lebih jahat daripada mereka, seperti pengusaan ke atas Bani Israel apabila mereka mengetahui kemurkaan Allah kafarah kepada majusi.


Firman Allah SWT yang maksudnya;


"
Maka apabila sampai masa janji(membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua(kederhakaan) itu. Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang gagah dan admat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau(membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku."

Continue Reading...

Read more...

Kasut kotor...

>> Saturday, January 5, 2008


Aku belek-belek kasut sukan aku hari ni.

"Habis penuh lumpur!"

Semalam.
Aku main hoki kat padang, masa tengah bawa bola boleh terpijak lumpur.
Tergelincir pula. Aku tak pakai kasut turf masa tu. Pakai kasut jogging je.
Memang padanlah kalau terjatuh.

Aku tonyoh....
Tonyoh....
Ikut hati, nak sumbat je dalam mesin basuh.Tapi takut jahanam pula mesin basuh tu.

"Susah juga nak tanggal kesan lumpur ni..."

Hmm..Aku berfikir sejenak.
Senang betul kalau nak bagi kotor pakaian.
Tapi nak cuci dan kembali bersihkan seperti sediakala memang sukar.
Aku fikir tentang buat dosa.
Ye lah, nak buat maksiat, nak buat benda lagho, nak buat dosa.. Senang je.
Tapi, nak cuci dosa..
Subhanallah..Tidak tenteram rasanya hati.
Diburu rasa bersalah yang bertalu-talu.
Risau,bimbang, takut-takut Allah tak maafkan dosa.
Takut-takut Allah tarik hidayah ini.

Kalau kat rumah masa kecil-kecil dahulu, balik petang-petang habis baju comot.
Walaupun mak berleter, mak tetap basuh baju tu.
Sental elok-elok. Sidai sampai kering. Lipat cantik-cantik.
Akhirnya kembali bersih seperti sediakala.
Mulia betul mak. Pengasihnya mak.

Macam tulah aku nak kaitkan kita dengann Allah Taala.
Jika mak yang melahirkan kita mempunyai tahap kasih yang luar biasa.
Bandingkan Allah Taala yang menciptakan kita,menjadikan kita dan mak kita, mustahil rasa kasih ini tiada langsung. Sedangkan Allah itu Maha Pengasih.

Aku memperingatkan diri.
Allah itu At-tawabb.
Maha penerima Taubat.

"Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Asy Syuura,25.

"Ya Allah,Tiada Tuhan Selain Engkau! Sesungguhnya aku termasuk orang yang zalim.!"
Continue Reading...

Read more...

Solat Maghrib, jangan sia-siakannya...

>> Friday, January 4, 2008



Kadang-kadang aku merenung kembali persekitaran sekeliling pelajar-pelajar Universiti ku.
Mungkin aku terlalu baik sangka.
Menyangka bahawa semua makhluk Islam yang telah dewasa di sini, tahu
menunaikan tanggungjawab Islam mereka yang sebenar.
Kadang-kadang aku hairan. Semuanya berkelayakan untuk menjadi pemimpin di sini.
Tetapi, pemimpin bagaimanakah yang mereka mahu jadi?

Pemimpin yang disukai Pegawai atasan tetapi dibenci orang bawahankah?
Pemimpin yang hanya mengikut segala tradisi yang ada di tempat kerja merekakah?
Aku rasa tidak cukup. Mungkin akan berjaya, tetapi gagal mengimbang antara keduanya.
Gagal mengimbang antara Tempat Kerja dan Keluarga.
Gagal mengimbang antara Jasmani dan Rohani.
Gagal mengimbang antara Amanah Allah dan Arahan Boss.

Adakalanya aku tidak beri'tikaf di masjid di antara selang waktu Maghrib dan Isyak.
Langkah ku menuju ke bilik.
Bawah blok ku ada Kafe. Aku lihat lebih ramai mereka yang 'beriktikaf' antara
sela waktu Maghrib dan Isyak di sini.
Ada pula yang masih berbaju sukan. Masih berseluar pendek baru lepas main
bola. Sudah tentu aku tidak boleh bersangka baik bahawa si folan itu telah solat Maghrib.
Kalau masuk Maghrib pukul 7.15. Maka tidak menjadi kehairanan bagi
mereka jika tidak menunaikan solat Maghrib walaupun jam sudah menunjukkan
pukul 8.00pm.

Apakah definisi sebenar solat kepada mereka?
Sebagai amalan tradisikah?
Boleh dikerjakan dalam keadaan malas?
Boleh ditangguh-tangguh waktu sehingga hujung waktukah?
Dikerjakan atas dasar malu kepada rakan-rakankah?
Kalau begitu tidaklah sampai motif solat itu.
Sebagaimana yang diingini oleh para Salafussoleh,
Tujuannya untuk mendapat khusyuk dalam solat.
Dari khusyuklah baru lahirnya berkat lain hasil daripada solat.
Membuahkan pahala, memurahkan rezeki, mencemerlangkan diri,
menghidarkan maksiat dll.

Hairan adakah mereka tidak tahu waktu akhir solat Maghrib?
Seminit 2 sebelum Isyakkah?
Tak tahu?
Kalau tak tahu, bagaimana boleh berani solat di akhir waktu?


Solat Maghrib adalah solat ketika terbenamnya Matahari.
Waktunya amat singkat.
Ada pendapat yang menyatakan selagi ada cahaya merah di kaki langit.
Waktunya sekitar 35 minit sahaja. Atau mungkin lebih pendek daripada itu.
Selagi tidak hilang cahaya merah di kaki langit.


Kita balik kepada hadis shohih:

Hadis: “Waktu maghrib ialah selagi tidak hilang syafaq (mega merah)”. -HR Muslim.
Hadis: “Waktu maghrib ialah apabila terbenam matahari selagi tidak jatuh mega merah”. -HR Muslim.

Dan juga umum hadis: “Bukanlah kecuaian pada tidur. tetapi kecuaian ialah
seseorang yg tidak bersembahyang sesuatu solat hingga MASUK WAKTU
SOLAT LAIN”. -HR Muslim.

Memang ada pendapat mengatakan waktu maghrib luput lebih awal, iaitu:
waktu maghrib ialah setakat waktu untuk bersuci, bersedia, dan solat termasuk qabliyyah dan baadiyyah. Selepas itu, habis waktunya walaupun belum masuk waktu isyak.
Inilah pendapat sebenar Imam Syafie dalam qaul jadidnya.

Tetapi pendpat ini ditinggalkan oleh muhaqqiqeen mazhab kerana bersalahan
dgn hadis2 sahih.

Kata Nawawi: Apabila diketahui hadis2 sahih, maka WAJIBLAH berpegang
pendapat ini secara pasti, ditambah dengan kaedah imam syafie:
Apabila sahih
sesuatu hadis, maka itulah mazhabku. Majmuk 3/30.

Bersegeralah solat Maghrib sahabat-sahabat................... Continue Reading...

Read more...

Hati yang tenteram...

>> Wednesday, January 2, 2008


Dalam membicarakan tentang hati. Ianya terlalu panjang untuk dihuraikan.
Tetapi izinkan saya bercakap sedikit tentang hati.

Allah SWT berfirman di dalam surah Ar-Ra'd,28.

"orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."

Hati adalah medium terpenting bagi seorang Dae'i sebelum mereka keluar berdakwah.
Manakan tidak. Dari hatilah lahirnya kemahuan.
Wujudnya Taqqarub kepada Allah.
Tidak lurus iman sesorang itu, selagi tidak lurus hatinya.
Orang yang tidak mempunyai hati yang tenteram,
tidak akan dapat bertahan di dalam
gelombang Dakwah ini. Cabarannya terlalu besar.
Hikmahnya pula terlalu terselindung.

Di dalam surah Al-Baqarah, ayat 74:

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal diantara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang terbelah alu keluarlah mata air dari padanya dan diantaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, karena takut kepada Allah. Dan Allah sekali-sekali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan."

Kita mohon Allah melembutkan hati kita. Supaya ianya tidak keras.
Seperti mana kerasnya
hati-hati orang Yahudi itu.
Lihatlah bagaimana hati mereka yang keras seperti dalam contoh
hadis ini;

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Ketika diperintahkan kepada Bani Israel:
Masuklah ke pintu gerbang kampung Nabi Musa atau pintu yang ke lapan
di Baitulmuqaddis sambil sujud danucaplah Hittatun.
Yang bermaksud: Bebaskanlah kami dari dosa,
nescaya dosa-dosa kamuakan diampunkan. Tetapi mereka menukar iaitu tidak mengikut arahan tersebut.
Merekamemasuki pintu secara perlahan-lahan dan mengucapkan
Habbatun fi Sya'ratin. Yangbermaksud: Biji dalam rambut.

Mereka telah sengaja mempermain-mainkan Nabi Musa AS dan agama ini.
Kita berlindung daripada Allah daripada sikap seperti ini.

Hati dalam bahsa Arab di sebut Qalbu. Di eja dalam huruf ب ل ق
Ianya bermaksud berombak-ombak. Sentiasa tidak tenang.
Dan sememangnya manusia ini dicipta dalam keadaan tidak tenang dan resah gelisah;

"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir." Surah Al Ma'aarij, ayat 19.

Hati yang baik selalu mengajak kepada jalan Allah SWT.
Manakala hati yang tidak baik membimbing ke jalan sesat dan mungkar.
Maka untuk menjaga hati, jagalah pandangan.
Kerana apa yang lahir akan turun ke hati.

Bak kata pepatah;

"Dari mata turun ke hati,
Dari mulut turun ke perut....ops bukan, turun ke hati jua!"

Apabila kita melakukan dosa. Maka timbullah satu tompok hitam di hati kita. Jika iniberterusan maka dirisaukan hati ni akan terus tertutup dengan tompok hitam tersebut.
Maka lahirlah seseorang insan yang kuat dan bertenaga di dalam melawan suruhan dan syariat Allah SWT sekaligus menjadikan hawa nafsu itu sebagai tuhan.

Allah berfirman dalam Surah Al-Jatsiyah, 23.

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?"

Maka teruslah beristighfar, memohon keampunan Allah SWT. Jangan berhenti selagi kita tidakdapat rasakan keampunan Rabbul Jalil.
Sesungguhnya beringatlah akibat dosa hati itu boleh menyebabkan rezeki diseret dan tertunda,dakwah tertolak, amal tidak berguna, kebaikan terhambat, nikamt menjadi laknat, ibadah
tidak berbuah manfaat dan hidup tidak berkah dan tiada nikmat.

Saya petik kata-kata Imam Al-Fudhail bin Iyadh seorang abid yang zuhud:

"Bila kamu tidak bisa bangun di malam hari dan tidak bisa berpuasa di siang hari, ketahuilahsesungguhnya engkau terbelenggu oleh dosamu."

WallahuTaala'lam...
Continue Reading...

Read more...

Warak mengukuhkan yang syarak?

>> Tuesday, January 1, 2008



Assalamualaikum waramatullah hiwabarakatuh..

Segala puji bagi Allah SWT, di atas keagungan dan rahmatnya yang menganugerahkan kita nikmat Iman dan Islam.
Kita berlindung kepada Allah dari segala kejahatan jiwa kita dan dari keburukan amal perbuatan kita. Barangsiapa diberi hidayah oleh Allah, maka tidak ada satupun yang mampu menyesatkannya. Dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada satu pun yang mampu memberinya petunjuk.

Terima kasih kepada sahabat yang menampal artikel mungkin sebagai kontra ilmiah ataupun mungkin sebagai menegakkan hujah yang harus hukumnya memakai gelang tangan untuk tujuan perubatan.

Terus-terang saya nyatakan yang artikel asal Ustaz Abdul Kadir Ishak ini telah saya baca terlebih dahulu sebelum artikel Ustaz Zainuddin Hashim.

Artikel asal ini boleh di rujuk di:

1. http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=44594

2.
http://soaljawab.wordpress.com/2007/12/08/hukum-lelaki-pakai-gelang-untuk-perubatan/

Ini adalah text artikel.
Kandungannya menyatakan syarah hadis kitab Al-Musnad daripada Imam Ahmad..

Walaubagaimanapun jika si pembaca fahami betul-betul artikel ini.
Dan baca kesimpulan di bawahnya, maka si pembaca akan dapat 3 kesimpulan:

1. TIDAK HARAM berubat dengan gelang yang terbukti melalui kajian saintifik atau pengakuan individu yang berkelayakan dan boleh dipercayai agamanya.

2. Larangan memakai gelang yang dinamakan al-Wahinah di dalam hadith bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal.

3. Orang-orang yang menggunakan gelang atas sebab-sebab yang dibenarkan hendaklah memerhatikan yang mereka tidak sampai ke tahap yang dilarang seperti pembaziran dan menyerupai wanita dalam penggunaannya.

*Dan jika saudara bandingkan kedua-dua artikel ini. Saudara akan dapati kedua-duanya sepakat ianya membawa kepada haram jika TIADA BUKTI SAINTIFIK!


Dan saya pun ada minta seorang kawan untuk menilai hadis ini kembali.
Dia membaca syarah 'shaikh syuaib al arnout':

Ini textnya dalam bahasa Arab;

حدثنا عبد الله حدثني أبي ثنا خلف بن الوليد ثنا المبارك عن الحسن قال أخبرني عمران بن حصين : ان النبي صلى الله عليه وسلم أبصر على عضد رجل حلقة أراه قال من صفر فقال ويحك ما هذه قال من الواهنة قال أما انها لا تزيدك الا وهنا انبذها عنك فإنك لو مت وهى عليك ما أفلحت أبدا


تعليق شعيب الأرنؤوط : إسناده ضعيف

Dia tolong translate kepada saya(sebab saya tak pandai bahasa Arab), dan menyatakan sanad hadith ini dhoif.
Ini salah satu pendapat yang saya kutip.Ianya masih belum terhukum palsu dan tidak mutlak! WallahuTaala'alam...

Ok. Saya tidak mahu membincangkan tentang satu hujah sahaja.
Artikel asal daripada Ustaz Zainuddin Hashim saya hormati, saya percaya dia lebih arif begitu juga dengan Para ustaz yang menyatakan hujah lain.

Memang ada keterbukaan di dalam fatwa. Dan yang menilainya adalah orang-orang yang ada ilmu tentangnya sahaja.
Dan saya rasa tidak bijak untuk menampal sesuatu syarah hadis yang terdedah kepada betul salahnya untuk tatapan umum.
Saya risau orang ramai akan menjadi keliru.-Sangka buruk saya sahaja.

Saya menampal artikel ini, setelah mendengar kuliah Ustaz Azhar bin Yaakob di Masjid Jame' Kuala Lumpur bertarikh 28 Dis 2007, start kuliah pukul 1215 H bertajuk 'Pengharaman Gelang bagi lelaki.'

Dalam kuliahnya dia membawa banyak hujah. Bukan satu sahaja. Dan salah satunya adalah hadis tadi. Mungkin kemalasan saya hanya mengambil begitu sahaja artikel Ustaz Zainuddin Hashim(artikel pertama saya) membuatkan hujah ini tidak berdiri kukuh.
Dan juga atas dasar tidak mahu memeningkan pembaca yang bukan semuanya suka membaca matan dan syarah hadis.

Baik. Ustaz Azhar berhujah menggunakan dalil Tasyabuh(lelaki menyerupai perempuan).
Telah saya huraikan di artikel pertama. Dalil lain selain hujah Tasyabuh adalah tangkal yang membawa kepada hujah ulama'-ulama' yang menyatakan pemakaiannya haram.

*Dan saya fikir, kebanyakan daripada kita memakainya atas dasar berhias!

Berbanding sahabat ini yang mahu mengukuhkan pendapat gelang tangan ini terbukti berkesan dari segi saintifik dengan menyatakan dari fakta sains dari Dr UKM, terima kasih banyak2.

Bagaimana pula kalau saya bawa hujah yang menyatakan ianya tiada manfaat dari segi perubatan?
Saudara boleh rujuk di:

1.http://www.csicop.org/si/9807/magnet.html

2. http://en.wikipedia.org/wiki/Magnet_therapy

3.http://www.edymium.com/new/web/articles.asp?cat=2

Dan saya rasa dalil perubatan dan sains tidak kukuh dijadikan hujah agama. Kelak jika ada penemuan menolak hujah perubatan dan sains ini, maka agama ini kembali dipersoalkan.

Dan saya baca, fatwa daripada Mufti Selangor:

Dibolehkan memakai gelang golf bermagnetik bagi tujuan perubatan sekiranya tidak menyalahi syara' dan ada pengesahan dari pakar perubatan.

Dan lain-lain hujah, semuanya berbalik kepada pakar perubatan.
Tetapi pakar perubatan yang bagaimanakah?
Sudah tentu daripada pakar perubatan yang yang berkelayakan dan Thiqoh(boleh dipercayai agamanya).
Dan jika ada pengesahan pun, tentunya ia bersifat khusus untuk sesorang individu dan bukannya bersifat umum-semua orang layak pakai.



Terpulanglah kepada saudara untuk menilainya. Bagi saya sendiri, jika ketetapan syarak telah mencondongkan kepada haram walaupun ada hujah untuk menegakkannya kepada harus.
Tetapi atas dasar warak, saya rasa perkara ini harus di jauhkan...

WallahuTaala'alam....


Continue Reading...

Read more...
Related Posts with Thumbnails

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP